° TBH 06 ; syarat

1.5K 229 6
                                        

" saya akan sambung belajar start minggu depan, abang "
Kata Jihyo kepada Taehyung. Kedua mereka berada dimeja makan. Makan malam bersama seperti malam-malam sebelum ini.
" ah- cepat kau diterima di U tu? "
Balas Taehyung.

Jihyo mengangguk kecil.
" sebab results di highschool saya baiklah senang diterima. saya takkan dapat sambut abang pulang dari kerja setiap hari, tak dapat nak duduk dirumah teman abang berehat pada hari sabtu atau ahad bila saya dah mula belajar nanti, tahu? "

Omel Jihyo sebelum kembali menjamah makanan nya. Sungguh lazat kerana itu adalah hasil air tangan suaminya yang amat dia sayangi. Taehyung mendiamkan diri untuk seketika.
" perlu ke, kau sambung belajar tu? "
Akhirnya Taehyung bersuara.

Jihyo mengangkat wajahnya membalas tatapan mata tajam Taehyung. Kemudian gadis cantik itu mengangguk perlahan.
" keselamatan kau disana- macam mana nanti? "
Soal Taehyung lagi. Jihyo tersenyum samar.

" jangan risau, Jimin belajar disana juga. pasti dia akan jaga saya dengan baik. jadi abang tak perlu risau, ya? "
Jawapan dari isterinya itu membuatkan Taehyung agak tidak senang. Kenapa perlu Jimin?
" kalau itu yang kau mahukan, terserah kaulah, budak "

Akhirnya Taehyung mengaku mengalah.
" tapi, ada syaratnya "
Tambah Taehyung. Jihyo memandang suaminya pelik.
' aik suami aku ni. nak sambung belajar pun ada syarat ke? '
Desis hati Jihyo. Kebingungan.

" kau keluar rumah ni tanpa aku hanya bila kau nak ke kelas. selain tu, kau tak boleh keluar dari rumah tanpa aku. kedua, kau pergi kelas, kelas je. jangan nak merayap kemana-mana. habis kelas, balik rumah "
Taehyung berhenti bercakap seketika.

" kalau boleh, jangan bercakap langsung dengan mana-mana lelaki di U tu. kecuali, ehem- teman lelaki kau tu. faham? "
Akhirnya Taehyung mengakhiri kata-katanya. Jihyo terdiam untuk seketika, masih kebingunan.
" baik, abang "

" goodgirl "
Belum sempat Taehyung bangun dari duduk, lengan nya dipegang Jihyo.
" ya, mrs. Kim? "
Mendengarkan itu pipi Jihyo merona merah buat seketika.
" em- kenapa perlu ada syarat ni semua, abang? atau, abang cemburu sebab tu ada syarat semua ni? "

Jihyo menyeringai suka. Taehyung berdehem sebelum mengalihkan tangan Jihyo dari terus memegangnya.
" mana ada- biarlah. kau isteri aku kan? jadi ikut je okay apa yang aku suruh kau buat? "
Balas Taehyung, memberi alasan yang sangat klise. Jihyo tersenyum.

" abang- jangan cemburu. saya milik abang seorang "
Kata Jihyo dengan suara yang perlahan. Namun masih didengari Taehyung walaupun kurang jelas.
" oh ya? kalau macam tu, putuslah dengan Jimin "
Jihyo terkedu.

" abang- "

Taehyung tersenyum. sinis.

° ° ° ° °

" ya, aku cemburu. sangat cemburu. sebab tu semua yang kau lakukan dulu, pasti semuanya ada syaeat tertentu. ah- egonya aku dulu "
Taehyung meramas kasar lambut lebatnya. Bengang dengan diri sendiri lah katakan.

Kini genap 3 bulan dia dan Jihyo berpisah. Bukan lagi suami isteri. Sepanjang 3 bulan itulah hidup dia tidak tentu arah. Namun dia diamkan, rahsiakan. Diluar rumah, dia berlagak tenang, sepertinya dia tidak menyesal. Namun lihat dia dirumah.

Betul-betul tidak terurus.
Dia menyesal

was HAPPIER.

[ TO BE CONTINUED ]

30 votes = update.
drop ur comments.
reminder;
ending ff ni mmg sadending. jadi sediakan tisu untuk ending dia nanti hahahaha

[C] HAPPIER Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang