Tiket masuk ditatap dengan penuh teruja . Munirah seolah-olah tidak percaya. Baru saja pulih daripada demam, Abang Khai mengajaknya dating!. Wohoo!. Nasib baik Abang Zawani, Abang Ainuddin tak tahu yang dia bagi kat aku. Kalau tak, kena bebel jawabnya.
" Munirah, awak tengah buat apa?. Boleh abang masuk kejap?. " Soal Zawani. Munirah cepat-cepat menyorokkan tiket itu di bawah bantal.
" Err... masuklah".
" Sayang buat apa?." Dia mengambil tempat di sebelah Munirah. Munirah segera duduk. Kedua-dua anak mata mereka bertentangan. Rambut Munirah diusap perlahan.
" Saya tengah study Matematik. Abang boleh ajarkan?". Modul latihan ditunjukkan kepada Zawani. Dahi berkerut lalu menggaru-garu kepala.
" Hah?. Tu kena tanya Abang Ainuddin lah. Abang... payah ni nak jawab soalan Matematik tu. Apapun, UPSR nanti buat sebaik mungkin. Nanti abang boleh lah belanja gula-gula coklat".
" Terima kasih. Abang... Munir tahu tu bukan mama. Tapi rindu Munirah pada mama...masih terasa." Zawani memeluk Munirah . Mungkin inilah cara untuk mendekati adiknya. Pelukkan tersebut dibalas kembali. Ada perubahan positif.
" Munirah, abang boleh tanya sikit ?".
" Tanya banyak pun tak apa. Janji dapat ganjaran".
" Tahu makan saja . Okey, macam ni. Abang Khaibahar dia nak buat konsert . Dia jemput kita bertiga. Ainuddin dia tak boleh pergi. Sebab dia ada urusan. Jadi, kita berdua saja". Habis, tiket yang Abang Khai berikan tu sia-sia sajalah ?!. Haa....
" Nak pergi ?".
" Bila tu?. Tengoklah kalau saya ada masa lapang".
" Sabtu ni. Munirah ada sorokkan apa-apa eh?".
" Tak!. Tak adalah !. Mana mungkin Munir nak sorokkan coklat daripada abang?". Munirah berpura-pura tidak tahu. Zawani mencurigai Munirah. Sorokkan coklat?. Tu perkara biasa untuk Munirah . Jangan-jangan... . Dia memerhatikan di bawah sudut bantal. Ada seperti helaian kertas terselit.
" Ya ke? . Kenapa gelagat Munir lain macam ?."
" Mana ada !. Dah lah. Munir nak pergi mandi ".
" Tak elok dik mandi malam-malam".
" Orang nak gosok gigi lah." Jawab Munirah sambil membawa tuala ke bilik mandi. Harap-harap Abang Zawani tak perasanlah ada tiket dekat bawah tu.
Ketika Munirah sedang mandi, Zawani mengambil kertas yang diselitkan dibawah bantal. Konsert mega Khaibahar 2.0 ?. Eh ini kan konsert hari Sabtu ?. Bila masa pulak Khai bagi?.
Usai mandi ...
Mana pergi tiket aku?!. Ha... Ni mesti Abang Zawani ambil!. Apalah nasib.***
Sabtu...
Muka dimonyokkan. Zawani berlakon seperti tiada apa yang berlaku semalam. Dia tetap meneruskan permanduannya. Haihh adik perempuan aku. Asyik-asyik nak merajuk. Kereta dibelokkan ke Pusat Perdagangan Putra (PWTC) . Di sinilah tempat berlangsungnya konsert Khaibahar.
" Hei, bro !. " Khai bersalam dengan Zawani. Munirah sekadar melihat sapaan antara Khaibahar dan Zawani. Sejurus selepas itu, Khaibahar memeluk Munirah. Tahu-tahu je dia tengah merajuk.
" Adik abang ni okey?. Dah sihat?. Ni kenapa muncung macam ikan lumba-lumba?. Abang buli?". Zawani ketawa.
" Biasalah . Adik aku . Aku kenal macam mana perangai dia." Munirah bertambah merajuk. Khai menjemput mereka berdua masuk ke dalam sebelum persembahan bermula.
Lagu pertama yang akan dinyanyikan ialah lagu daripada Dato Seri Siti Nurhaliza iaitu Cindai. Waa....ternyata dia pun boleh menyanyikan rentak irama Malaysia!. Tepukkan gemuruh bergema di dalam dewan ini. Munirah apa lagi. Terus hilang dia punya ragamnya.
" Baiklah , lagu seterusnya bertajuk bayang. So, Khai harap korang boleh nyanyi sama-sama dengan Khai. Tapi sebelum itu, Khai nak panggil special guest kita". Para pengunjung tertanya-tanya. Siapa tetamu istimewa buat Khaibahar?. Girlfriend?.
" Mana adik Nur Munirah?. Arhh, Manager , boleh cari mana Nur Munirah?". Zawani mengangkat tangannya. Lantas, Munirah sudah pun berada di atas pentas di bawa oleh pengurus Khaibahar sendiri.
" Perkenalkan! Ni lah special guest Khai. Nur Munirah!. Baik, adik pernah dengar lagu ni?." Munirah gugup. Ini kali pertama dia berdiri di hadapan orang ramai semenjak dilahirkan. Tiba-tiba bekalan elektrik terputus. Khaibahar secepat mungkin melindungi Munirah daripada sebarang bahaya. Abang Khai... Apa dah jadi ? . Alamak!. Abang Zawani!.
YOU ARE READING
Adik abang suka makan coklat
Fiksi RemajaHari-hari Munirah makan coklat .Tak kisahlah coklat gelap ,coklat putih,biskut coklat semua dia makan .Abangnya,Ainuddin mula risau akan keadaan adiknya yang makan coklat melebihi kuantiti biasa .