Sebulan selepas kemalangan...
Zawani beriya-iya mengajak Munirah keluar bersamanya . Pelik semacam saja abang aku ni . Tak apalah. Janji dapat upah. Korang tahu kan apa upahnya?. Coklat lah !!!. Yess!!!. Baju kurung putih berbunga merah digayakan dengan tudung coklat. Kelihatan sangat ayu sosok tubuh Munirah yang kecil lagi comel. Zawani menyematkan pin tudung kiri dan kanan agar nampak kemas. Macam inilah adik seorang peguam." Abang nak bawak Munir pergi mana?". Munirah membelek-belek telefon Zawani. Wallpaper ahli kumpulan Blackpink menjadi pilihan di skrin utama. Fuyoo!. Blackpink?. Ingatkan seorang peguam tak minat K-pop. Rupanya minat juga.
" Abang nak bawak Munir pergi shopping dengan kawan abang iaitu Abang Khai". Fokusnya masih tertera di jalan. Sekali hilang fokus, terbabaslah kereta aku ni. Pemanduan zaman sekarang dah tak selamat dah. Setiap masa, saat, minggu,bulan, pastinya berlaku kemalangan. Yalah, rakyat Malaysia kan sudah banyak memegang lesen terbang. Semenjak Munirah accident, aku dah jadi overprotective terhadapnya. Maklumlah. Adik sendiri siapa tak sayang?.
" Abang Zawani, siapa kawan abang ?. Nama macam pernah dengar. Familiar nama tu"
" Munir dengar dekat mana?. Radio?".
" Taklah, dekat dalam hati saya. Cia, cia,cia". Ketawa Munirah . Suka kenakan abang sendiri. Tak apalah. Selama ni pun kitorang renggang. Cuma Ainuddin je rapat dengannya.
***
Terlopong mulut Munirah. Tidak disangka-sangka, Khaibahar merupakan kawan Abang Zawani!. Tangan Khai dihulurkan untuk bersapa dengan Munirah. Zawani tersenyum kerang busuk. Salam lah, dik. Munirah menyahut huluran tersebut. Wajah tampan yang dimiliki Khai sekaligus membuatkan Munirah malu. Eh, tapi Abang Zawani apa kurangnya. Khaibahar opss, Abang Khaibahar jauh lebih handsome daripada Abang Zawani.
" Assalamualaikum, adik?. Abang kawan kepada abang adik".
" Wa... Waalaikumsalam, Abang Khai...Bahar??". Tergagap-gagap Munirah. Comel melihat perilaku adik kawannya.
" Mesti adik terkejut sebab abang kawan abang adik". Senyuman Khai bahar menghangatkan pipi Munirah. Zawani mendeham. Amboi. Dia dah 'curi' adik aku.
" Hei, cepat arh. Kata nak tunjuk kafe kau". Zawani menarik kolar baju Khai. Khai melatah kecil. Sekaligus Zawani mentertawakannya. Apatah lagi Munirah. Seronok benor dia tengok Khai melatah.
" Kenapa dengan kau?. Sakit ke?". Soal Zawani dengan nada gurauan. Khai tidak mempedulikan Zawani. Sebaliknya dia memegang tangan Munirah lalu bawa dia lari.
" Adeh, penat nak mengejar".
***
Khai bahar empire cafe...
Jutaan pelanggan atau peminat membanjiri kafe ini. Sebilangan pelanggan wanita memesan menu paling terkenal iaitu half-butter cake. Zawani juga telah memesan makanan itu. Munirah sugul. Ala...tak ada kek coklat ke?. Ada peminat yang terjerit-jerit ketika Khaibahar duduk bersama Zawani dan Munirah.
" Terkenal betul Abang Khai".
" Biasa saja. Ouh, lupa pula nak tanya nama. Adik awak namanya siapa, Zawani?".
" Nur Munirah Arisa".
" Cantik nama tu. Siapa yang pilih nama tersebut?".
" Adik saya sorang lagi. Nama dia Ainuddin".
" Kau tiga beradik?. Tak tahu pun".
" Oklah tiga beradik. Taklah sunyi rumah".
Pesanan Zawani telah sampai. Belum sempat mereka menjamahnya, apatah lagi merasai kelazatan kek, Munirah ternampak seorang mak cik di mana mukanya hampir iras arwah mamanya." Mama??". Zawani dan Khai menoleh. Mustahil. Takkan mama aku dilahirkan semula?. Zawani menafikannnya. Dia memujuk Munirah bahawa itu bukan mama mereka. Sebaliknya, beliau hanyalah orang lain.
YOU ARE READING
Adik abang suka makan coklat
Dla nastolatkówHari-hari Munirah makan coklat .Tak kisahlah coklat gelap ,coklat putih,biskut coklat semua dia makan .Abangnya,Ainuddin mula risau akan keadaan adiknya yang makan coklat melebihi kuantiti biasa .