[APPA JEON'S STORY]
SHOPPING___________________________
Baju dalam yang ada ditangan Jungkook laju aku capai lalu aku gantung semula. Oh god! Sungguh memalukan. Tak malu ke belek bra perempuan?
"Jungkook,jomlah kita keluar dari kedai ni. Malulah orang tengok" Aku menekup muka dengan kedua-dua tangan. Aku betul-betul malu sekarang. Dahlah ni kedai baju dalam perempuan. Bila tengok lelaki belek-belek pakaian kat sini tak ke malu?
"Keluar buat apa? Beli lah pakaian kau dulu. Baru kita keluar" ujar Jungkook yang masih membelek. Ya tuhan. Apa kau belek tu? Lingerie? Aduhai!
"Awak tak malu ke? Awak tu lelaki. Ni pulak kedai perempuan"
"Eh biarlah. Fikir ni kedai bapak kau ke?"
Hah sudah. Aku dah kata bebaik,kau berkeras jugak. Kaki aku dah gatal nak mandulkan anak orang ni."Jungkook,please? Saya yang malu tau tak." Aku menggigit bibir tatkala Jungkook masih lagi tidak berganjak.
"Kejap lah. Aku tengah pilihkan kau punya ni. Kau punya 'tu tu' saiz berapa? 40? 45? Atau 50?"
50? Kau nampak saiz aku macam 50 ke bang. Apasal besar sangat?
"Jungkook. Biarlah saya pilih. Awak dengan Heo Woon pergilah belanja dapur dulu. Nanti saya menyusul" Tangan Jungkook aku heret keluar dari kedai. Aku tak taulah apa yang menarik sangat sampai dia taknak keluar dari kedai tu.
---
Selesai sahaja berbelanja dapur,kami terus pulang kerumah. Aku dah cakap nak singgah makan dulu,tapi dia tak nak. Nak jugak makan kat rumah. Konon nak aku yang masak. Anak Jeon ni memang degil ke apa. Nak ketuk guna sudip nanti dia mengadu kat omma dia. Nak aku tendang lagi sadis lah jadinya. Jadi baik aku diamkan jelah. Selagi be
nda tu tidak apa-apakan aku,aku turutkan jelah.Lagipun dia dah tumpangkan aku,apa salahnya kalau aku buat semuani untuk balas balik jasa dia.
Stu ayam dan telur gulung aku hidang dimeja makan. Bilik Jungkook aku tuju.
Ttuk ttuk!
"Kenapa?" Soalnya. Hanya dua ketukan sahaja,dia membuka pintu.
"Err saya dah siap masak. Jomlah turun,makan"
Jap,jap. Aku baru sedar yang...
Jungkook tengah berkemban.OH MY DIRTY EYESEU!
Jebon ni memang tak reti nak malu ke apa? Dahlah tadi sibuk nak belek pakaian dalam perempuan,ni pulak berkemban depan aku. Sekali terlepas, memang hilang maruah jantan kau Jungkook.
"Jap lagi aku turun. Kau makanlah dulu" Kata-katanya langsung tidak masuk dikepala. Abs yang berketul-ketul tu aku pandang.
Setiap ketulan aku hayati. AHAHA cam bangang. Pfft -..-"Woi,kau dengar tak? Asal pandang aku macam tu?"
"Hah? Awak cakap apa tadi?" Bagaikan masuk kanan keluar kiri. Abs mu itu melemahkan ku.
"Aku cakap kau turun makan dulu. Ajak Heo Woon sekali" Rambutnya yang basah itu dia keringkan menggunakan tuala. Memang sengaja nak goda aku ka apa?
"O-okay" pintu biliknya aku tutup perlahan. AFUHH,iman aku dah jatuh longkang. Tak sempat pulak nak sambut tadi.
Aku urut dada perlahan. Cuba untuk mengatur nafas. Jantung aku nak melompat keluar tapi aku sambut cecepat. Takut mati awal.
Elelelelele,cakap je lebih.
Pada waktu makan,muka Jungkook aku tenung lebih banyak berbanding jumlah butir nasi yang masuk dalam perut aku.
Aku pandang nasi,pandang Jungkook,pandang nasi,pandang Jungkook,pandang nasi,pandang Jungkook,pandang nasi,pandang Jungkook dan akhirnya aku pandang Heo Woon.
Lepastu pandang Jungkook balik,pandang nasi dan pandang Jungkookㅡ
Alamak. Dia tenung aku pulak.
Aik dah habis makan? Cepatnya? Aku tengok jam tangan. Tadi start makan pukul 8 dan sekarang pukul 8.30.
OH. Patutlah leher aku sakit. Dah setengah jam aku dok tenung Jungkook,nasi,Jungkook,nasi.
Alalalalala malu arr.
"Kau dah kenapa? Dari tadi aku nampak macam orang tak betul. Demam? Salah makan ubat?" Soal Jungkook.
"Hah? Siapa? Saya? Macam tak betul? Eh apa pulak yang tak betulnya. Saya ni betul je. Awak je kot tak betul" Eh? Memang sengaja tempah maut ke apa?
"Aku tak betul?" Jungkook menjongket keningnya. Jarinya menuding diri sendiri.
"Eh eh bukan. Awak betul. Cuma awak tak betul eh? Kejap. Apa aku merepek ni? Err maksud saya bukannya saya tak betul. Tapi tadi tu saya buat senaman leher." Aku mengulang kembali gaya aku tenung nasi lepastu tenung Jungkook.
Adududu sakit leher. Apa ke senaman leher macam ni? Cari penyakit adalah.
"Kau ni banyak pengaruh drama la. Merepek." Jungkook mengangkat pinggan licinnya ke sinki.
"Eh bukan pengaruh drama. Saya ni bukan jenis yang suka tengok drama. Saya suka tengok berita lebih dari drama. Halah,drama tu apa je. Kalau berita boleh dapat banyak info. Kan Heo Woon." Heo Woon mengangkat bahu. Bukan setuju dan bukan juga tidak. Fokusnya hanya pada makanan.
Jahat la Heowoon,tak support member.
____________________
tobecontinue
APPA JEON'S STORY❤
YOU ARE READING
[C] Appa Jeon Story + JJK
Fanfiction"Appa" "Kau siapa budak?" "Anak appa lah tak ingat ke?" "Eh? aku kahwin pun tak pernah. Mana datangnya anak?" Cast: Jeon Jung Kook,Jeon Heo Woon,Han Na Woo Genre: Romance,Comedy Status: Slow Update /Edit Start: 22 September 2018 End: ㅡ Cover by @lic...