° TBH 03 ; confession

1.6K 244 10
                                    

wajah Jihyo dibawa dekat dengan wajah suaminya yang sedang tidur lena. Terlalu lena kerana penat dengan kerja yang bertimbun dipejabat. Tangan halus Jihyo menyentuh setiap sudut wajah Taehyung dengan lembut dan perlahan kerana tidak mahu membangunkan lelaki tampan itu.

" abang, nampak sangat kacak malam ni, masa abang tidur "
Jihyo tertawa kecil.
" oh tak- abang nampak kacak setiap masa, sebenarnya. sebab tu, saya selalu pandang abang. saya rasa sangat beruntung, abang tahu? "

Hidung mancung Taehyung dicuit Jihyo sedikit, geram.
" saya rasa beruntung sebab, abang tak cintakan saya tapi masih layan saya dengan baik. saya senang hati "
Disentuh pula bibir Taehyung.

" saya tak kisah walau abang tak cintakan saya. asalkan abang dekat dengan saya dan tak tinggalkan saya. saya tak kisah- tak dicintai suami sendiri "
Suara Jihyo mengendur, agak kesal.

" dah 3 bulan kita kahwin, abang layan saya dengan baik. saya cuma nak abang tahu, saya cintakan abang, sayangkan abang. saya dah bagi semua yang saya ada pada abang, itu bukti saya betul cintakan abang "

Jihyo mengeluh perlahan sebelum kembali berbaring disebelah suaminya. Selimut ditarik dan kemudian dia memejamkan matanya. Tidak sampai beberapa minit, gadis cantik itu dibuai mimpi.

Taehyung yang sebenarnya memang tidak tidur mula bangkit dari baringnya. Ditatap wajah isteri nya yang sangat cantik. Mata tajam Taehyung mengamati wajah cantik disebelahnya itu. Kemudian mengeluh perlahan. Kepalanya diurut.

" maafkan aku tapi aku betul-betul belum ada apa-apa perasaan pada kau. dan kalau kau nak tahu, aku ada terfikir untuk lepaskan kau. mungkin lepas setahun perkahwinan kita? aku sendiri tak tahu "

Selesai mengomel pada diri sendiri, Taehyung turun dari katil dan berjalan ke beranda biliknya. Dibuka pintu yang memisahkan beranda itu dengan kamar tidurnya lalu lelaki bertubuh tinggi lampai itu menapak keluar. Kotak rokok dikeluarkan.

Setelah itu, dia merokok sambil memerhati sekitar bandar Seoul. Kepalanya agak kusut selepas mendengar pengakuan cinta yang Jihyo ungkapkan tadi. Dia mengeluh perlahan.

" aku dah pesan pada kau, jangan jatuh cinta dengan aku, kan? "
Kata Taehyung setelah membalikkan badan nya menghadap katil, dimana Jihyo berada. Dia rasa bersalah terhadap gadis cantik itu.

" kau tak patut- ya sangat tidak patut bertemu dengan aku. maafkan aku kerana kau terlibat dalam kehidupan membosankan aku ni "
Taehyung melangkah semula ke kamarnya. Diusap perlahan kepala si isteri.

" aku tak layak untuk kau "
Taehyung mencium bibir Jihyo. Dia sangka Jihyo akan terjaga namun tidak. Gadis cantik itu masih lena dibuai mimpi. Taehyung tersenyum samar sebelum kembali berbaring disebelah Jihyo.

" selamat malam, budak "

° ° ° ° °

" selamat malam budak "
Ungkap Taehyung seolah olah bekas isteri dia masih ada, berbaring disebelah tubuhnya. Dipaling tubuh tegap itu menghadap tempat yang sebelum ini menjadi tempat Jihyo tidur.

" aku bodoh "
Taehyung tersenyum. Perit.

was HAPPIER.

[ TO BE CONTINUED ]

35 votes for update!
so how? korg suka tak cerita ni so far? pls let me know what u guys think. maaf, aireen dah reply semua comment tpi entah knp wattpad ni delete replies aireen tu. nanti aireen reply balik ya ❤

[C] HAPPIER Where stories live. Discover now