Peristiwa mama dan papa

247 15 0
                                    


5 tahun yang lalu...

Tangisan dan esakkan memenuhi ruang tamu Apartment Citra Mustika rumah berlot A14-3.Sanak-saudara hanya memandang pilu dua jenazah yang dibaringkan di hadapan mereka .Puan Norizah dan Encik Azahri telah meninggal dunia akibat serangan bom di Palestin.Zawani dan Ainuddin menunduk sedih .Memikirkan nasib mereka beradik selepas ni .Bagaimana dengan Munirah ?.Mesti dia sangat sedih .

"Sabar ya,nak.Mama tunggu kamu di Syurga .Mereka berdua akan menjaga kamu bertiga di atas sana ."Pujuk Puan Habibah ,ibu saudara belah mama .Ainuddin mengangguk .Dia memandang abangnya yang duduk di sebelah .Zawani mengangkat keningnya .Seolah-olah Ainuddin mencari sesuatu .

"Abang,Munirah mana ?.Dia tak nak duduk dengan kita ke ?."Zawani menjongketkan bahunya .Ainuddin menghela nafas kecil .Dia meminta diri untuk memanggil Munirah .Tetapi,Ainuddin tidak jadi hendak bangun kerana Encik Pakarudin ,bapa saudara belah ayah mereka menepuk bahu Ainuddin.Raut mukanya cemas .Seolah-olah ada yang tidak kena .

"Kenapa ,pak cik ?.Nampak macam cemas saja ?."Soal Ainuddin .Perasaannya berdebar-debar menunggu jawapan pak ciknya itu .Encik Pakarudin menarik nafas sedalam-dalamnya.Moga-moga perkara yang nak disampaikan ini tidak membuatkan anak buahnya panik tak tentu pasal .

"Munirah,dia demam panas.Dia perlukan kamu berdua.Kesian pak cik tengok ."Ainuddin terkejut lalu melihat Zawani.Zawani turut terkejut .Mereka bergegas ke bilik Munirah.Bimbang benar jika berlaku apa-apa pada Munirah .

Setibanya mereka masuk ke kamar yang serba merah jambu itu ,Ainuddin dan Zawani kaget .Munirah sedang terbaring lemah di atas katil ditemani Kak Suraya,sepupu mereka .Ainuddin memangku badan Munirah diikuti Zawani .

"Ya Allah ,Munirah ! ."Ainuddin memegang dahi Munirah.Panas .Dia menggelabah.Suraya cuba menenangkan Ainuddin yang sudah mula panik .

"Bertenang,Ainuddin ."Nafas Zawani turun naik melihat keadaan Munirah yang lemah.Sebagai abang,dia perlu mencari jalan menyembuhkan Munirah .Mereka berdua sama-sama memangku kepala Munirah .Munirah membuka matanya secara perlahan-lahan.Dia memanggil-manggil Mama dan Papanya sambil menangis-nangis.

"Mama...papa...jangan tinggalkan Munirah...".Tangis Munirah .Ainuddin tidak dapat menahan kesedihannya .Zawani memegang bahu Ainuddin .

"Ainuddin ...".Mata Zawani dipandang tepat oleh Ainuddin.Satu mesej mahu memberitahunya sesuatu.Apa yang Ainuddin nampak pada mata abangnya ialah 'pujuk Munirah'.Dia mengangguk faham.Ainuddin mengerti dengan arahannya itu .

"Sayang...mama dah tinggalkan kita .Papa pun.Lepas ni,kita akan tinggal bertiga.Munirah jangan nangis ya,sayang ?."Ainuddin memeluk adiknya dengan sayu .Bajunya dibasahi dengan air mata Munirah.Munirah semakin kuat menangis.Tetapi,semakin lama,semakin lemah.Dan akhirnya Munirah jatuh pengsan.

"Munirah ?.Munirah ! ."Badan Munirah digoncang-goncang.Zawani cuba mengejutkan Munirah ,namun gagal.

"Abang,macam mana ni ?.Munirah pengsan ! ."

"Biar abang ambil tuala basah .Kalau panas Munirah tak surut lepas pengebumian Mama dan Papa,kita bawa dia ke hospital."Ainuddin bersetuju dengan cadangan abangnya .

***

Dahi Munirah dituam dengan tuala basah.Zawani dan Ainuddin melihat Munirah dengan perasaan yang bimbang.Adik...kuatkan semangat.

"Akak rasa ...Munirah lemah semangat.Dia kan baru 3 tahun.Korang yang dah umur 13 ,15 ni,kenalah jaga adik kan ?.Kesian dia ."

"Kak Suraya,kami tahu.Kami dah tinggal dengan Munirah lama .Bukan sehari dua."Balas Zawani dengan perasaan sedikit marah.Amarahnya masih dapat ditahan.

"Betul,kak.Mama dan papa wasiatkan Munirah agar kitorang jaga dia.Dia adik kami."Ustaz Sallehudin memanggil Zawani dan Ainuddin agar memberi penghormatan terakhir .

"Kamu pergi dulu.Abang jaga Munirah."

"Baik .Terima kasih abang."Ucapan terima kasih dibalas dengan senyuman tawar Zawani .Kaki Ainuddin melangkah keluar dari bilik Munirah lalu menuju ke arah mama dan papanya .

Kain kafan dibuka separuh.Wajah Puan Norizah dan Encik Azahri ditatap dengan penuh kasih sayang.Terima kasih mama .Sebab mama dah lahirkan Munirah,Ainuddin dan Abang Zawani .Mama juga lah yang jaga kitorang selama mana kitorang hidup.Mama dah banyak bersusah payah demi kami bertiga.Papa,papa hero kami.Adiwira kami bertiga.Papa tak pernah merungut malah papa tanggung kami bertiga tanpa sebarang penat lelah.Walaupun papa penat sekalipun,papa tetap gembirakan kami.Saya janji,saya akan jaga Munirah macam mama dan papa jaga Munirah.Abang Zawani dan saya akan menjadi 'mama'papanya' selepas pemergian mama dan papa.Selamat tinggal...mama...papa... .Ainuddin sayang kan mama dan papa.Dahi kedua-dua jenazah itu dicium buat kali terakhir.Rasa sebak mula menghurungi dirinya.Tabahlah wahai hati.Suatu hari nanti jua,aku akan meninggalkan dunia ini .

Adik abang suka makan coklatWhere stories live. Discover now