Munirah jatuh sakit?

127 9 0
                                    


  Jam loceng telah menunjukkan pukul 8 pagi. Akan tetapi, Munirah masih lagi belum bangun. Zawani memasuki bilik tidurnya lalu mengejutkan Munirah.  Dah pagi, adik. Jangan bangun lambat. Nanti rezeki susah masuk. Apatah lagi anak dara. Buat apa bangun lewat ?. Apa yang best sangat?. Arwah mama pun dulu ada pesan ' bangun awal pintu rezeki terbuka luas'. Walaupun masa tu aku baru berumur 5 tahun.

" Munirah, bangun. Jom, sarapan. Hari ni Abang Ainuddin ada buat pankek coklat vanila". Zawani menggoyang-goyangkan Munirah. Munirah tiada sebarang respon. Zawani tidak berpuas asa. Dia tetap mahu mengejutkannya.

" Munirahhh!!". Sedikit kasar namun masih lagi dalam  keadaan tenang. Perasaan bimbang mulai menguasai diri. Apsal ni?. Dia memegang dahi Munirah. Ya, Tuhan!. Panasnya!. Munirah sakit ke?. Zawani segera mencari Ainuddin untuk memberitahu bahawa Munirah demam panas. Secepat mungkin, Ainuddin memberhentikan kerja-kerja menyediakan sarapan. Dia cemas . Takut-takut adiknya sakit teruk.

***

" Adik Encik berdua demam sikit saja. Suhu dia 34 celcius. Bagi dia rehat yang cukup dan jangan bagi dia keluar masa panas terik". Ujar Doktor Farida. Ainuddin dan Zawani mengerti.

" Boleh saya tahu, doktor?. Adik saya dia sakit kenapa ya?".

" Dia sakit sebab dia terlalu penat. Sebelum ni dia ada rasa stress tak dekat sekolah ke?. Rumah ?".

" Tak ada lah pulak. Eh, abang. Abang pernah cakap kan dia terjumpa arwah mama dekat mall?".

" Ha'ah. Tapi, apa kaitannya?".

"Arwah mama Encik?. Apa maksudnya?".

    Zawani menceritakan peristiwa kematian mama dan papa mereka kepada Doktor Farida. Kemudian, dia cerita lagi tentang insiden di pusat membeli-belah. Mereka ternampak seorang wanita wajahnya iras-iras dengan mama mereka bertiga.

" Ouh..., mungkin sebab tu kot adik Encik demam. Demam terkejut.  Encik tak payah bimbang. Encik bagi saja ubat ni semua. Kalau suhu dia makin tinggi, saya sarankan Encik bawa dia ke hospital".

" Terima kasih doktor". Tunduk Ainuddin. Doktor Farida meminta diri lalu pergi. Munirah hilang kesedaran akibat suntikan vaksin. Biarlah dia tidur sementara aku dan Ainuddin masak makan tengah hari.


" Mari, Ainuddin . Kita masak?. Dah lewat ni. Dah pukul 11.30 pagi".

" Hah?. Habis tu pankek yang saya masak tak makanlah?. Rugi je".

" Ala, nanti lepas Munirah bangun , dia makan lah". Pujuk Zawani. Dia mengheret adiknya ke dapur. Kasarnya abang aku tarik. Mahu koyak baju aku.

  Di dapur...

     Ainuddin memecahkan telur tiga biji untuk membuat telur goreng bersambal. Manakala Zawani, ikan cencaru masak kicap. Bawang dihiris dengan kemas sehinggalah Ainuddin datang mengacaunya.

" Eh, eh. Pandainya abang potong". Jari Ainuddin menguis-nguis bawang dipotong oleh Zawani. Bentuk bawang tersebut dibentuk menjadi bulat. Tengok oranglah. Siapa cakap aku tak pandai masak?. Korang lah. Yang baca cerita ni kan ingat aku tak reti masuk dapur?.

"  Abang boleh buat bentuk Ultraman?".

" Nampak pisau ni?. Kan tak pasal-pasal saya 'siang' awak jadi lauk".

" Sampai hati abang".

" Dah dah. Pergi masak benda lain . Takkan telur goreng je?".

" Hari ni pegawai bank cuti. Saya pun cuti lah. Eheh". Sindir Ainuddin. Nak cakap peguam tak ada cuti lah tu. Sesi memotong bawang diteruskan. Ainuddin tetap mahu mengusiknya. Tetapi... malang tidak berbau.

Cak!

" Aduhhh!!!". Ainuddin cepat-cepat angkat kaki. Zawani telah menahannya. Berani betul !. Dah lah buat orang cedera, dia sesuka hati melarikan diri?!.

" Ainuddin...".

" Maafkan saya, abang!!!".  Telinga Ainuddin habis dipiat. Balas dendam lah katakan.
Tu lah padahnya.




Adik abang suka makan coklatWhere stories live. Discover now