006 Naemin

359 76 2
                                    

[APPA JEON'S STORY]
Naemin

_________________


No one p.o.v

Televisyen dihadapannya langsung tidak menarik perhatiannya. Mata ke televisyen,tapi fikiran ke lain.
Air matanya yang jatuh diseka.

"Nawoo. Petang nanti kita keluar. Kau bersiap lah dengan Heo Woon." Ujar Jungkook yang sedang menuruni tangga.

"Nak keluar pergi mana?"

"Beli barang keperluan kau,Heo Woon dengan barang dapur. Aku dah sediakan baju untuk Heo Woon. Aku singgah beli tadi. Kau suruh dia pakai baju tu nanti. Baju kau pulak,pakai je mana-mana baju kat atas meja di bilik tetamu tu. And last warning,jangan sentuh apa-apa dirumah ni"
Nawoo tidak menyahut. Hanya mengangguk.

"K,aku pergi dulu. Tengok-tengokkan budak tu"
Jungkook beredar dari rumah. Aku hanya menghantar dirinya dengan pandangan.
Televisyen dipandang kembali. Sekali lagi air mata mengalir.

"Haish,betullah apa dia cakap. Cengeng betul aku." Nawoo mencebik. Kadang-kadang tersenyum sendiri. Heo Woon yang memerhati dari jauh berasa hairan. Gila ka apa senyum sendiri? Lepastu cakap sendiri. Seram sejuk Heo Woon dibuatnya.

"Mama?" Pantas Nawoo mengelap air mata apabila Heo Woon memanggil namanya.

"Ya?" Nawoo cuba mengukir senyuman.

"Mama ni kenapa? Tadi cakap sorang-sorang. Lepastu senyum sendiri. Err mama ni waras ke? Ataupun demam?" Heo Woon meletakkan belakang tangan kanannya di dahi Nawoo,manakala sebelah kiri pula didahinya.

"Tak panas pun?"

"Aigoo,Heo Woon. Mama okaylah. Cuma mata mama masuk habuk. Sokay."
Nawoo menarik Heo Woon agar duduk di ribanya. Kepala Jeo Woon diusap lembut.

"Oh ya,tadi Woon dengar suara appa. Mana appa?"

"Appa dah pergi kerja balik. Appa suruh Heo Woon bersiap. Appa nak ajak kita keluar petang ni"

"Aip aip kapten!" Ujar Heo Woon sambil tabik tangan.

Nawoo senyum senang. Macam dah ada keluarga sendiri pula.
Terasa seperti Heo Woon adalah anak dia dan Jungkook. Sedangkan,ketiga-tiga tiada pertalian darah. UHUHUUUUUU BERANGAN LEBEHHHH!

---

Kedua-dua tangan Heo Woon dipimpin oleh Jungkook dan Nawoo. Seolah keluarga yang benar-benar bahagia.

"Heo Woon nak makan kat mana?" Soal Jungkook.

"Mc Donald?" Ujar Heo Woon. Nawoo hanya memerhati sahaja dua insan itu berbual. Dia ikut sahaja kemana mereka pergi.

"Alright. Kajja!"


Masing-masing mendiamkan diri. Hanya bunyi bising dari pelanggan lain di restoran itu. Mereka bertiga pula? Diam dan makan.

"Lepasni kita pergi beli barang mama dan Woon baru pergi belanja dapur" Jungkook membuka mulut. Nawoo dan Heo Woon hanya mengangguk.

"Err Jungkook. Saya nak pergi toilet kejap"

"Ok"
Setelah mendapat keizinan Jungkook, Nawoo bangkit dari kerusi dan beredar ke tandas.
Kini hanya Heo Woon dan Nawoo.

Sejurus itu,seorang wanita datang dan melabuhkan punggung pada kerusi Nawoo.

"Cepatnya kau dari tanㅡ" Ayat Jungkook terhenti tatkala memandang gadis dihadapannya. Dia sangka Nawoo. Tapi sebaliknya.

"Hai Jungkook! Remember me?" Sapa gadis itu mesra. Bibir yang dicalit gincu merah menyala itu tidak habis mengukir senyuman.

"Naemin? Kau buat apa kat sini?" Soal Jungkook selamba. Tidak berminat untuk melayan. Gadis yang dianggap murah dan tiada maruah.

"Tadi aku saja je jalan-jalan. Tak sangka pulak terserempak kau dengan seorang budak. By the way,siapa budak ni?" Gadis itu menuding jari kearah Heo Woon yang masih makan.

"My son" Ujar Jungkook sebelum menyambung makan.

"Your son? With who? With Hanna? OMG,Hanna pregnant anak kau?" Soal gadis itu lagi. Gosh,banyak mulut betullah. Sumbat kasut kang.

"Dengan bini aku lah. Asal dengan betina tu pulak?"
Jungkook menyumbat Fries kedalam mulutnya kasar.

"Your wife? Who? Kau dah kahwin?" Terpapar riak terkejut di wajah gadis itu. Dia menekup mulut manakala matanya membulat.

"Kau ni banyak soal lah" Jungkook merengus kasar.
Pandangannya tertumpu pada Nawoo yang sedang berjalan mendekati mereka.

Akal Jungkook bertindak.

"Sayang! Sini!" Jungkook mengangkat tangannya.

"Siapa? Saya?" Soal Nawoo tanpa suara. Hanya gerakan mulut.

"Ya,awaklah sayang." Jungkook mengukir senyum manis terhadap Nawoo. Nawoo pula sedaya upaya menyembunyikan riak terkejutnya. SAYANG? MIMPI APA TETIBA PANGGIL SAYANG? EUWㅡ

"Kenalkan. Ni wife aku,Han NaㅡI mean Jeon Nawoo." Jungkook melingkarkan tangannya pada pinggang Nawoo.

Fuh,mahu meletup jantung Nawoo. Wife?

"Wow,boleh tahan jugak wife kau. Nampak berkelas. Anyway, aku chaw dulu." Gadis itu mula beredar. Namun berpatah balik.

"Ni bussines card aku. If ada apa-apa you can call me. Bye" Lenggokan gadis itu sahaja sudah cukup membuat Jungkook rasa menyampah.

Tangan Jungkook yang masih melingkar di pinggang Nawoo membuatkan dia rasa kekok. Terlalu kekok dan tidak selesa.

"Ehemm Jungkook. Tangan awak,alihkan please?" Nawoo menolak tangan Jungkook menggunakan jarinya.

"Ouh,sorry. Lupa"

"Siapa tadi tu?" Soal Nawoo ingin tahu.

"Kawan Hanna."

"Hanna? Siapa pulak tu?"

"Dia ex aku."




______________________________
tobecontinue

APPA JEON'S STORY💚

[C] Appa Jeon Story + JJKWhere stories live. Discover now