[APPA JEON STORY]
HEOWOON REAL PAPA
________________,Nawoo p.o.v
Heo Woon yang sedang tidur berbantalkan paha aku,aku tenung.
Rambutnya aku usap lembut.
"Heowoon-ah. Tak lama lagi kita jadi keluarga tau. Keluarga yang sebenar. Lepasni,mama Nawoo akan jadi mama Heowoon yang terbaik dalam dunia."
"Heowoon dah tidur?" Soal Jungkook yang baru sahaja selesai mandi.
"Haah. Penat kot. Omma awak kata,Heowoon asyik main je. Lagipun dia jumpa banyak kawan baru." Jungkook mengangguk.
Suasana senyap seketika sebelum dia menggantikan bantal Heowoon yang berbantalkan paha aku dengan bantal.
Sejurus itu,lenganku ditarik mengejut.
"Jungkook? Kenapa?" Dia hanya diam. Aku dibawa ke kolam ikan kecil dibelakang rumah.
Badanku ditolak perlahan sehingga terduduk dibangku."Jungkook. Kenapa ni? Awak buat apa ni?" Kedua-dua bahu ku dipegang. Posisi aku sedang duduk dan dia berdiri. Jadi aku terpaksalah dongakkan kepala sehabis mungkin untuk pandang dia.
"Malam ni,kita spend time together-gether. Sementara Heowoon tidur,nilah peluang." Dia mencuit hidungku sebelum duduk di sebelahku.
Dia ni kenapa? Buang tabiat?
"Awak sakit ke?" Dahinya dan dahiku aku sentuh.
"Tak panas pun"
"Aku bukan sakitlah,lembab"
"Auw...."
Dahiku dijentik."Tak salahkan kita spend time bersama sebelum kahwin ni. Lagipun lepasni kita sibuk nak uruskan majlis. Jadi mana ada masa untuk buat macam ni" Dia mengeluh perlahan.
"Eleh,macamlah tiada masa lepas kahwin nanti." Aku menjuih bibir. Namun tergendala tatkala jarinya menyentuh.
"Jangan macam tu. Aku cium kang. Hilang dara kau malam ni jugak" aku pandang dia tidak percaya.
Jungkook. Aku tak sangka otak kau agak.......yea yeaa you know.
Aku masih memandangnya tanpa berkelip. Aku? Hilang dara? Budu ar Jungkook. Pervert.
"Apa pandang aku macam tu? Nak aku cium? Meh sini." Kepala ku ditarik lembut. Aku kemam bibir sebab taknak Jungkook cium kononlah. Aku pejam mata rapat. Namun kucupan itu singgah dahi dan hidung.
"Aku bagi tu je eh. Bibir nanti masa kahwin. Aku bagi gempak punya" Dia ketawa.
Aku pula masih kekal dengan posisi yang sama.
Pipi aku tekup dengan kedua tangan. Oh Jungkook. Janganlah kau seksa aku macam ni. Ada jugak aku bunuh malam ni.
.
.
."Mianhe mama,appa. Woon tak janji kalau kita boleh jadi keluarga kekal." Dengan langkah yang lemah dia melangkah kebilik. Dia nampak kemesraan Jungkook dan Nawoo. Dia hanya memerhati dari jauh.
Kejadian petang tadi,terimbas.
Bola yang melambung jauh itu Heowoon kejar. Baru sahaja dia hendak mencapai bola itu,seseorang muncul.
Heowoon mendongak memandang figura itu. Dia kaku sebentar,sebelum mengundur kebelakang setapak demi setapak.
"Hai Jung Heowoon. Eh tak. Bukan Jung. Tapi JEON." figura lelaki itu ketawa sinis.
"Lama tak jumpa kau budak. Apa khabar? Kau tak rindu ke bapak kau sorang ni,hm?" Heowoon hanya diam. Air mata mengalir perlahan.
"Oh ya. Macam mana nak rindu? Kau kan dah ada bapak baru. Kalau kau tak lari haritu,aku rasa aku dah berjaya jual kau. Mungkin masa tu aku dah kaya."
"A-appa buat apa kat sini?"
"Appa? Oh. Appa tadi jalan-jalan. Tak sangka pulak jumpa jumpa kamu disini. Kalau dah rezeki,tak kemanakan?" Heowoon berlari sepantas mungkin.
Dia taknak,appa kandung dia akan jual dia seperti yang dia buat, pada hari yang sama ketika Heowoon jumpa Jeon Jungkook.
Sejujurnya,dia langsung tidak kenal lelaki bernama Jeon Jungkook. Dia tahu nama pun,bila kawan lelaki Jungkook,Kim Nam Joon pernah sebut namanya sekali ketika dia cuba memanggil.
"Jebal....aku taknak hidup dengan appa Jung. Dia tak layak jadi appa. Dia kejam" Heowoon menangis disebalik selimut yang menutupi seluruh tubuhnya.
'Siapa rasa nak maki Hanna dengan bapak kandung taguna Heowoon,dialukan😂'
Lepas Hanna,appa kandung Heowoon pulak yang muncul. Lepas appa dia,nenek dia pulak. Lepas nenek,moyang. Nampaknya watak makin bertambah dan chapter pun bertambah.
_________TBC¤♡
YOU ARE READING
[C] Appa Jeon Story + JJK
Fanfiction"Appa" "Kau siapa budak?" "Anak appa lah tak ingat ke?" "Eh? aku kahwin pun tak pernah. Mana datangnya anak?" Cast: Jeon Jung Kook,Jeon Heo Woon,Han Na Woo Genre: Romance,Comedy Status: Slow Update /Edit Start: 22 September 2018 End: ㅡ Cover by @lic...