Kelam kabut Ady pagi itu bersiap untuk ke pejabat. Inilah masalahnya kalau malam tadi berhoneymoon dengan Zack nasib baik tak terlepas subuh.
Dalam pada ady bersiap didepan cermin, zack memeluk dari arah belakang.
'love you ayang'.
Satu kucupan manja zack hadiahkan di leher ady.
'love you too. Awak saya dah lambat dah ni wak. Janganlah nak goda sampai saya dah lah banyak kerja kang tak pasal-pasal kena ambil cuti lagi.'
Entah apa yang mencuitkan hati zack sampaikan terbahak ketawa dia. Erm.. Jauh betul pemikiran ady ni.
'apa salahnya jalankan tanggungjawab kan. Ye lah gi lah siap dulu.'
Zack meleraikan pelukan manja dan melihat ady bersiap.
'awk bila masuk kerja balik.' ady menoleh kearah zack yang setia melihat ady bersiap.
'esok wak, hehehe.'
'dok rumah jangan nakal-nakal tau.' satu kucupan ady hadiahkan kepada zack lalu dibalas semula.
Berlalulah ady meninggalkan zack keseorangan di rumah.
Sampai sahaja ke pejabat terlihat satu sampul surat diatas meja. Lalu dikoyak perlahan oleh ady dan membacanya.
Tahniah!
S
uka duka dimaklumkan anda dinaikkan pangkat berkuat kuasa serta merta.
Anda akan ditempatkan ke bahagian urban & landscape.
Terkejut sampai hampir berdiri ady melihat isi surat tersebut. Apakah ini wei tertiba kena tukar department ni semua. Dari department akaun ke department urban and landscape.
'tahniah ady!.' bersorak satu department akaun didalam bilik pejabat ady.
'wei korang dah tahu napa tak cakap dengan aku wei??.'
'ini lah namanya surprise wei.'
Aidil memeluk ady.
'lepas ni hadap kertas lukisan je lah ady tak yah fikir pasal akaun lagi.'
Sejujurnya akaun lagi senang daripada nak melukis ni semua. Dah lah kena lukis, kalau akaun pakai data lagi senang nak kira.
Ady mengemas barang-barang yang ada dan pindahkan ke department urban and landscape. Nasib baik beza cuma satu tingkat sahaja dan tak banyak barang. Kalau tak sampai petang tak habis lagi nak mengemas.
'welcome to urban and landscape mr ady!'.
Ady menyambut salaman tangan en razi.
'terima kasih en razi, saya akan cuba buat yang terbaik.'
'sudah semestinya inilah bidang kepakaran awak kan. Saya harap kita semua dapat berkejarsama untuk menaikan nama syarikat ini.'
Ady melihat bilik yang baru dan mula hiaskan mengikut citarasa dia.
Semoga aku dapat idea 💡 untuk buat lakaran dalam bilik.
Petang itu zack menyambut kepulangan ady dengan senyuman lebar.
' hai ayang, meh sini saya peluk. '
Ady membiarkan sahaja perlakuan zack itu walaupun penat. Hilang penat ady bila zack buat macam tu.
Lepas dinner ady meluahkan isi hati dia sambil bersandarkan kepala di dada bidang zack, nasib baik perut zack tak berapa nak buncit sangat kalau tak susah nak sandar 😂.
'awak, esok kan saya dah tukar department dah. Dari akaun ke urban and landscape. Kita takulah wak'.
Zack mengulas lembut rambut ady.
'napa lak awk nak takut, itu kan bidang kepakaran awak kan, ala senang je lah jangan fikir yang bukan-bukan ya wak.'
Ady mengeluh..
'malam ni awak nak tidur dengan saya tak?. Saya janji tak buat apa-apa, tidur je.' berbisik zack ke telinga ady.
'janji ya, esok kita kerja. Hahahaha.' tergelak ady.
'sayang jom masuk bilik.'
Kelam kabut jejaka didalam rumah itu bersiap nak ke pejabat.
'ayang, saya dah lambat ni. Pergi dulu ya.'
Zack menghulurkan tangan dan disambut oleh ady siap cium sekali. Satu kucupan zack hadiahkan di dahi ady.
Bahagia wei rasanya itu. Hahahahaha.
Patutnya aku yang keluar dulu bukan zack, tempat dia dekat je. Banyak kerja kot tu yang kelam kabut tu. Sempat ady bermonolog sebentar.
Selepas pastikan semua sudah terkunci rapi, ady melangkah keluar dan terus bergerak ke pejabat.
'morning ady, selamat bekerja'.
'morning akak, sila bagi tunjuk ajar kat saya ya.'
'don't worry kita kerja dalam satu group kat sini.'
Ady tersenyum dan berlalu ke bilik dia. Dalam pada nak mulakan kerja, nita assistance en razi memaklumkan nak jumpa.
Ady mencapai telefon bimbit dan berlalu ke bilik en razi.
'morning nita.'
'hey morning, tu en razi dah tunggu, masuk je.'
Satu ketukan diberikan sebelum melangkah masuk.
'morning en razi.'
'morning ady, sila duduk.'
Ady pun duduk dan menanti dengan penuh sabar.
'nita, tolong panggilkan ketua projek yang baru tu'.
En razi memberikan arahan melalui intercom.
'saya nak kenalkan awak kat ketu projek awak so nanti senanglah awk nak berbincang ke apa ya.'
Pintu bilik diketuk dan dibuka.
'assalamualaikum en razi.'
'waalaikummusalam, ady saya kenalkan en zackery rahman ketua projek awak, zack ni en ady pekerja awak.'
Ady pun menoleh ke belakang dan seakan terpaku. Zack pun melakukan reaksi yang sama. Terkejut.
'ehem!' tersedar mereka berdua.
'hai saya zack.'
Tangan dihulurkan dan disambut oleh ady tanpa ciuman. Nasib baik dapat kawal diri.
'hai saya ady, nice to meet you!.'
'semoga kalian dapat berkerjasama dengan baik dan berikan reputasi yang bagus kat department kita.'
Mereka berdua hanya tersenyum dan melihat satu sama lain tanpa henti.
Bersambung..
ANDA SEDANG MEMBACA
Housemate
RomantikSi tuan rumah bernama Zack dan si penyewa bernama Ady. Sebuah kisah yang ringan dan mudah dibaca.
