° TBH 04 ; lies

1.5K 243 4
                                    

" awak dengan suami awak, macam mana? okay? "
Soal Jimin yang duduk berhadapan Jihyo. Gadis cantik itu mengangguk.
" kami okay. dia layan saya dengan baik "

Jimin mengangguk-angguk.
" baguslah kalau macam tu, sayang "
ungkap Jimin lembut. Jimin? Dia adalah teman lelaki Jihyo. Dia orang yang paling kecewa bila Jihyo mahu berkahwin tetapi dia menjadi lebih baik setelah Jihyo terangkan.

Terangkan tentang perkahwinan paksa dia dan Taehyung. Dalam perkahwinan mereka, Jihyo bebas melakukan apa yang dia mahu. Jadi sebab itu Jimin hanya membiarkan pujaan hatinya itu berkahwin. Lagipun dia tidak boleh menghalang.

Tangan Jihyo Jimin genggam lembut
" berapa lama awak perlu jadi isteri atas kertas dia, sayang? "
Soal Jimin sedikit sedih.
" saya taktau, Jimin " jujur Jihyo.
" uhm.. dia pernah sakitkan awak? "

Soalan Jimin membuatkan Jihyo berasa pelik. Kenapa pula Taehyung akan sakitkan dia, kan?
" tak sayang. dia tak pernah sakitkan saya. seperti yang saya cakap, layanan dia pada saya memang baik "
Balas Jihyo meyakinkan Jimin.

Jimin mengangguk. Tiba-tiba satu lagi soalan terlintas dibenak fikiran Jimin.

" awak.. awak sukakan dia? yalah, dah 2 bulan korang kahwin, mana tahu awak dah tersuka dia "

Soal Jimin dengan suara yang perlahan. Jihyo menatap mata sayu Jimin. Tangan Jimin digenggam lembut. Dia rasa, dia bakal menipu lelaki yang pernah dia cintai itu.
" tak sayang. saya tak suka dia, tak sayang dia dan tak cintakan dia "

Bohong. Jihyo berkata bohong. Hanya kerana tidak mahu jimin kecewa. Jimin tersenyum nipis. Pipi pujaan hatinya itu dia kelus lembut, penuh rasa cinta.
" awak tahu saya sayangkan awak sangat sangatkan, Hyo? "
Jihyo mengangguk kecil.

" kau tipu dia, budak? atau kau tipu aku? apa yang kau katakan hari ini dan malam kelmarin, yang mana satu yang betul? "
Desis hati Taehyung. Ya dari tadi dia memerhati dan mendengar perbualan antara Jimin dan isterinya.

" tapi dari raut wajah kau, aku rasa kau tipu dia, bukan aku "
Taehyung tersenyum, sinis. Dia tahu dan dia yakin yang Jihyo telah mencintai nya dan tidak lagi mencintai Jimin. Dia sangat yakin.

" saya akan tunggu awak, hyo. sebaik awak cerai dengan lelaki tu, saya akan melamar awak "
Kata-kata Jimin membuatkan Taehyung terdiam. Entah kenapa dia rasa tidak senang dengan kata-kata teman lelaki isterinya itu.

" awak yakin mampu tunggu saya? macam mana kalau perkahwinan ni akan bertahan lama? mungkin 3 4 tahun. awak sanggup? dan macam mana kalau nanti saya hilang my virginity. awak masih sanggup? "
Soal Jihyo serius.

Jimin terdiam untuk seketika.
" ya- saya sanggup sayang "

Taehyung tertawa perlahan mendengar jawapan Jimin. Dia tahu isteri dia itu cuba buat Jimin lupakan dirinya. Kerana Taehyung yakin rasa sayang Jihyo pada teman lelaki dia itu sudah hilang sejak mereka berkahwin.

° ° ° ° °

" kau tengah bahagia dengan Jimin tu ke, budak? "
Soal Taehyung pada dirinya sendiri. Gambar kahwin dia dan Jihyo ditatap lama. Dalam gembar itu, jelas tiada segaris senyuman pun di bibir Taehyung. Kerana dulu, dia tidak rela dengan perkahwinan mereka

Namun kini, dia merindui setiap saat semasa dia dan Jihyo masih lagi pasangan suami isteri.
" aku mahu kau bahagia.. tapi bukan dengan dia- aku. bahagia dengan aku sahaja "

was HAPPIER.

[ TO BE CONTINUED ]

30 votes = update.
drop ur commentss.
Aireen nak minta maaf kalau ff dan jalan cerita ff ni membosankan ❤

[C] HAPPIER Where stories live. Discover now