× drop ur comments about this ff!
× kpd yg tak berapa suka ending ff ni, maafkan aireen ea hehehe
× vote, comments, enjoy reading!
×memandangkan ff ni dah habis, nah ff baru huehue still jihyo heroin
❈ ❈ ❈
❝ semua ini berkaku kerana kejamnya— takdir atau bodohnya aku? adakah ini namanya karma? disaat aku mula menemui bahagia aku semula, takdir sepertinya tidak mengizinkan— takdir sepertinya tidak suka melihat kebahagiaan aku. maafkan kebodohan aku pada suatu ketika dahulu ❞
❈ ❈ ❈
“ taehyung! kenapa ada diluar ni? tak teman Jihyo didalam? ”
Soal Namjoon apabila terlihat Taehyung duduk diatas kerusi dihadapan ward Jihyo dengan kepala ditundukkan memandang lantai.
“ maaf sebab kami lambat. tadi kami singgah kedai belikan Jitae aiskrim ”
Kata Jin apabila Taehyung masih sahaja mendiamkan diri. Jimin merengus geram.“ dah bisu, ya? ah— lantak kau lah. aku nak masuk ”
Kata Jimin mula menapak kearah pintu. Namun langkahnya terhenti kerana kata-kata Taehyung.
“ kau, aku, mereka, semua tak dibenarkan masuk. doktor sedang selamatkan nyawa Jihyo— jantung dia berhenti berdegup tadi ”
Kata Taehyung seakan-akan tenang tanpa sebarang riak diwajahnya.Sungguh lelaki kacak itu bersumpah dia akan buang segala rasa yang ada dalam dirinya dan menjadi heartless jika betul perempuan kesayangannya pergi meninggalkan dia nanti. Keenam-enam lelaki bersama seorang budak kecil itu terkedu. Terdiam tanpa bunyi. Jimin lalu jatuh terduduk diatas lantai setelah memproses apa yang Taehyung katakan sebentar tadi.
“ Jitae nak tengok mama. jitae tak kira. jitae nak mama jitae! ”
Jitae berlari kearah pintu. Namun belum sempat pun anak kecil itu ingin memulas tombol pintu, Hoseok mencempung lembut badan Jitae. Kini Jitae berada didalam dukungan lelaki kacak itu.
“ jangan— doktor tengah selamatkan mama. jitae tak boleh kacau, nae kesayangan uncle Hoseok ni? ”
Hoseok berkata, cuba memujuk.Jitae sekadar diam sebelum menangis. Wajah comelnya disembamkan keleher Hoseok.
“ shh— jangan menangis, sayang. uncle ada dengan Tae ni ”
Hoseok berkata-kata sambil menepuk perlahan belakang tubuh Jitae sementara Jin mendapatkan Jimin yang jatuh terduduk tadi. Ya, lelaki kacak itu sedang teresak.
“ Kim Taehyung, kenapa kau diam sahaja? kenapa macam tak sedih? ”Soal Yoongi agak bengang apabila bekas suami satu-satunya adik perempuan dia tu hanya beriak biasa. Seolah olah tidak sedih mahupun kecewa.
“ habis— kau nak aku buat apa, yong? aku serahkan semua pada takdir. dan nampaknya, takdir betul-betul cemburu melihat kebahagiaan aku ”
Taehyung tertawa sinis. Yoongi terdiam mendengar kata-kata Taehyung. Sungguh dia faham apa yang cuba Taehyung sampaikan.
YOU ARE READING
[C] HAPPIER
FanfictionSERIES BROKEN MARRIAGE #1 pasangan suami isteri yang kini telah berpisah. ini semua kehendak si suami tetapi akhirnya, dia sendiri yang menyesal. start; 11sept2018 end; 28Sept2018 ❈#25 in fanfiction (25Sept2018) ✿#23 in fanfiction (26Sept2018) ❀#...