° TBH 05 ; shower

1.5K 227 1
                                        

" abang nak minum apa-apa? "
Soal Jihyo setelah dia membukakan tali leher Taehyung yang baru balik dari tempat kerja. Taehyung menggeleng tanda tidak.
" aku penat, nak rehat "
Kata Taehyung perlahan namun tetap didengari Jihyo.

" kalau macam tu, rehatlah lepastu abang mandi dan saya akan siapkan makan malam untuk abang "
Balas Jihyo. Namun belum sempat dia melangkah kedapur, kedengaran suara Taehyung memanggil.
" budak, tolong urutkan kaki aku "

Jihyo tersenyum samar sebelum mendekati Taehyung yang duduk diatas sofa. Oleh kerana mahu mengurut kaki si suami, Jihyo duduk diatas lantai. Diambil sebelah kaki Taehyung dan diletakkan diatas peha dia yang terdedah kerana Jihyo hanya memakai seluar yang amat pendek.

Taehyung mengeluh perlahan saat Jihyo mengurut lembut kakinya.
" peha kau- kenapa panas semacam? demam ke? "
Soal Taehyung apabila menyedari kakinya terasa hangat kerana peha isterinya yang terdedah. Jihyo menggeleng.

" saya tak demam atau sakit. saya sihat jelah abang "
Balas Jihyo kemudian bibirnya dimuncungkan kehadapan sedikit. Bibir Taehyung menarik segaris senyuman. Dia merasakan Jihyo sangat-sangat comel.
" baguslah kalau kau sihat je "

" tapi kalau tak sihat, cepat-cepat makan ubat dan berehat, okay? "
Arah Taehyung.
" okay abang "
Jihyo tersenyum manis. Dia suka bila Taehyung mengambil berat dan risaukan dirinya. Siapa sahaja tidak suka bila orang yang dicintai ambil berat pasal kita, bukan?

" kau pandai mengurut. belajar dengan siapa? "
Kata Taehyung. Matanya sudah lama dipejamkan. Selesa dengan tangan Jihyo yang ligat mengurut kakinya.
" abang Yong, yang ajarkan "
Balas Jihyo, masih mengurut.

Dahi Taehyung dikerutkan.
" abang yong? siapa? "
Soal Taehyung keliru, ingin tahu. Jihyo kemudian tertawa kecil.
" oh maafkan saya. maksud saya, Yoongi. abang kandung saya tu. kami sekeluarga panggil dia Yong "
Jelas Jihyo yang mendapat anggukan daripada suaminya.

" sudah lah tu. kau pula penat nanti macam mana nak masak makan malam nanti "
Taehyung mengalihkan kakinya dari terus berada diatas peha Jihyo.
" okay, saya pergi ke dapur sekarang ya? abang pergilah mandi "

Jihyo terus berdiri. Baru sahaja dia mahu melangkah, lengan kanan nya dipegang Taehyung kemas. Jihyo segera memandang suami tampan nya itu dengan wajah menyoal.
" uhm.. "
Jihyo hanya menanti apa yang bakal Taehyung katakan.

" masak kejap lagi lah ya? "
Kata Taehyung. Lebih kepada arahan sebenarnya.
" eh kenapa? abang nak saya urutkan kaki abang lagi ke? "
Soal Jihyo, menganggak kemahuan suaminya itu. Taehyung menggelengkan kepalanya.

" mandi dengan aku, mrs. Kim "
Kata Taehyung mendatar. Jihyo terdiam untuk seketika. Belum sempat dia berkata apa, tangan nya ditarik oleh Taehyung menuju ke kamar mandi yang memang besar ruangnya.

Lengkap dengan cermin besar, tab mandi, shower, dan lain-lain.
" Taehyung, awak dah gila ke? "
Soal Jihyo, tidak lagi membahasakan Taehyung dengan panggilan 'abang'.
" gila? jauh sama sekali. dah, mandi dengan aku jom "

° ° ° ° °

Taehyung memandang kearah syiling putih kamar mandinya. Dia berasa kosong. Sangat kosong. Dia sekadar berbaring didalam tab yang dipenuhi air sabun itu sambil termenung.
" kulit kau lembut. aku rindu nak sentuh kulit lembut kau tu "
Taehyung tertawa hambar.

was HAPPIER.

[ TO BE CONTINUED ]

30 votes for update.
drop ur comments.
hope u guys like it ❤

[C] HAPPIER Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang