025 Find him IV

189 39 2
                                    

Tubuh Jungkook yang lemah itu ditolak kuat ke lantai.

"Kau siapa?" Soal seorang lelaki yang sedang memegang pemukul  besbol.

Jungkook hanya diam. Tangannya yang berikat itu menghalang dirinya untuk bergerak bebas.

"Woi,kau pekak?! Aku tanya.......Kau ni siapa?"

dan sama,masih tiada sahutan dari Jungkook.

"Kau memang nak mati awalkan?" Betis kanan Jungkook,lelaki itu pijak. Jungkook mengerang kesakitan. Dia hanya mampu memejam mata menahan sakit. Bibir bawah digigit kuat.

"Ok! Aku bagitau. Tolong berhenti!" Dia menarik nafas sebelum kembali bersuara.

"A-aku...."

"Aku nak anak aku" Soalnya lemah.

"Kat sini ramai budak. Mana satu anak kau?" Mata lelaki itu meliar memandang satu persatu tubuh kanak-kanak yang sedang dibawa oleh para pekerjanya.

Kontena besar itu Jungkook tuding dengan jari telunjuk.

"Anak aku kat situ...Tolong. Lepaskan dia"

"No. Kau ingat aku senang-senang je nak bagi balik anak kau?" Lelaki itu senyum sinis.

"Tolong lah. Dia anak aku. A-aku sanggup buat apa-apa pun asalkan kau bagi dia balik." Jungkook bangkit perlahan dan memeluk kaki lelaki durjana bernama Mr Wang itu.

"Kau pasti?"

Jungkook mengangguk laju.

Mr Wang memberi isyarat kepada para pekerjanya. Tidak lama selepas itu,pekerjanya membawa sekujur tubuh seorang budak lelaki dibahunya.

Heowoonㅡ

Budak lelaki itu dibaringkan semeter jaraknya dihadapan Jungkook.

"Heowoonㅡargh!" Jungkook cuba untuk berdiri,namun terjatuh semula tatkala kakinya ditendang oleh lelaki durjana itu.

"Jangan dekat dengan dia. Aku tak benarkan"

kayu besbol itu dihayun kekiri dan kanan.

"Kalau kau ingkar,anak kau dan kau mati" Tubuh Jungkook dibawa jauh dari Heowoon.

Jungkook memandang sekeliling,mencari cara untuk mendapati anaknya itu dan larikan diri. Tapi,kawasan sekelilingnya itu dikawal rapi oleh anak-anak buah Mr Wang.

Akan tetapi,satu cahaya laser berwarna merah menarik perhatiannya. Matanya mencari,dari mana datangnya cahaya laser itu.

Dan,yaa.....





Terdapat beberapa orang yang berpakaian uniform sedang menyorok. Hanya aku yang perasan? Yang lain tidak perasan?

Dan secara kebetulan,mataku dan matanya bertentangan.

Dia hanya mengangguk. Seolah memberi isyarat.





akhirnya,satu tembakan dilepaskan dan bermula lah pergaduhan,sesi pertangkapan,pertumpahan darah dan pengorbanan.

Dengan peluang yang ada ini,aku mendekati Heowoon.

Bang!






Tapi tidak...















apabila aku rebah dan pandangan ku gelap.


























TBC♡

[C] Appa Jeon Story + JJKWhere stories live. Discover now