Terukir senyuman di bibir Zack bila balik dari kerja ternampak kereta Ady di parking lot.
'Awalnya dia balik.'
Zack berjalan menuju ke pintu rumah dan senyum dibibir terus mati.
'Kasut siapa lak ni?'
Zack perlahan-lahan membuka pintu rumah.
Tak berkunci.
Zack memberi salam dan terus masuk kedalam rumah.
Terhenti langkah kaki zack bila melihat ady dengan seorang lelaki.
'Walaikumusalam'.
Jawab ady didalam rumah.
Terkedu Ady melihat zack. Terkelu atau terkejut? 🤨
Zack pun terkedu melihat Ady. Mana tak kelunya ady tengah betulkan rambut manakala seorang lagi tengah membutangkan baju kemeja. Baju berwarna biru cair yang sangat padan dipakai oleh empunya badan.
Zack dan ady kelu antara satu sama lain. Ady tersedar apabila tangannya disiku.
'erm! Zack ni aku kenalkan nik, rakan sepejabat aku. Nik, ni zack owner rumah ni'
'zack'
'nik'
Mereka berdua bersalaman tapi nampak tegas disitu. Terutamanya dari pandangan mata zack, bagaikan musuh berada didepan mata.
'zack, aku gerak dululah. Nak siapkan kerja kat office, mungkin aku balik lambat sikit. Bye. Jom nik'
Ady terus melangkah keluar diikuti dibelakang Nik.
Zack sekadar memerhati tapi didalam kepala seribu satu persoalan. Tanpa berlengah dia pun berjalan malas menuju ke kamarnya.
Sempat mata zack melirik melihat kamar ady. Katil kemas tak terusik, tak ada benda yang mencurigakan.
'dah kenapalah pula aku pikir sampai disitu. Apa motifnya, pi lantak dia lah nak buat kan.'
Zack mencapai tuala dan terus ke bilik air. Dia merenung diri sendiri didepan cermin.
'tak kan ady nak buat benda tak senonoh dalam rumah aku, tak mungkin tapi kalau dah bernafsu mana-mana pun boleh.'
Kata-kata itu hanya berkata didalam hati. Malas nak melayan perasaan zack terus membasahkan diri.
********************************
Lepas makan malam tadi, zack mundar mandi didepan tv yang sengaja dibuka tapi langsung pun dia tak tengok.' lambatnya balik, tak WhatsApp tak apa. Erm, tak tahu ke orang tengah risaukan dia ni'
Berkali-kali zack tengok status ady, masih tak ada apa-apa update. Biasanya ady selalu update dah kenapa waktu penting ni tak update.
'betul ke dia pergi office atau pergi ke tempat lain?,.'
Eh sekejap, kenapa aku nak perlu risau pasal dia. Kita orang bukan couple pun, apalah aku ni. Buat pening kepala je.
Dan akhirnya zack tertidur sambil disaksikan tv yang masih setia bernyala dihadapannya.
Terasa bahu zack disentuh lembut dan terdengar suara yang memanggil namanya.
'zack, bangun pergi tidur dalam bilik. Sorry balik lambat lupa text kau, banyak kerja tak siap kat office tu.'
Zack memandang ady tanpa kata terus bergerak masuk bilik.
Dah kenapa mamat ni, mengigau ke apa. Ady matikan tv dan terus berlalu masuk ke dalam bilik. Esok pagi kena bangun awal.
YOU ARE READING
Housemate
RomansaSi tuan rumah bernama Zack dan si penyewa bernama Ady. Sebuah kisah yang ringan dan mudah dibaca.