° HN 17 ; I miss you

1.6K 202 7
                                    

× un-edited ×

Seoul Hospital, South Korea

" Chim.. "
Panggil Jihyo perlahan saat dia tersedah dari tidurnya. Dia melihat kearah kanan dimana terletaknya sebuah meja kecil. Jam menunjukkan pukul 3:05 pagi. Jihyo kemudian memandang kesebelah kirinya. Mulut gadis cantik itu terbuka sedikit saat matanya mendarat pada sekujur tubuh yang sedang lena diatas sofa berdekatan katilnya.

" abang.. "
Mata Jihyo mula berkaca sebelum perlahan air matanya menitis. Entah bagaimana Taehyung terjaga dari lenanya. Mata Taehyung dan mata Jihyo bertaut sebelum Taehyung tersenyum manis. Senyuman yang tidak pernah dia berikan kepada Jihyo sepanjang 2 tahun perkahwinan mereka. Taehyung mula mengatur langkah mendekati katil.

Tangan kanan Taehyung mengusap perlahan pipi Jihyo.
" hai, sayang "
Ungkap Taehyung, ikhlas dengan nada suara yang bergetar. Tangan Jihyo kemudian menyentuh tangan Taehyung yang berada dipipinya. Mata dipejam rapat menghayati setiap sentuhan lembut Taehyung.
" i miss you, sayang "
Ungkap Taehyung sekali lagi.

" saya dah jumpa anak kita. dia betul-betul baik dan kacak.. macam saya "
Jihyo tertawa kecil mendengar kata-kata Taehyung. Taehyung kembali menautkan pandangan mata mereka.
" hey, sayang. janganlah menangis. saya ada dengan awak ni, kan? "
Ibu jari Taehyung menyingkirkan cairan jernih yang mengalir dipipi Jihyo. Jihyo hanya mampu tersenyum nipis.

" saya dan Jitae rindukan abang, sangat sangat rindu "
Kata Jihyo perlahan. Mahu sahaja dia mendakap tubuh Taehyung saat itu tetapi sungguh dia tidak berdaya. Tidak berdaya untuk bangun dan mendakap erat lelaki yang dulu duduk tinggi dipuncak hatinya.
Taehyung menganggukkan kepalanya dengan mata yang juga telah berkaca.

" maafkan saya, sayang. bagi saya peluang kedua, tolonglah "
Taehyung mencium jemari runcing Jihyo. Jihyo memejamkan matanya kerana sekali lagi dia merasai airmata bakal mengalir.
" jangan bencikan saya lagi, tolong "
Taehyung kemudian merapatkan wajah mereka. Jihyo membuka matanya saat merasakan hidung dia dan Taehyung bergesel lembut.

" abang.. tak tukar perfume, ya? wangi.. "
Kata Jihyo saat wangian kegemaran dia yang telah 2 tahun tidak dihidu akhirnya dekat dengannya.
Taehyung tersenyum kecil.
" ya saya tak tukar, sayang. sebab awak suka perfume ni kan? jadi saya tak pernah tukar "
Balas Taehyung kemudian mencium bibir Jihyo yang kelihatan pucat.

Jihyo memejam rapat matanya. Menikmati bibir yang sudah dia rindui selama lebih 3 tahun.
" hmph, bibir abang sedap "
Lurus Jihyo berkata yang mana mendatangkan tawa Taehyung.
" mama? uncle Bwi? "
Jitae menggosok kedua matanya. Segera kedua Taehyung dan Jihyo memandang kearah Jitae.

" hai sayang mama. sini baring dekat mama? "
Panggil Jihyo. Jitae menapak mendekati katil namun bukan naik keatas katil tetapi keatas riba Taehyung. Taehyung tersenyum bahagia meligat Jitae. Jihyo juga begitu. Sungguh dia rasa ingin menangis kerana akhirnya Jitae bertemu bapa kandungnya.
" Jitae.. Tae dah kenal ya uncle ni? "
Soal Jihyo sambil mengelus pipi anak lelakinya.

