"Terima kasih lah sebab sudi temankan saya pergi membeli-belah.Tak tahu pula awak pandai pilih baju ."
"Tak ada hal lah .Mak saya yang ajar saya .Okey,sekarang kita jumpa Munirah ."Irisyah mengangguk setuju .
Apa yang mengejutkan ,kelibat Munirah langsung tidak kelihatan .Zawani dan Irisyah menggelabah .Mana pula Munirah ?.Takkan dia hilang ?.Pandangan mata Zawani berkata kepada Irisyah.Isyarat mata itu memberitahunya di mana kedudukan Munirah .Irisyah menggelengkan kepalanya .
"Kali terakhir kita nampak,dia tengah duduk situ kan ?."
"Ha'ah.Tapi sekarang dia pergi mana pula ?."
"Apa kata kita cari dia dekat mana-mana ?."Cadang Irisyah .Cadangan Irisyah ditolak oleh Zawani .Tidak mungkin .Munirah takkan pergi mana-mana kalau dia tunggu aku atau Ainuddin .Dia pasti tunggu dekat tempat tu juga .
***
"Munirah hilang ?.Biar betul ,abang ?.Abang jangan main-main .Kerja saya dekat sini karang tak fokus ."Perasaan Ainuddin mula tidak enak .Janganlah berlaku apa-apa yang tidak diingini .Baru tinggalkan tiga hari,macam-macam jadi .
"Abang tahu kamu sibuk dekat Melaka .Tapi,ni kes berat ,Ainuddin .Abang tak tahu nak cari Munirah dekat mana ."Balas Zawani .Suaranya tersekat-sekat.Dia menyesal sebab meninggalkan Munirah bersendirian .
"Kenapa abang tak bawa dia tunggu dengan abang masa dekat butik ?.Tengok,apa dah jadi ?."Nasihatnya .
"Abang tahu ni salah abang ."
"Abang keluar dengan siapa selain Munirah ?."
"Irisyah ."
"Irisyah ?.Abang buat apa dengan dia ?.Jagalah Munirah tu kalau nak dating sekali pun ."Nada Ainuddin seperti marah akan si abang .Dah terbalik pula mereka ni .Ainuddin lebih bersikap 'penjaga'berbanding Zawani .Aku tak bermaksud nak cakap Abang Zawani tak pandai jaga Munirah .Tetapi,situasi sekarang dah boleh nampak bagaimana dia jaga adik dia sendiri .
"Maafkan ,abang ."
"Hurm..,ya lah .Nampaknya saya kena balik ."
"Terima kasih,dik ."
***
Munirah mula membuka matanya .Terasa sakit dan perit dirasakan di kepala.Apa yang sedang berlaku ?.Aku dekat mana ?Mana Abang Zawani ?.
"Hai,dik .Selamat pagi ."
Sepertinya aku macam kenal je dengan lelaki ni .Siapa dia ?.Kenapa aku boleh berada di sini .
"Adik tak ingat ?.Abang bawa adik dari pusat membeli-belah.Maaflah kalau tindakan abang menidurkan adik agak kasar sedikit ."
Perasaan takut menyelubungi Munirah .Saat inilah dia teringat pada Abang Zawani nya .Tangan Munirah diikat ketat .Kakinya juga begitu .Mulut pula,dilekatkan dengan pita pelekat .Peluang untuk melarikan diri hampa .Dia tidak mengenali lelaki ini .Nak dikatakan rakan abangnya,tidak .Dia kenal semua rakan-rakannya .Abang Zawani...selamatkan Munirah ! .Munirah takut ! .Kata Munirah di dalam hatinya .
YOU ARE READING
Adik abang suka makan coklat
Teen FictionHari-hari Munirah makan coklat .Tak kisahlah coklat gelap ,coklat putih,biskut coklat semua dia makan .Abangnya,Ainuddin mula risau akan keadaan adiknya yang makan coklat melebihi kuantiti biasa .