'Aku nak tengok the nun. Kau zack?'
'Erm...ok suka hati kau lah. Tapi kan aku nak tengok JESA lah. Lama tunggu cerita ni.'
'Kalau macam tu, lepas tengok the nun kita tengoklah Jesa. Macam mana?'
Tanya Ady kepada Zack.
'Aku cakap je, kalau kau tak nak tak pe. Aku boleh tengok sorang-sorang nanti.'
Ady memandang zack. Kau dah kenapa wei.
'Dah2 jangan nak mengada, kau temankan aku tengok the nun aku temakan kau ok.'
'Yes.'
*************************************************
'Seat kita baris F nombor 9 dengan 10.'
Ady menghulurkan tiket kepada Zack.
Zack mencari seat manakala Ady mengikuti dibelakang. Agak kelewatan masuk maka panggung wayang sudah dipenuhi oleh manusia.
Mereka duduk dan memandang skrin dihadapan mereka. Diam, hanya kedengaran suara dari skrin besar dihadapan.
Lampu dimatikan menandakan bahawa sebentar lagi akan bermulanya tayangan.
Zack kelihatan gelisah, ady sempat mencuri pandang.
'kau ok tak zack?'.
Sambil Ady memandang kearah kanannya.
'ok je.'
Ady memandang semula keskrin hadapan dia.
Bermulanya tayangan ditunggu dan bermulalah aksi yang mengejutkan.
Zack semakin rapatkan dirinya kepada Ady.
Ady memandang zack, dah kenapa mamat ni? Ok ke tak?.
Semakin lama semakin dekat.
Entah macam tangan Ady terlanggar tangan Zack.
Tiba-tiba tangan Zack mengenggam tangan Ady. Terkejut Ady sambil menoleh kekanan.
Kelihatan berkerut muka Zack seolah menahan takut. Ady membiarkan tanganya digenggam oleh zack.
Maka menjadi mangsa tangan ady dibuat oleh zack sampaikan berpeluh telapak tangan.
Ady cuma mampu tahan gelak dan menikmati cerita The Nun. Sebenarnya tak adalah seram mana pun, adalah part yang terkejut-kejut sikit.
Sampai habis cerita The Nun tangan zack memegang tangan ady.
Sebelum lampu didalam panggung wayang dinyalakan, zack melepaskan tangan ady secara perlahan.
Berpeluhlah juga telapak tangan mereka berdua. Agak banjir kelihatan disitu. 😂
Mereka meluangkan masa berdua di food court aeon dengan menikmati makanan masing-masing sambil menunggu movie seterusnya.
Selepas itu mereka berjalan berdua melihat kiosk jualan yang ada disitu.
'kau tak suka movie seram ke?'
'emm. Biasa je lah tak ada suka sangat'
Perbualan itu mati disitu malas mahu teruskannya takut nanti rosakan mood pulak.
*************************
Tepat jam 9.25 p.m mereka sudah memasuki cinema.
Kelihatan ceria muka zack manakala ady menahan mengantuk.
Bermulanya movie john English bersoraklah cinema dengan gelak ketawa dari penonton.
Dari skala 5, boleh diletakkan pada skala 4.5. Menghiburkan dan tidak membosankan langsung.
Jalan cerita yang ringkas tapi menarik. Mampu menarik minat para penonton untuk tengok sampai habis.
Habis sahaja tayangan mereka berdua terus berlalu pulang kerumah.
'thanks ady, temankan aku tengok movie'.
'thanks juga kat kau sebab temankan aku tengok nun.'
Mereka berdua tersenyum.
Lalu keduanya memboloskan diri kedalam bilik mereka sendiri.
Ada terdapat senyuman yang terukir di bibir masing-masing.
Bersambung..
ANDA SEDANG MEMBACA
Housemate
RomanceSi tuan rumah bernama Zack dan si penyewa bernama Ady. Sebuah kisah yang ringan dan mudah dibaca.
