[APPA JEON'S STORY]
BE YOUR WIFE?________________
Na Woo p.o.v
Usai sahaja makan malam,kami membawa diri masing-masing. Heo Woon dah masuk tidur. Aku pula cuci pinggan. Jungkook menonton TV.
Tapi aku tengok macam TV yang nonton Jungkook.
Ahahaa baik kau tak payah beli TV.Aku berjalan mendekatinya.
"Jungkook" Aku mengambil tempat disebelahnya. K,aku memang tak tahu malu. Pepandai je duduk."Kenapa?" Dia memandangku sekilas.
"Saya nak tanya awak,boleh?"
"Tanyalah"
K,aku nak tanya ke tidak? Tapi aku ragu-ragu ar..Bini si Jengkuk ni kemana? Dan berapa ramai perempuan dia dah try? Sampai kan ada ex? Aduuuudududududuudu............
"Emm s-sebenarnya isteri awak mana?"
Aku menunduk. Tidak berani mengangkat muka."Aku belum kahwin" Jawapannya buat aku terdiam seketika. Oh,belum kahwin. Aku fikir Jungkook ni dah kahwin dan curang sebab masa makan haritu,dia kata dia ada ex.
Tapikan,kalau dia belum kahwin,Heo Woon tu muncul darimana?
"Belum kahwin? Habistu,Heo Woon?"
"Dia anak angkat aku."
Aku mengangguk. Ohhhhh..Macam tu.
Mati-mati aku fikir bini dia dah mati ke. Takpun tinggalkan diorang lepastu kahwin dengan lelaki lain."Oooooooooooo. Anak angkat."
"Kau pulak? Muncul darimana? Tiba-tiba je lari tengah jalan."
"Saya? Emm s-saya lari dari rumah"
"Yang kau bengap sangat lari rumah kenapa?" Oh Jungkook. Ayatmu membunuh ku. Kau tak tahu apa-apa so diam jelah jantan!
"Appa saya nak jual saya dengan along sebab hutang. Jadi saya lari" jawabku selamba.
flashbackㅡ
"Banyak duit? Kau mampu beli barang ni tapi tak mampu bayar hutang" Seorang lelaki berbadan besar datang mendekati appa. Appa yang sedang dalam dunianya sendiri akibat kesan dadah hanya memandang lelaki itu sambil tersenyum.
"Ahaha. Barang ni aku hutang je bro" Ujar appa sambil tersenyum.
Aku pula mengintai dari celah pintu bilik."Habistu,hutang kau kat aku bila nak bayar? Dah 2 tahun aku tunggu. Mana janji kau bila ada duit nak bayar?" Lelaki berbadan besar itu mula mendekati appa. Kayu disisinya diambil.
"AHAHAHA ada duit aku bayarlah. Sekarang aku takda duit,KAU FAHAM TAK!" Tengking appa kepada lelaki itu. Lelaki itu tersenyum sinis.
"Haih. Macam nilah,hutang kau langsai kalau aku dapat jumpa apa-apa yang boleh langsaikan hutang kau dalam rumahni"
"Silakan" ujar appa selamba. Lengannya digaru.
Tersentak aku ketika lelaki itu mula memasuki rumah dan melihat sekeliling. Dan pada itu,matanya terpaku pada aku yang sedang berada dipintu.
Segera pintu bilik aku tutup,namun ditahan.
"Hey,aku dah jumpa barang berharga lah" Ujar lelaki itu sinis.
"Yah,Han Yong Chul! Hutang kau dah langsai! AHAHAHA" Badanku ditolak kasar kekatil.
"Kau buat apa ni?"
"Appa kau jual kau kat aku." Air mata yang ditahan tumpah.
Pada masa itu juga aku bertindak untuk melepaskan diri. Tubuh besar lelaki itu aku tendang sekuat hati sebelum berlari keluar dirumah
YOU ARE READING
[C] Appa Jeon Story + JJK
Fanfiction"Appa" "Kau siapa budak?" "Anak appa lah tak ingat ke?" "Eh? aku kahwin pun tak pernah. Mana datangnya anak?" Cast: Jeon Jung Kook,Jeon Heo Woon,Han Na Woo Genre: Romance,Comedy Status: Slow Update /Edit Start: 22 September 2018 End: ㅡ Cover by @lic...