Bab 9

2.4K 41 0
                                    

SUFI hanya mendiamkan diri saat berhadapan dengan Hail yang duduk dengan tenang di atas kerusinya. Wajah lelaki itu kelihatan serius tanpa senyuman. Buat seketika Sufi mengerling ke arah Baim yang kelihatan bersahaja. Tidak langsung tergambar riak takut di wajah Baim berbanding dengan dirinya sekarang. Terasa dahi Sufi sudah berpeluh-peluh menahan rasa debar dalam hati.

"Kau ambil telefon ni, call keluarga kau sekarang," arah Hail seraya mengangkat wajah.

Pandangan mata mereka bertaut. Sufi kembali menundukkan wajah. Gagang telefon yang dihulurkan oleh Hail dipandang sepi.

"Kau dengar tak apa yang aku cakap ni?" soal Hail. Suaranya dikeraskan.

"Dengar," jawab Sufi pendek.

"Dah kalau dengar, tak reti ke nak ambil telefon ni? Call keluarga kau depan aku sekarang!" arah Hail dengan suara meninggi. Sebaik saja melihat wajah Sufi, cepat saja hatinya terasa panas.

"Nak buat apa call family saya? Tuan nak lepaskan saya ke? Tuan nak suruh dia orang jemput saya kat sini ke?" soal Sufi dengan wajah ceria. Dia mendongak memandang Hail dengan riak yang penuh pengharapan.

Hail ketawa sinis. Dia memandang Sufi dari atas hingga ke bawah.

"Lepaskan kau? Jangan harap! Boleh tak kau jangan banyak tanya? Ikut ajelah cakap aku. Tu pun susah ke?!" bentak Hail lantas menghentak meja.

Sufi tersentak. Terenjut bahunya akibat terkejut. Lantas, dia mencapai gagang telefon daripada tangan Hail. Laju saja jarinya menekan nombor telefon rumah uminya. Hampir beberapa minit, barulah talian disambungkan.

"Assalamualaikum, umi. Ni kakak..." ucap Sufi. Hampir saja dia menangis apabila mendengar suara Puan Suraya menjawab salamnya.

"Hah, kakak. Kamu kat mana? Kenapa tak sampai lagi ni? Umi risau tau. Kamu kat mana ni?" soal Puan Suraya dengan nada cemas.

Sufi serba salah. Dia memandang wajah Hail dengan lama. Apa yang harus aku terangkan pada umi?

"Errr... Kakak kat tempat kerja kakak yang baru. Umi tak payah risaulah. Kakak okey aje. Kakak tak jadi kerja kat sana sebab kawan kakak dapat carikan kerja yang lebih baik untuk kakak. Umi jaga diri tau. Nanti kalau dapat cuti, kakak balik kampung. Umi telefon abah cakap kakak dah kerja kat tempat lain. Abah ada kat Jakarta sekarang, lagi dua minggu baru balik. Umi jangan lupa bagi tahu abah, tau?" ucap Sufi sedaya upaya menahan sebak.

Dia ingin melanjutkan bicara namun dengan pantas, Hail merampas gagang telefon. Sufi terkejut. Dia mencerlung marah.

"Dah, cukup! Aku bayar bil bukan untuk kau bergayut!" leter Hail bersama jelingan tajam.

"Kedekut!" getus Sufi.

"Kau cakap apa? Aku tak dengar."

"Ke... De... Kut!" laung Sufi dengan suara yang kuat.

Baim tersentak. Hail juga terperanjat. Jelas wajah Sufi langsung tidak takut akan dirinya. Aku ni tak cukup garang lagi ke? Berani betul minah ni lawan cakap aku. Hati Hail berdetak.

Namun, Hail hanya tersenyum senget. Dia bingkas bangun lalu menghampiri Sufi.

"Aku bukan Am yang senang jatuh dalam jerat perempuan tak guna macam kau ni. Nak kata kau ni cantik, tak adalah cantik mana sampaikan Am boleh tergila-gilakan kau. Sanggup habiskan duit semata-mata untuk perempuan macam kau. Atau kau dah gadai body kau semata-mata nak duit daripada adik aku tu? Kalau betul pun aku tak pelik, sebab perempuan macam kau ni bersepah kat belakang pasar. Tak layak buat bini. Tapi Am tu baik. Perempuan murah macam kau ni jugalah yang dia nak. Kesian betul adik aku tu..." ujar Hail sekadar untuk menyakitkan hati Sufi. Dia menggelengkan kepala sambil memandang Sufi dari atas hingga ke bawah.

CAGARAN CINTAWhere stories live. Discover now