° TBH 08 ; abangbaby

1.4K 214 2
                                    

“ aku akan balik lewat malam ni. kau tak perlu tunggu aku— ”

“ jangan risau, saya memang takkan tunggu abang sebab berkemungkinan saya di U sehingga lewat malam juga. ada assignment berkumpulan yang perlu Hyo selesaikan ”

Kata gadis cantik itu memintas kata-kata suaminya. Taehyung merengus perlahan. Sungguh dia tidak suka Jihyo berada diluar pada waktu malam. Dia sangat risaukan keselamatan Jihyo.
“ bermula dari terbenam matahari, sejam sekali, pastikan kau telefon aku, tahu budak? ”

Arahan Taehyung dibiar tidak berjawab untuk seketika. Jihyo menahan senyum. Dia pasti Taehyung amat risaukan dia sebab itulah perlu telefon setiap sejam. Ah, berbunga hati Jihyo dengan arahan yang Taehyung beri kepadanya itu.

“ dengan senang hati, abangbaby ”
Jihyo tersengih saat kepalanya diusap Taehyung sedikit kasar.
“ sini, tolong pakaikan tie aku ni ”
Segera Jihyo mendekati suaminya. Tali leher Taehyung diambil lalu dikalungkan dileher lelaki kacak itu.

Tubuh Jihyo dibawa lebih dekat dengan Taehyung untuk memudahkan kerja memasang tali leher tersebut. Tangan Taehyung spontan bergerak memegang punggung Jihyo saat gadis itu berada dekat dengannya. Jihyo hanya membiarkan— fokus dengan kerjanya sahaja.

Taehyung mengambil peluang mengamati wajah polos cantik milik isterinya. Dia menahan senyum. Tidak dapat dia nafikan kecantikan semula jadi yang ada pada wajah Jihyo.
“ saya cantik, ya? sebab tu abang pandang lama-lama ”

Jihyo tertawa mendengar guraunya sendiri. Namun Taehyung mengangguk mantap. Makin melebarlah senyuman Jihyo.
“ kau cantik sangat, budak ”
Punggung Jihyo diramas Taehyung lembut menyebabkan gadis itu menggigit bibir.

Tidak mahu mengeluarkan sebarang bunyi yang mungkin bakal menaikkan nafsu lelaki Taehyung.
“ abang— abang dah lewat ni. pergi lah ya? ”
Kata Jihyo setelah dia selesai memakaikan tali leher Taehyung. Taehyung berdehem.

Tangan Taehyung yang memegang punggung isterinya perlahan dijauhkan. Begitu juga jarak badan mereka. Dijauhkan sebelum Taehyung mencium kepala Jihyo.
“ jumpa nanti, budak kecil ”
Taehyung mula melangkah pergi.

“ jumpa nanti abangbaby! ”
Jihyo menyeringai suka melihat wajah cemberut Taehyung. Ya, sungguh lelaki itu tidak suka dengan gelaran ‘abangbaby’ yang Jihyo gelarkan kepada dirinya. Yalah, baby? Sedangkan Taehyung jauh lebih tua dari Jihyo.

Abang itu sudah pasti dia sendiri yang mahu dipanggil begitu. Tetapi bukan ‘abangbaby’. Namun Jihyo tetap berdegil. Dia mahu memanggil Taehyung dengan panggilan itu jadi apalah yang boleh Taehyung lakukan, kan? Sabar jelah dia dengan perangai comel Jihyo.

“ eh kejap lagi ada kelas. patut naib grab atau minta Jimin tumpangkan ya? emm ”
Jihyo mengomel pada dirinya sendiri sambil memilih baju yang akan dia pakai untuk ke kelas pada hari ini.
“ suruh sahajalah Jimin tumpangkan. lagipun sehala ”

Keputusan dibuat Jihyo. Tidak lama selepas itu, keputusan untuk memakai baju apa pun telah dibuat.
“ abangbaby suka warna ni jadi pakai yang inilah ”
Jihyo menyeringai suka.

° ° ° ° °

“ perkataan paling aku tak suka dulu— adalah perkataan yang paling aku rindu disaat ini ”
Taehyung mengomel pada dirinya sendiri. Perlahan Taehyung tersenyum samar memandang kearah dinding kosong apartment nya.

“ abangbaby kau ni rindukan kau, budak ”
Taehyung mengetap bibirnya. Dia betul-betul rindu dengan panggilan dan orang yang selalu memanggilnya sebegitu.
“ sayang ”
Mata Taehyung terasa panasnya. Dia sedang meahan tangis.

was HAPPIER.

[ TO BE CONTINUED ]

30 votes=update.
just comment if u hv anything to say okayy 💯
much love, Aireena ❤

[C] HAPPIER Where stories live. Discover now