002 I met her

427 101 3
                                    

[APPA JEON'S STORY]The way,I met her

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[APPA JEON'S STORY]
The way,I met her

__________________________


Hari sudah malam. Dan dia perlu pergi kerja. Tadi niat mahu beli barang dapur,tapi lain pula yang jadi. Budak lelaki yang dijumpai tadi sedang lena diulit mimpi. Wajah budak lelaki itu dipandang sekilas.

"Aigoo,siapa lah yang sampai hati buat kau macam ni budak."

ring...

Jungkook mencapai telefonnya dan melihat nama si pemanggil.

<Omma-❤>

Lantas dia menekan butang hijau .

"Jungkook,kamu dah balik ke?"

"Ya. Jap lagi Kook sampai."

"Ok cepat sikit ea? Omma dahㅡ"

strett!!

Lantas Jungkook menghentikan keretanya tatkala seperti ada seseorang yang sedang melintas.

"Eo? Jungkook? Kamu ok ke?"

"Emm omma. Jap lagi Kook call balik" Jungkook putuskan talian dan keluar dari keretanya. Jantungnya berdebar.Takut jikalau dia sudah membunuh orang dan disabitkan kesalahan langgar lari. Aduh,tulah! Siapa suruh main telefon masa memandu? Kan dah langgar anak orang.

Perlahan dia menapak kehadapan kereta. Dia amat pasti,tadi ada orang melintas depan kereta dan dia telah melanggarnya.

Setapak demi setapak dan dia melihat kelibat seorang perempuan berbaju putih.
Lantas dia menekup mulut.

Rambut diserabaikan.

Apa pula kali ni?

Jungkook mencekak pinggang dan memandang sekeliling. Berharap tiada yang lihat kejadian ini.

Jungkook mengambil keputusan untuk mendekati figura itu. Harap belum mati lagi.

"Cik? Cik?" Bahu gadis itu disentuh. Namun tiada respon. Semakin panasaran Jungkook dibuatnya.

"Cik? Tolonglah bangun!" Hendak menangis Jungkook dibuatnya. Jungkook cuba untuk periksa denyutan nadi.

Dan ya....masih hidup.

Fikirannya bercelaru. Kemana perlu dia bawa gadis itu? Kerumah? Hospital? Atau biarkan?

Setelah menambil masa lima minit untuk berfikir,dia mendukung tubuh gadis itu kedalam kereta.

Dia akan bawa gadis itu kerumah dan minta tolong Puan Jeon menjaganya.

---

"Omma!" Jungkook melambai kearah Puan Jeon yang sedang berdiri dihadapan pintu.

"Eo? Jungkook" Lantas Puan Jeon berlari mendapatkan Jungkook yang berada didalam kereta.

"Omo,omo! Siapa budak tu?"
Terkejut Puan Jeon apabila ternampak seorang budak yang duduk di seat penumpang.

"Nanti Jungkook explain ea?"





_______________________________

tobecontinue💙
APPA JEON'S STORY

[C] Appa Jeon Story + JJKWhere stories live. Discover now