Coklat favourite saya

422 19 0
                                    

Ainuddin membelikan coklat strawberi untuk Munirah yang menunggu di rumah. Sejak kematian mama papa, Munirah asyik murung saja. Nasib baiklah dia jenis cepat dipujuk. Kalau tak, berbulan-bulan jugalah dia kemurungan. Kakak kaunter senyum ke arahnya. Sudah menjadi tabiatnya lelaki di hadapannya membelikan sekeping coklat setiap hari Khamis dan Isnin .

"Coklat ni untuk siapa?. Buah hatikah?". Soal pekerja yang bernama Saerah. Ainuddin tersengih. Buah hati?. Kalau ada, bertuahlah badan ni.

"Eh, tak lah. Ni untuk adik perempuan saya. Kami tiga beradik. Saya ada 1 abang ,1 adik perempuan .Kami bertiga yatim piatu ."Jelasnya .Saerah mengangguk kecil .Mesti susahkan jaga adik tanpa kasih sayang ibu bapa .Not RM 10.00 diberikan kepadanya .Baki RM 7.70 dipulangkan .Ainuddin mengambil beg plastik yang sudah diisi coklat tadi lalu bergerak ke kereta Gen 2berwarna hitam .

"Saya balik dulu ya ? .Assalamu'alaikum ."

"Wa'alaikumusalam."Saerah melambai tangan ke arahnya .Figura Ainuddin tidak lagi berada di kedai serbaneka ini .Namun,jejaka tadi itu membuatkan hatinya berdegup laju .Hishh!.Apa kebenda aku fikir ?.Tapi kesianlah dia .Dia jaga adik sorang-sorang .Eh,tapi dia ada abang sorang lagi kan ? .Menyibuk pulak aku ni .Hihihi.

***

   Apartment Citra Mustika ,Kuala Lumpur .

"Assalamu'alaikum ,Munirah .Abang dah balik ni .Abang ada belikan Munirah coklat ."Derapan kaki Munirah berlari-lari mendapatkan Ainuddin .Faham benar perangai adiknya yang suka makan coklat .Comel .

"Yeahh! .Abang belikan Munirah coklat !.Abang is the best !."Puji Munirah tak ikhlas .Munirah puji bila aku belikan dia buah tangan je .Kalau tak,masam mencuka mukanya .

"Eh,kamu beli coklat ? .Coklat apa yang awak beli kali ni ? ."Zawani melihat isi plastik yang sudah diletakkan di atas meja dapur .Munirah merampas plastik itu dengan kasar .Dia terkejut kecil .Amboi .Tak bagi aku pegang .Cepat je tangan dia .Takut aku ambil lah tu .

"Saya beli coklat strawberi .Abang Zawani balik rehat kejap kah ? ."

"Ha'ah.Abang balik pun sebab risaukan Munirah .Dia tinggal sorang-sorang .Kita pula sibuk bekerja .Adakalanya sampai terlupa kita ada adik kat rumah ."

"Macam tu sekali ? .Abang yang lupa Munirah .Saya tak okey ? ."Ainuddin mengangkat tanda peace .Zawani mendengus .Dia memandang Munirah yang tengah seronok mengunyah coklat .Sisa coklat terlekat di bibirnya .

"Ya ,Allah ! .Munirah ! .Comotnya kamu ! .Makan elok-elok tak boleh kah ? ."Suara Zawani sedikit meninggi .Munirah berhenti makan .Dia melihat tangannya yang dilumuri coklat .

"Abang ,janganlah cakap cam tu .Munirah kecil lagi .Buatnya dia sedih macam mana ?."Tanya Ainuddin berbisik pada Zawani .Zawani sedar akan kesilapannya .

"Munirah ,Abang Zawani bukan marah Munirah .Dia cuma bagitau Munirah jangan makan comot-comot .Kesian adik abang .Meh abang lapkan Munirah ."Munirah mengekek ketawa .Suka benar abang-abangnya melayan Munirah bagaikan seorang puteri raja .Dengan penuh kasih sayang ,Ainuddin mengelap bibir mungil Munirah .Munirah pun sambung makan .Dia menghela nafas kecil sambil tersenyum melihat kelakuan Munirah .Awal-awal masa kematian mama dan papa,Munirah paling sedih .Sampai demam.Puas aku dengan Zawani memujuk dan menjaganya .Nasib baiklah  Mak Cik Mawar bagi coklat supaya Munirah berhenti menangis .Mungkin ,sebab tu kot Munirah obses dengan coklat ? .

Adik abang suka makan coklatWhere stories live. Discover now