Balik Kampung.

4.6K 120 11
                                    

              Hampir tiga bulan aku dan zack bekerja di bawah satu bangunan yang sama namun, kami pergi kerja secara berasingan. Kenapa macam tu?. Kami memang mengamalkan sikap profesional supaya tiada orang yang tahu bahawa aku dan zack satu rumah kecuali Aidil sebab dia pernah datang rumah sewa aku.

Selain itu, waktu balik kerja kami juga lain ada masa cepat ada masa lambat. Jadinya adalah lebih baik kalau pergi kerja balik kerja bawa kenderaan sendiri. 

Kerja macam biasa tidak pernah nak habis. Ada masa syarikat umpama nak berperang bila banyak projek ada masa tenang macam berkelah di tepi pantai. Hahaha.

Malam tu kami dinner agak awal dan ketika aku sedang mengemas meja sementara Zack siapkan laporan yang dia kena bentangkan esok

'Ayang, mama suruh balik kampung hujung bulan nanti.'

Aku berhenti kemas meja dan pandang zack. Mata kami bertembung.

'Seganlah saya.'

'Ala apa nak segannya. Rumah parents saya rumah parents awak juga. Bukannya awak tak pernah datang'.

'ye lah bang, ye saya ikut nanti.'

Malas nak bertekak dengan zack, ady mengiakan apa sahaja yang dikatakan oleh zack.

************************************

Perjalanan jauh tak kurasa
Kerana hatiku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak dan saudara yang jauh dimata.

' ohhhhh balik kampung ohhhhh balik kampung.'

Bergema kereta yang dipandu zack dengan gabungan suara dua jejaka itu. Terjelas keriagan diwajah mereka berdua seakan feeling balik rasa bersama padahal bukan.

Ady memegang dan megulas jari jemari kiri dan zack membiarkan sahaja.

Sampai sahaja rumah parents zack, mereka berdua melangkah naik kebilik zack.

'yeah finally home. Bestnya katil rindunya. Siaplah sayang malam ni'

Zack melirik kearah ady yang sedang menyusun baju kedalam almari.

'napa pula saya yang kena?'.

'rahsia. hhaha'.

Zack menghampiri ady dan memeluk dari belakang.

'awak jangalah nanti family awak nampak lah'. Sambil mata ady melirik pintu bilik yang masih terbuka.

'biarlah..saya tak kisah. awak kan 'menantu' rumah dia. Apa salahnya.'

'zack tak nak lah, seganlah saya.'

'biarlah..tak nak lepas.'

Ady meronta-ronta.

'peluklah, tak payah lepaskan.'

'amboi, gatalnya dia..'

Satu kucupan di leher ady dan perlahan-lahan zack melepaskan ady. Pintu bilik terus ditutup dan zack melepaskan pakaian yang dipakainya berhadapan dengan ady.

knok

knok

knok

'Abang, mama panggil turun makan. cepat..'

'Ye zaf, nanti along turun ya.'

'Ok'.

'ayang jom makan, mama dah panggil tu'.

zack menarik tangan ady keluar dari bilik. entah macam mana ketika keluar dari bilik ady terbau sesuatu, bau yang menarik dia kepada memori yang lepas.

'macam aku kenal bau ni.' bisik ady didalam hati.

Sampai sahaja di ruang makan, ady menyiku zack. Ada someone yang sedang menyiapkan meja makan. 

'hey zafril, bila balik?'

'hai along, petang tadi sebelum along sampai.'

'lah ye ke, tak nampak lak kereta tadi.'

'orang keluar jup beli barang dengan kawan.'

'owh patutlah tak nampak.'

Zafril mengangkat kening pada zack.

'lupa lak, ni ady.'

Ady dan zafril pun bersalaman.

Mereka mengambil tempat di meja dan semuanya sudah ada.

'jup, tunggu kawan zafril.'

'owh dia ada bawak kawan.' Bisik hati ady.

Sambil tu ady scroll IG sekejap melihat apa yang patut.

'Assalamualaikum, maaf lambat.'

'wasalam'. Mereka jawab serentak.

'abg zack, ni ray. ray ni abg aku.'

Ady meletakkan telefon dan memandang ke hadapannya.

'ray, ni ady kawan abg zack'.

Berubah muka ady ketika melihat gerangan yang ada didepan mata. Muka yang ada didepan ady pun turut berubah.

Zack menyiku ady seolah mengambalikan semula roh yang sudah hilang.

'Hai'. Serentak ady dan ray..

'Dah, jom makan.' Ayah zack bersuara.

Mati terus selera ady masa tu..


bersambung..



HousemateWhere stories live. Discover now