029 Met Heowoon

163 32 7
                                    


Jungkook p.o.v

Aku dan Nawoo membawa omma ke tempat Heowoon.

"Jungkook,nak bawa omma kemana ni? Kat mana cucu omma?" Soal omma.

"Nanti omma taulah"

Kami hanya diam sehinggalah masuk kawasan yang hendak dituju.

"Eh Jungkook? Kenapa bawa omma pergi memorial park ni?"

"Omma ikut Kook je. Nanti omma tau" Tiba di Memorial park itu,Nawoo menolak kerusi rodaku kedalam. Omma hanya membuntut dari belakang.

"Boleh bagitau kenapa kita kat sini?" Sekali lagi omma menyoal. Mesti hati omma gelisah bila dibawa ke tempat macam ni.

Namun soalan omma dibiar sepi.

"Omma. Omma kata nak jumpa cucu omma kan?"

"Ya memang omma nak jumpa,tapi kenapa.......seolma. Jangan cakap yangㅡ" Ya,akhirnya terjawab. Omma menekup mulut. Matanya berair.

"Ya,cucu omma kat sini. Dia dah pergi jauh" Ujarku lembut. Cuba untuk tidak melukakan hati omma dengan nada suara.

"T-tapi kenapa?"

"Nanti Kook cerita. Omma jumpalah Heowoon dulu" Aku bawa omma ketempat Heowoon.

"H-heowoon. Aigoo cucu halmeoni kenapa kat sini? Apa jadi dengan kamu sayang?" Pintu kaca rak,omma sentuh. Ditatap gambar Heowoon yang tersenyum gembira.

Tidak dapat menerima bahawa cucu nya itu sudah pergi. Meskipun bukam darah daging sendiri.

Nawoo aku pandang. Turut mengalirkan air mata. Tangannya aku tarik dan bawanya dan mengusap belakangnya lembut.

"Shh.. Uljima..Kita relakan ya?" Namun semakin kuat esakannya.

"Sudah,jangan nangis depan anak kita. Dia tak suka"
Aku pejam mata. Aku yang sudah seperti bapa kandung Heowoon,turut berasa kehilangan.

Rasa sedih kehilangan ni mungkin tidak dapat diceritakan dalam beberapa chapter dalam cerita ini. Jadi,mungkin ini chapter yang terakhir untuk menceritakan betapa sakit nya kehilangan anak.

"Omma. Jom pergi? Jangan ratapi dia macam tu. Anak Kook tak suka tengok halmeoni dia macam ni. Lain kali kita pergi lagi ya?" Aku leraikan pelukan dan bawa kerusi rodaku mendekati omma. Badan omma aku peluk.

"Kook,cucu omma. Omma rindu cucu omma. Kenapa dia pergi?" Deras air mata omma mengalir. Dan sederas itulah hati aku sedih tengok omma.

"Jom omma,kita balik. Omma dan Nawoo perlukan rehat" Omma mengangguk.

"Heowoon-ah,nanti halmeoni datang jenguk Heowoon lagi ya?"
Nawoo datang mendekati ku dan tolak kerusi roda keluar.

"Jungkook,saya nak ketandas jap. Awak tunggu lah dengan omma kejap ya?" Aku mengangguk.

"Kook,omma pun nak pergi sekali. Kook boleh kan tinggal sendiri?"

"Ya,boleh. Omma pergilah" Bahuku omma tepuk lembut.

Aku menunggu,menunggu dan menunggu.....


sehinggalah seseorang menegur aku.



"Jungkook? Ni aku Hanna. Masih ingat aku?"
























Guys,Hanna back.

TBC💕🎈

[C] Appa Jeon Story + JJKWhere stories live. Discover now