021 find him

210 39 2
                                    

"Jungkook! Saya dah cari Heowoon tapi tak jumpa!" Nawoo berlari anak mendapatkan Jungkook.

"Takkan hilang pulak? aduh" Jungkook mengurut pelipis kepala.

"Awak. saya risau ni. Jom buat laporan polis" sebelah tangan Nawoo menarik tangan Jungkook mana kala sebelah lagi mengangkat dress yang meleret dilantai.

"eh sabar-sabar. Belum 24 jam lagi. Sekejap,aku nak jumpa Jimin."

"Jimin. Anak aku hilang. Boleh tak kau buat pengumuman?" Jimin mengangguk. Mic dia capai.

"Baiklah. Semua tetamu sila beri perhatian! Kepada sesiapa yang ternampak seorang budak lelaki lingkungan 4-5 tahun sila berjumpa saya. Bapak budak tu merengek teruk dah anak dia hilang. Harap semua boleh beri kerjasama"

Sempat bahu Jimin,Jungkook pukul.

"kau ni menyempatkan? aku risau anak aku hilang tau tak! sempat lagi kau main-main" Jungkook menjeling Jimin tajam.

"oklah tu aku kata kau merengek sebab anak kau hilang.Sekurang-kurangnya nampak lah perasaan risau kau tu. Kalau aku kata yang kau teruja sebab anak kau hilang?" Bidas Jimin.

"ayat tu buat aku nampak macam budak-budak wey." Jungkook mencebik.

"jungkook,anak kau hilang kot. Kau tak nak cari?"

"haih,aku nak carilah! Salah kau lah ni sebab buat niat aku tergendala haish!"

"eh salah aku pulak? Nasib baik aku jadi mc majlis ni kau bagi upah. kalau tak memang dah lama aku chaw" Mulut Jimin terkumat-kamit mengutuk Jungkook.

.
.
.

"Appa lepaslah!" Tangan Heowoon yang diikat ketat itu menyukarkannya untuk bergerak.

"Kau diamlah budak! Kalau kau tak cakap pasal betina tu,memang tak lah aku buat kau macam ni." Pipi budak lelaki itu ditampar kuat.

"appa sakit! Hajima jebal"

"aku kata diam tu diamlah sial! argggh!" Kerusi yang berada ditepinya ditendang. Rambutnya dicengkam kuat. Dadanya laju turun naik.

"appa,mama Nawoo. Jebal tolong Woon hiks"

"berhenti panggil jantan tak guna tu! Jangan panggil dia. Sekali lagi aku dengar aku bunuh dia kau faham tak!"
Tengking lelaki itu kuat.

"Ani! Jangan bunuh appa Woon. Jangan" Wajah Heowoon memerah. Raungannya kuat. Gudang yang besar itu hanya kedengaran suara tangisannya.

"Appa,datanglah tolong Woon"
Heowoon bersuara perlahan. Matanya dipejam.

berharap,ada yang membantunya sebaik sahaja dia membuka mata.

namun terbatal tatkala lelaki dewasa itu ketawa kuat.

"Heowoon-ah. Patut ke appa bunuh Jungkook? Jantan tu kawan baik appa tau! Emm dengan perempuan bernama Han Nawoo jugak?"
lelaki itu ketawa besar. Seolah membunuh itu adalah satu permainan yang begitu menyeronokkan.

"Hajima jangan bunuh!" Heowoon menggeleng.

"Tak. Aku nak bunuh jugak. Manusia tu cuma pengacau. Jadi appa nak lenyapkan satu-persatu" lelaki itu mencapai telefonnya. Nombor seseorang didail.

"hello?" suara Jungkook kedengaran dalam talian.

mata Heowoon membesar. Baru sahaja dia ingin bersuara,laju mulutnya ditutup kasar oleh lelaki itu. Jari telunjuk nya diletakkan pada bibir.

seolah memberi isyarat 'kau bersuara sekarang,kau mati'

"hai Jungkook. Ni aku Jung Hoseok. Masih ingat aku?" Lelaki bernama Jung Hoseok tersenyum sinis.

"Eo? Hoseok? Kau ke ni? Wah lama tak jumpa! Ada apa ni call aku? Boleh cepat sikit tak? Aku ada hal penting"

nadanya gembira berbaur risau. Gembira bila sahabat lamanya berhubung dengannya kembali. Tapi risau apabila anaknya itu hilang secara tiba-tiba.

"Sabar Jungkook. Chill dulu. Kita jumpa jom?"

"Jumpa? er lain kali la ya? aku ada hal pentㅡ"

"hal penting? kau hilang anak ke?" Jung Hoseok senyum. Dia ketawa kecil. Dia psiko.

"apa maksud kau?"

"takdelah. Kau ni macam tergesa-gesa. Macam orang yang hilang anak" Hoseok mencapai pistol yang berada pada meja kecil.

"kita jumpa. Dimana?"

"nanti aku send lokasi. K bye. See You later Jeon Jung Kook" Punat merah ditekan.

"kau,bapakkau, mati hari ni"
sekali lagi,lelaki itu ketawa besar.








TBC♡

[C] Appa Jeon Story + JJKWhere stories live. Discover now