" eung! Tae dah kenal uncle Bwi ni! handsome kan dia, mama! "
Balas Jitae girang. Taehyung tertawa perlahan sebelum mencium puncak kepala Jitae. Jihyo hanya memerhati Taehyung. Sungguh sepanjang perkahwinan atas kertas mereka, tidak pernah Taehyung berkelakuan seperti sekarang. Tersenyum dan tertawa panjang.
" Tae boleh panggil uncle Bwi ni, papa Bwi, okay sayang? "

Jitae mengangguk mantap dengan arahan Jihyo.
" dah, Sayang. tidurlah balik. baru pukul 3:35 pagi ni "
Kata Taehyung sambil menggosok bibir Jihyo. Jihyo sekadar mengangguk samar.
" Tae nak tidur dengan mama atau papa Bwi, sayang? "
Soal Taehyung kepada Jitae. Budak kecil itu kelihatan berfikir.

" papa Bwi! bolehkan, mama? "
Jitae memandang Jihyo penuh harapan. Jihyo tersenyum sebelum mengangguk.
" yay! "
Lantar Jitae mencium pipi mamanya sebelum memeluk erat leher Taehyung. Bibir Taehyung menarik senyum untuk kali yang keberapa dia sendiri tidak pasti.
" saya tidurkan Tae dulu nanti saya teman awak, ya sayang? "
Taehyung mencium puncak kepala Jihyo.
" baik, abangbaby "

Senyuman dibibir Taehyung kian mekar. Oh tuhan, sungguh dia rindukan wanita yang kini telah melahirkan anaknya.
" I love you, mrs. Kim "
Bisik Taehyung sebelum melangkah kearah sofa panjang.
' mrs. Park.. '
Ungkap Jihyo perlahan yang teramat.

° ° ° ° °

" goodmorning, sayang "
Kata Taehyung sebaik Jihyo membuka matanya.
" pukul berapa ni, abang? Tae mana? "
Soal Jihyo sambil menggosok kedua matanya.
" baru pukul 9 pagi, sayang. Tae keluar dengan Jimin "
Balas Taehyung sambil bermain dengan jemari Jihyo.

" em abang.. boleh tolong saya mandi..? selalunya Jimin yang tolong tapi ni dia tak a- "
" Jimin yang mandikan awak? berani dia sentuh awak? "
Mata tajam Taehyung menikam mata bundar Jihyo. Dia hanya mahu bergurau namun tidak dapat dia nafikan yang dia memang cemburu. Jihyo tersengih kecil.

" ala okay la dari saya suruh nurse lelaki yang kacak dekat luar tu mandikan saya, kan? "
Jihyo tertawa perlahan melihat wajah cemberut Taehyung.
" ish sayang ni kan. dah, mulai hari ni sampai awak tua, saya yang akan mandikan awak, okay? "
Datar sahaja nada suara Taehyung. Jihyo tersenyum hambar.

" saya tak akan tua. saya- dah tak lama dah, abang. hyo betul-betul dah tak larat nak lawan sakit hyo ni. tak lama dari sekarang, hyo akan mengalah "
Jihyo memberhentikan kata-katanya sebelum menarik tangan Taehyung lalu diletakkan didadanya. Menyuruh Taehyung merasa degupan jantung nya yang berdetak sangat perlahan.

Taehyung segera membuang pandangan keluar apabila merasakan matanya sudah berkaca.
" tapi- percayalah. hyo akan sayangkan abang, Jitae, Jimin, omma dan appa sampai jantung ni berhenti berdegup "
Kata Jihyo sebelum membawa tangan Taehyung kebibirnya lalu dicium.
" hyo dah lama maafkan abang, i miss you more than anything else "

Air mata Taehyung menitis. Kali ini airmata kebahagiaan bercampur air mata kesakitan. Dia akhirnya menjumpai semula apa itu rasa bahagia.

HAPPIER, now.

[ TO BE CONTINUED ]

40 votes= update.
drop ur comments ya guyss ;)
sorry kalau banyak typo, this part is un-edited
Lots of Love, JammyChimz ❤

[C] HAPPIER Where stories live. Discover now