Sudah buntu fikiran Ainuddin dan Zawani yang kian berputus asa mencari kedudukan Munirah .Ya Tuhan ,lindungilah adik kami ! .Janganlah berlaku apa-apa pada dirinya ! .Satu bunyi tumbukan memeranjatkan Ainuddin .Cermin kereta Gen2 miliknya nampak sedikit retak akibat tumbukkan Zawani .Perasaanya pada saat itu amat menyesal .Munirah amanah mama papanya .Dia sudah berjanji dia akan menjaga Munirah sebaik mungkin .
"Abang ,saya tahu abang rasa bersalah sangat .Tapi,nasib baik ada Irisyah .Dia sudah melaporkan kehilangan Munirah pada pihak polis .Jangan bimbang ,pihak polis akan membantu kita ."Ainuddin menunjukkan telefon pintarnya .Di dalam itu, terpampang berita kehilangan Munirah di Facebook .
"Ainuddin ,kenapa kamu masukkan berita dalam Facebook ? .Jangan sebarkan berita ni ! ."Bentaknya secara tidak sengaja .Dia segera menarik amarahnya .Aku tidak patut meninggikan suara pada dia .
"Maafkan saya ,abang .Saya akan padam post tadi ."
"Tak apa,tak apa .Jangan padam .Mungkin kalau ada orang awam ternampak Munirah ,mereka boleh tolong kita ."
"Abang yakin dengan kepercayaan orang sekarang ? .Orang awam sanggup buat apa saja demi kuasa dan duit .Kita tidak boleh percaya ,abang ! .Mereka sanggup tipu kita kononnya mereka jumpa Munirah ,padahal bukan dia ! ."
"Apa yang kita perlu buat,dik ? .Abang bimbang tentang keselamatan Munirah ."Rambut dikusut-kusutkan .Fikirannya runsing .Ainuddin juga tidak mahu melihat keadaan abangnya yang tidak terurus.Kehilangan Munirah bagaikan satu mimpi ngeri buat mereka berdua .
Tok !,tok ! -Cermin diketuk .
Ainuddin melihat tingkap bersebelahan Zawani .Irisyah sedang mengetuknya .Wajahnya juga terlihat gusar .Cermin diturunkan bagi Irisyah bercakap dengan mereka .
"Awak...berita buruk ! .Pihak polis cakap kemungkinan besar Munirah diculik ! ."
"Hah ?! .Apa ?! .Diculik ?! .Betul ke,Risyah ? ."
"Ya .Sebab dah banyak kes yang sama berlaku terhadap kanak-kanak ."Terang Irisyah .
"Okey ,kitorang akan masuk ke dalam .Awak masuk dulu.Kami pergi letak kereta ."Kepala dianggukkan oleh Irisyah .Irisyah beredar masuk semula ke dalam balai polis Damansara .
***
"Mengikut laporan cik Irisyah ,adik Encik Zawani dan Encik Ainuddin mungkin diculik ."Kata polis tersebut .Seperti ada seuatu memanah hatinya ,Zawani berasa sangat sedih .Dia sudah tidak boleh lakukan apa-apa lagi .
"Tapi ,encik tahu ke siapa yang culik adik kami ? ."Soal Ainuddin .
"Kami syak Raden melakukan perbuatan penculikkan ini ."
"Raden ? .Siapa dia ? ."
"Dia merupakan jenayah bersiri penculikkan kanak-kanak .Ada yang sudah dibunuh ,namun ,mayat kanak-kanak dibunuh itu tidak dapat ditemukan ."
"Jadi maknanya adik mereka berdua kena bunuhlah ya ? ."Laju mulut Irisyah mengatakan hal sebegitu .Dia terlepas cakap .
"Risyah ! .Jangan cakap bukan-bukan !.Saya tahu adik saya selamat ! ."Tegas Ainuddin .
"Maaf,saya tak bermaksud..."
"Tuan,tuan tolonglah selamatkan adik saya ! .Saya merayu sangat-sangat ! ."Pinta Zawani .Air mukanya terlihat teramat sedih .Kali pertama Ainuddin melihat wajah abangnya sebegitu .Abang...
"Kami akan berusaha mencari adik encik berdua ."
"Saya harap encik dapat bantu kami bertiga .Adik kami terlalu muda .Kami takkan biarkan dia diapa-apakan ."
Derr...derr...derr...
Telefon pintar Ainuddin berdering .Dia membaca nombor di skrin .Pemanggil yang menelefonnya tidak dikenali .Polis itu mengarahkan Ainuddin untuk menjawabnya .
"Helo ? .Ni siapa ? ."
"ABANG !!!! .TOLONG MUNIRAH !!!!.MUNIRAH TAKUT !!!! ."Esakkan Munirah didengari Ainuddin ,Zawani dan Irisyah .Zawani mengambil telefonnya .
"Munirah jangan takut ,sayang .Abang akan selamatkan Munirah ! ."
"Abang...tolong Munirah ! .Munirah nak abang ! .Uhh...sob...uhuk... ."
"Bagitau abang ,Munirah dekat mana ?. ."Senyap .Tiada jawapan kerana telefon dipegang Munirah dirampas oleh penculik .
Arghh !!! .
Munirah jatuh pengsan akibat kepalanya diketuk .Penculik itu ketawa sinis .
"Dah puas cakap dengan adik kau ,Zawani ? ."
"Siapa kau ?! .Kau buat apa pada Munirah ?!."
"Hahahah ! .Buat apa ?.Aku cuma buatkan dia 'tidur'saja .Salah ke ?."
"Kalau dia cedera sedikt pun,aku takkan maafkan kau ! .
"Haihh...Zawani,Zawani .Berani cakap ,tapi tak berani buat ."
"Jangan cabar saya ! ."
"Adioss."
Panggilan dimatikan .Semua orang yang mendengarinya hairan .Mengapa si penculik boleh kenal siapa Zawani ? .
"Abang,abang kenal ke siapa tu ? ."
"Zawani ? ."Muka Zawani pucat .Aku macam pernah dengar suara tu .Tapi siapa ? .Sahutan Irisyah tidak diendahkan .
"Tuan ! .Panggilan tadi datang daripada Shah Alam ."
"Shah Alam ? .Shah Alam berada di mana ? ."Tanya Inspektor Kamarudin .
"Di sebuah bangunan terbiar .Eh ,bukan .Syarikat Paradigma Co. ,Tuan ! ."
Bukankah Syarikat Paradigma sudah bangkrup bertahun lamanya ? .Kejap,aku rasa mungkin orang tu yang menculik Munirah .
YOU ARE READING
Adik abang suka makan coklat
Teen FictionHari-hari Munirah makan coklat .Tak kisahlah coklat gelap ,coklat putih,biskut coklat semua dia makan .Abangnya,Ainuddin mula risau akan keadaan adiknya yang makan coklat melebihi kuantiti biasa .