Episod akhir : Siapa sebenarnya Abang Khai?.

187 8 1
                                    

Ketika berlangsungnya konsert Khaibahar, secara tiba-tiba bekalan elektrik terputus. Munirah telah dilindungi oleh Khaibahar daripada diapa-apakan. Munirah hairan. Jika dia hanya orang biasa pada pandangannya, mengapa Abang Khai sanggup melindungi dia ?.

" Maafkan saya, Tuan Khaibahar. Saya yang cuai". Kata Encik Rizal sambil tertunduk maaf.  Khaibahar memaafkannya. Encik  Rizal lah yang menjaga sistem audio. Dia berkata, punca kegagalan disebabkan litar pintas. Mujurlah tiada siapa tercedera.

" Terima kasih , Khai, sebab selamatkan adik saya". Zawani mengusap-usap kepala Munirah. Khaibahar berasa lega kerana Zawani tidak memarahinya.

" Tak apalah. Kita kan ad...".  Khai memberhentikan percakapannya.

" Kenapa ?. Kita kan apa?". Kening Zawani dinaikkan.

" Maksud saya, mestilah kita kan kawan. Adik awak , adik saya juga. Sebagai ganti, saya belanja awak berdua makan kek nak?". Munirah terlompat-lompat gembira. Nak kek coklat!, kek coklat!, kek coklat!!.

" Aipp!. Ada syaratnya". Munirah memasamkan muka. Asyik-asyik syarat !. Lampu isyarat pun belum tentu ikut peraturan!. Khaibahar ketawa . Belum cakap apa syarat tersebut, dah muka cerut umpama makan asam .

" Munirah boleh makan kek selain kek coklat".

" Dah agak. Tak naklah macam ni. Abang, jom balik. Abang Khai kedekut tahi hidung masin". Tangan Zawani ditarik-tarik oleh Munirah.

" Jomlah, dik. Abang Khai nak belanja kan?. Kesian dia, dik".

" Belanja lah sangat . Entah-entah abang yang bagitau suruh Munirah jangan makan coklat".

" Eh... Mana ada. Tak ada kan, Khai?".

" Ha'ah. Mana ada. Munirah jangan main tuduh-tuduh. Oklah, abang boleh bagi Munirah makan. Tapi jangan makan banyak sangat ".

" Munirah janji".

***

Mak, Khai dah jumpa keluarga Khai. Khai harap mereka dapat terima aku sebagai abang mereka.

" Zawani, sebenarnya... saya". Khai takut hendak memberitahu kebenarannya. Munirah melihat Khai. Dia bersimpati dengan Munirah. Tidak sangka dua insan di hadapan aku ni ialah darah daging sendiri.

" Abang Khai nak cakap apa-apa ke?. Janganlah takut, Munir boleh dengar". Zawani mengangguk. Tiada apa yang perlu ditakutkan. Nafas ditarik sedalam-dalamnya. Ya Tuhan, berikanlah aku kekuatan. Sesungguhnya hamba berasa ketakutan yang amat. Zawani dan Munirah masih lagi menunggu.

"Zawani, Munirah. Sebenarnya... mama awak berdua ialah mama saya. Dia pernah berkahwin dengan arwah papa, tapi arwah dah meninggal dunia sebab sakit barah otak". Zawani tidak percaya. Mama pernah kahwin sebelum papa kami?.

" Apa yang awak cakap ni, Khai?. Jangan main-main!".

" Tak, adik . Khai tak main-main. Saya cakap benda betul".

" Jadi, kita ni adik-beradik tiri ?".

" Ya. Lepas mama kematian papa saya, kami berpindah . Lalu, mama berjumpalah dengan papa awak berdua. Tidak lama kemudian, mereka berkahwin. Pada masa tu saya berusia 16 tahun".

" Jadi... awak rapat dengan saya sebab awak tahu saya ni adik awak?".

" Betul. Masa saya dekat luar negara, mama pernah tunjuk gambar awak ,Munirah dan Ainuddin. Mama cakap " ni adik-beradik Khai. Kalau Khai dah balik nanti, Khai cari mereka bertiga". Zawani menitiskan air matanya. Kawan baiknya sendiri ialah abang kandungnya. Munirah memeluk Khaibahar. Khai memeluknya kembali.

" Abang Khai, abang Munirah. Munirah tak tahu selama ni Munir ada abang lagi. Terima kasih mama".

" Kalau awak berdua tak boleh terima saya sebagai abang, tak apa. Saya boleh pergi". Zawani menghalang Khai daripada keluar. Dia tak nak kehilangan keluarga nya lagi.

" Tak payahlah, abang. Abang ialah abang kami bertiga".

" Terima kasih , Zawani".

 
Dua hari kemudian, Khai bertolak ke England untuk membuka sebuah syarikat rakaman. Dia meninggal kan satu nota serta bunga mawar putih sebagai perpisahan. Malangnya, Ainuddin tidak berkesempatan bertemu dengan abangnya. Namun, Khai telah memberinya sebuah album milik  arwah mama mereka ketika dia masih muda .

" Haihh..., Kalaulah saya tak pergi kerja luar hari tu, mesti saya dapat jumpa juga". Ainuddin menyesal.

" Jangan salahkan diri tu, Ainuddin. Abang Khai sentiasa berada dalam hati kita bertiga".

" Abang Ainuddin sayang kan pada Abang Khai?. Munir bertuah sebab dapat empat abang yang sangat sayang pada Munirah".

" Mestilah abang sayangkan Abang Khai. Dia kan Abang kepada Abang Ainuddin". Ainuddin mengusap kepala Munira.

" Lepas ni kita akan tinggal berempat".

" Berempat?. Abang Khai balik bila?. Dia ada cakap tak?. Orang dah lah balik sehari lepas pemergian Abang Khai".

" Entah. Kita tunggu je lah. Siapa nak makan aiskrim coklat?. Angkat tangan!".

" Saya!".

" Laju je ya bila sebut ' coklat'". Usik Zawani .

" Abang Ainuddin tunggu apa lagi?. Jomlah pergi makan. Karang cair pulak".

" Siapa cakap cair?. Abang nak buat sendiri lah". Zawani memakai apron memasak. Dia mengeluarkan semua peralatan dapur yang diperlukan.

" Ha... Maksudnya Munir kena tunggu Abang Zawani siap masak lah ni?".

" Yup".

" Munirah, Munirah. Obses sangat dah dengan coklat ". Geleng Ainuddin.

" Biarlah. Asalkan tu bukan benda larangan ". Mereka bertiga mula masak. Ruang dapur kedengaran sangat kecoh dan meriah. Ini kali pertama mereka bekerja dalam satu kumpulan. Apatah lagi Zawani dan Munirah. Mereka berdua kini semakin rapat.

Tamat.

Adik abang suka makan coklatWhere stories live. Discover now