Biarkan

3.1K 118 39
                                    

'awak, saya keluar pergi dulu.'

'selamat malam, sweet dreams awak.'

Satu chat aku pun zack tak balas, bukan sahaja tak balas tak baca langsung. Dah masuk 4 hari tiada khabar berita daripada dia.

Aku adalah tanya department dia, zack ada kerja luar ke? Katanya tak ada dan zack ambil cuti selama seminggu. Erm..mana pula dia pergi menghilang ni, mungkin dia balik kampung? Aku pun tak tahu.

Dalam pada aku tengah bersantai di ruang tamu, Aidil menelefon aku.

'Kau kat mana?' Tanpa salam tanpa hai dia bertanya.

'Ada je ni kat rumah, kenapa?' Aku kehairanan.

'kau buka ig, aku ada send something kat kau.'

'erm ok.'

Aku matikan talian dan membuka ig, aidil bagi link ke satu profile dan aku zoom in zoom out gambar tersebut dan akhirnya aku terpaku tak tahu nak buat apa. Tu gambar zack!. Dia bersama seorang wanita di atas pelamin!. Aku baca caption yang ditulis 'bertunang'.

Hati mana tidak berkecai lelaki yang kau sayang dan cinta menjadi hak orang lain. Tanpa sedar menitik air mata aku jatuh ke pipi.

'Kau ok tak han?' Aku mengesat air mata aku ketika aidil menelefon aku kembali.

'Aku ok je.'

'Aku tahu kau kuat, walaupun aku tak tahu apa terjadi pada kau orang berdua tapi aku sentiasa ada kalau kau nak apa-apa.'

'Thanks aidil.'

Aku melihat bingkai-bingkai gambar yang ada didalam rumah tergambar kecerian aku dan zack. namun semuanya itu hanyalah satu sejarah buat kami. Aku tak boleh lemah aku kena kuat. Kena fikirkan apa yang patut aku lakukan.

Sewaktu dia merajuk dulu aku yang pergi pujuk dia dari kl ke perak semata-mata untuk menjelaskan perkara sebenarnya. Tapi bila sebabkan masa lalu aku yang sudah lama dia pula seakan mencurigai aku. Tidak cukupkah pengorbanan yang aku lakukan untuk dia?.

Aku juga yang terpaksa untuk pujuk diri aku sendiri. Aku penat kalau perhubungan macam ini umpama aku sahaja yang berusaha tapi dipihak dia tidak membuat apa-apa pun.

Ketika aku sedang enak dilamun mimpi entah kenapa aku rasa ada seseorang di sebelah aku. Ternyata zack, tahu pula dia jalan pulang kerumah ingatkan dah lupa dah. Sabar Farhan sabar tunggu pagi nanti kalau nak meletup pun. 

Jam 6.30 pagi aku bangun dan terus bersiap untuk ke pejabat manakala zack masih diulit mimpi. Sebelum gerak sempat aku berbisik ke telinga dia.

'saya pergi kerja dulu, miss you!.'

Lalu satu kucupan aku hadiahkan di pipi dia. Padan muka bakal isteri dia, dapat bekas aku !.hahaha.

Aidil seakan terkejut melihat aku yang selamba sahaja tanpa apa-apa reaksi sepatutnya.

'Kau ok ke ni?'

'Ok je lah awatnya kau nak aku menangis ke apa?'. Aku berlalu ke pejabat dan aidil hanya tersenyum sahaja. Walaupun dalam hati hanya Tuhan sahaja.

HousemateWhere stories live. Discover now