° HN 16 ; Kim JiTae

1.7K 211 14
                                    

Seoul South Korea, 2023

“ dia sakit makin teruk, Taehyung ”
Kata Yoongi sebelum menghirup airnya. Setelah 3 tahun lebih mereka tidak bertemu akhirnya mereka disini, sebuah cafe.
“ aku tahu, Yong. aku tahu ”
Taehyung membuang pandangannya keluar cafe. Bermain dengan perasaan sendiri.

“ dia dah tak boleh nak berjalan. kalau dia berjalan, dia akan rasa sangat penat. dia hanya mampu berbaring lemah atas katil ward dia, Tae. wajah dia, jangan tanya lah. memang sangat-sangat pucat. tapi, dia masih sangat cantik ”
Yoongi tertawa perlahan.

Taehyung masih lagi memandang keluar cafe kerana merasakan matanya sudah berkaca, sebak.
“ jadi apa yang kau nak aku buat, Yong? kau sendiri tahu dia bencikan aku dan dia bahagia dengan Jimin ”
Kata Taehyung dengan suara yang tertahan.

“ jumpa dia, Tae. tolong jumpa dia. ya, dia dengan Jimin dah hampir setahun lebih tapi, aku tahu jauh disudut hati dia, dia masih sayangkan kau. jihyo masih cintakan kau. tolonglah, jumpa dia. lawat dia dihospital ”
Kata Yoongi atau lebih kepada merayu. Taehyung menggeleng.

“ dia benci aku. dia betul-betul dah bencikan aku. aku dah hilang dia, Yong. semuanya sebab ego aku ”
Taehyung menundukkan kepalanya memandang lantai. Air mata yang mula menitis diseka kasar. Yoongi mengeluh perlahan.

“ jumpa dia, Taehyung. ya, kau dah hilang dia. tapi pergi lah melawat dia sebelum kau hilang dia buat selama-lamanya. doktor kata tempoh masa untuk Jihyo hidup lebih kurang 2 bulan. sell kanser dia dah merebak, tahap ke4. tu je aku nak cakap. jumpa lagi, bro ”
Yoongi mula bangkit dari duduknya.

“ oh satu lagi, jumpa sekali anak lelaki kau. selama 3 tahun dia hidup, dia tak pernah jumpa ayah dia ”
Yoongi pantas keluar dari cafe. Taehyung tersentak. Anak dia? Jihyo telah lahirkan anak dia? Kenapa dia langsung tak tahu apa-apa?
“ oh tuhan, terima kasih! ”

Airmata kegembiraan mengalir membasahi pipi lelaki kacak itu.
“ tunggu appa, sayang ”
Walaupun Taehyung berasa terkilan kerana Jihyo tidak pernah memberitahunya tentang anak yang telah Jihyo lahirkan, lelaki kacak itu masih berasa gembira dan bersyukur.
° ° ° ° °

“ mama~~ ”

Panggil seorang anak kecil yang berada dipangkuan Jimin. Jimin menutup perlahan pintu ward vip itu sebelum melangkah perlahan kearah katil. Kelihatan gadis kesayangan nya masih dibuai mimpi.
“ Jitae-ah, diam sikit okay? mama tengah tidur tu. jangan kacau. arasseo?”
Kepala Jitae diusap lembut.

“ okay, papa! ”
Jitae tersengih sebelum duduk diatas sofa lalu fokusnya tertumpu pada television yang sedang menayangkan cerita kartun kegemarannya. Jimin tersenyum kecil sebelum melabuhkan punggung diatas kerusi bersebelahan katil. Dipandang wajah pucat Jihyo yang sedang tidur lena lalu Jimin tersenyum samar.

“ sayang, awak kata awak dah tak cantik sebab muka pucat awak? ”
Jimin mengusap perlahan pipi Jihyo dengan ibu jarinya.
“ awak salah, sayang. awak masih kelihatan sangat cantik ”
Sambung Jimin lalu mencium pipi Jihyo. Dia dan Jihyo sudah bersama selama setahun. Tetapi hubungan Jimin dan Jihyo hanya sekadar tunang.

