023 Jung's not Jeon's

189 36 0
                                    

jungkook p.o.v

aku bangun dengan tangan yang berikat. Aku menggeleng kepala tatkala rasa sakit menyerang.

Mata aku cuba buka seluas mungkin. Namun,akibat silau yang menyakitkan mata,aku menutup mata semula.

Perlahan,aku membuka mata sekali lagi. Segala kejadian sebelum aku tidak sedarkan diri terimbas.

pada waktu itu,aku teringat akan seseorang.

Junghoseok.

aku pasti ni kerja dia.

"Yah,Jung Hoseok! Mana kau? Apa kaitan kau dengan anak aku bodoh! Aku yakin kau tau mana anak aku lelaki tak guna!"

Sejurus itu,bunyi tepukan tangan bergema.

"Nice,Jeon Jung Kook. Anak kau? Kau pasti ke tu anak kau?" Samar-samar wajahnya kelihatan dalam gelap.

"Ya,dia anak aku. Mana dia? Aku tau kau yang culik dia! Aku nak anak aku balik sial!" Tubuhnya yang semakin mendekat itu aku cuba tendang. Tapi malan,tidak kena. Ada jarak beberapa inci lagi.

"Kau yakin ke tu anak kau? Apa bukti dia anak kau jantan?" Hoseok senyum sinis. Tangannya bermain-main dengan pistol.

"Kenapa aku kena bagitau kau? Aku cuma nak tau mana anak aku! Bagitau aku" Aku menangis. Tak aku tak cengeng. Cuma aku terlalu risaukan Heowoon.

"Kenapa aku kena bagitau kau dimana aku sembunyikan anak aku?" Hoseok ketawa.

"A-anak kau? Apa maksud kau? Dia anak aku bangsat!" Sekali ludah aku kenakan pada wajahnya. Aku tak kisahlah busuk atau tidak,yang penting dia bagitau aku mana Heowoon.

"Bodohlah kau Jeon Jungkook. Budak lelaki yang kau bela,yang kau jaga dengan isteri kesayangan kau tu,adalah anak aku! Dia darah daging aku!"

"Tchㅡanak? darah daging? Layak ke kau ni ada anak? Budak suci tu,tak layak jadi darah daging kotor macam kau." aku mula ketawa mengejek.

"Layak tak layak,dia tetap ditakdirkan jadi anak aku. Darah daging aku. Kau kena terima hakikat." Bahu aku disentuh dengan jari telunjuknya.

"sampai mati,aku takkan pernah anggap lelaki macam kau ni ada kaitan dengan budak tu. KAU.TAK.LAYAK" Aku jeling dia tajam.

"Ada nampak aku kisah? Lagipun kalau aku bagitau kau dia dimana,dah terlambat. Aku dah jual dia." hoseok ketawa besar.

"Sial kau Jung Hoseok!" Dengan tangan yang masih berikat,aku bangkit dan bertindak untuk menyerang dia. Pistol ditangannya aku tendang jauh.

"Kau berani lawan aku?" Bibirnya yang berdarah akibat tendangan padu dari aku dia lap.

"Kau? Celah gigi aku weh!" Segala objek yang berada disitu aku tendang. Tapi,entah dimana silapnya,aku terjatuh dan telah memberi nya peluang untuk serang aku.

But yea,aku kan jantan. Mana boleh kalah. Mestilah aku lawan balik. Takkan nak biar dia serang aku macam tu je kan?

Pipiku ditumbuk bertubi-tubi.

Perutnya aku tendang sekuat mungkin sehingga dia beralih jauh dari aku.

kaca pecah aku ambil tanpa pengetahuannya. Dia yang cuba bangkit itu,aku rebahkan semula dengan memijak perutnya.

Ya,aku tau ni sadis. Tapi,aku kena selamatkan diri.

Btw,perlu ke aku ceritakan semua ni?

NAMPAKNYA AKU PERLU-

Kaca tadi aku gunakan untuk memotong tali yang diikat pada tanganku.

Putus sahaja tali itu,aku meluru kearah Hoseok. Kolar baju nya aku cengkam sebelum melepaskan semua marah.

"Yah,macam mana kau bolehㅡ"

"Lain kali ikat tali tu biarlah ketat sikit. Barulah aku tak boleh buka. Bodoh" Tumbukan bertubi-tubi aku hadiahkan.

"Ok,stop! Stop! Aku bagitau kau Heowoon kat mana" Apabila dia bersuara,aku hentikan tindakan aku dan memberi ruang untuk dia bersuara.

"Aku dah jual dia dekat huhhh dekatㅡ"  

"Dekat mana bodoh!"

"Mr Wang" Dan dia rebah.



















________________
TBC♡

[C] Appa Jeon Story + JJKWhere stories live. Discover now