Walaupun Jimin hanya tunang Jihyo, dia menjaga anak lelaki Jihyo dan Taehyung dengan baik. Seperti dia menjaga anaknya sendiri. Jitae juga senang bersama dengan Jimin. Budak kecil itu suka cara Jimin melayan dan bermain dengan nya. Perhatian Jimin tertumpu pada pintu ward yang diketuk perlahan.

“ Taehyung ”
Jimin terkedu saat melihat Taehyung lah yang telah mengetuk pintu ward itu sebelum melangkah masuk kedalam. Pandangan Taehyung terus jatuh pada sekujur tubuh yang amat dia rindui sedang berbaring diatas katil sebelum dia memandang kearah Jitae. Jitae juga memandang kearah Taehyung sebelum tersenyum mesra.

Jitae lantas berdiri lalu berjalan menuju kearah Taehyung yang masih berdiri dihadapan pintu ward.
uncle ni, siapa? Handsome nya uncle ni! macam Jitae! ”
Jitae menyeringai suka. Taehyung tersenyum sebelum merendahkan badan nya lalu mengangkat Jitae.

Dengan Jitae didalam dukungan, Taehyung menapak kearah katil. Taehyung tersenyum samar kepada Jimin begitu juga dengan Jimin.
“ terima kasih sebab dah jangan Jihyo dan Jitae dengan baik, Chim ”
Ungkap Taehyung sebelum turug duduk disebelah katil.
“ Jihyo tunang Chim. mestilah Chim jaga dia dengan baik ”

Balas Jimin datar. Taehyung sekadar mengangguk. Matanya tidak lepas memandang kearah wajah cantik Jihyo sebelum mencapai tangan Jihyo. Tangan gadis itu dibawa kebibirnya sebelum dicium lama. Jimin yang memerhati segera memandang ketempat lain. Dia agak cemburu.
“ eh uncle mana boleh cium mama Jitae laaa ”

Tiba-tiba sahaja Jitae seakan-akan merengek sebelum tertawa suka.
“ tak tak. Jitae gurau hehe ”
Sekali lagi kanak-kanak kecil itu menyeringai suka. Taehyung turut tersenyum sebelum mencium puncak kepala Jitae.
uncle perlulah cium mama Jitae ni. nak tahu sebab apa? ”
Soal Taehyung.

Jitae mengangguk mantap.
“ sebab uncle rindukan dia. sebab uncle sayangkan dia ”
Suara Taehyung jelas kedengaran sedikit bergetar. Jitae tersenyum setelah mendengar kata-kata Taehyung. Tangan kecil Jitae memegang pipi Taehyung. Menyingkirkan air mata yang menitis perlahan.

uncle mesti kawan rapat mama kan? janganlah sedih-sedih. mama kata kat Jitae mama akan lawan sakit mama ni. tapi entahlah uncle. Jitae tengok mama macam makin teruk je hm. Jitae cakap kat mama Jitae taknak kawan dengan mama kalau mama tinggalkan Jitae jadi nanti, uncle dengan papa Chim jela kawan dengan Jitae, nae? ”

Taehyung diam mendengar apa yang Jitae luahkan.
“ sayang, kalau mama tinggalkan Jitae, pecaya lah, mama terpaksa. takkan mama nak tinggal Jitae, kan? Jitae kan hero mama ”
Pujuk Jimin lembut.
“ eh eung! betul juga tu papa ”
Jitae mengangguk-anggukkan kepalanya.

terima kasih, sayang. sebab dah berjaya besarkan anak kita dengan baik. saya betul-betul hargai semua yang awak dah buat. dan maafkan saya sebab dah dekat 3 tahun saya tak jenguk awak dan hero kita ni
Taehyung memandang Jihyo dengan senyuman sayu.

HAPPIER, now.

[ TO BE CONTINUED ]

35 votes=update.
Drop ur comments.
Explaination ;

yaa as u can see, kiranya dlm cerita ni Jihyo ada kanser yg dah tahap 4. taehyung tahu Jihyo ada kanser time diorg dah berpisah. n taehyung tak pernah tahu pun Jihyo mengandung dan lahirkan anak dia. hope u guys faham yaa.

and thankyou so much guys! TBH; Divorce dapat banyak comments. Aireen suka baca comments so ya comment banyak² oke hehe :)

Lots of Love, JammyChimz ❤

[C] HAPPIER Where stories live. Discover now