Entah Kenapa pagi itu ketika aku sedang bersiap dada aku berdebar-debar seakan macam nak pergi interview kerja.
Semasa aku rapikan rambut zack datang memeluk aku dari arah belakang.
'ayang ok tak ni?'. Tanya zack.
'tak tahulah Kenapa rasa nervous semacam je'.
'tak ada apalah jangan fikir banyak sangat. Hari ni kan isnin, positive sikit ayang. Jangan lupa baca ayat kursi sebelum keluar nanti'.
Dia menyemburkan perfume dior aku di bajunya dan baju aku.
'ok awak. Awak pun sama juga bawa motor tu elok-elok.'
Dia tersenyum dan keluar dari bilik. Sebelum melangkah keluar aku membaca ayat kursi serta surah lazim yang lain. Alhamdulillah hati bergelora sudah agak reda.
Aku dan zack terpisah apabila lift berhenti di jabatan aku terlebih dahulu dan aku melangkah keluar dengan membawa semangat baru.
Ketika aku sedang leka membuat kerja pintu bilik aku diketuk. Aku memandang pintu aidil muncul disitu.
'ady, big boss panggil'.
'kenapa?'
'tu ha ada staff baru masuk tu. Kena suai kenal.'
Aku dan aidil menuju ke bilik big boss.
'aidil ady saya kenalkan staff baru kita ni'.
Aku pun memandang orangnya dan aku terkejut! Keciknya dunia ini..
'ady!'
'zack!'
Serentak!..
'kenal ke?.'
'kami dulu satu Universiti'. Aku membalas pertanyaan big boss.
'owh senanglah nanti nak kerja sama-sama nanti.'
Habislah aku nak kena hadap muka dia. Aku berlalu balik ke bilik aku dan teruskan buat kerja aku.
Waktu lunch aku luangkan masa beduaan dengan zack, biasalah rindu walaupun dah jumpa 24 jam.
'awak tahu tak ada staff baru kat pejabat tadi wak'
'ray kan?'
'mana tahu ni??'
'ala terserempak dengan dia tadi masa nak jumpa awak tadi'.
'erm... Punyalah banyak tempat napalaj kat sini juga dia kerja'?
'sayang... Tak mahu cakap macam tu.. Tak baik tak mahu tak mahu' sambil dia goyang jari telunjuk dia.
Lagi 3 jam nak balik big boss panggil katanya ada projek baru.
Bila aku sampai ray dah ada situ. Napa ray bukan aidil??
'ady nanti awk bekerjasama dengan ray untuk projek Sentosa High. Ni semua senarai yang klien kita nak nanti saya email kat awak berdua.'
Aku memerhatikan setiap butiran yang dihantar satu persatu. Pergh boleh tahan juga cerewet klien ni.
Dalam pada aku sibuk melihat semua dokumen tiba² pintu bilik aku di ketuk.
' masuk'!
Aku memandang pintu dan tengok ray yang mucul.
'hai sorry kacau, i nak bincang projek tu dengan u. Boleh?'
'come please sit, apa yang boleh saya tolong?.' aku memandang ray.
Disebabkan hal kerja maka ego aku turunkan. Biarlah aku mengalah biarlah asalkan dia tidak menggangu hal peribadi aku.
Tanpa sangka sudah berminggu aku dan ray bekerjsama dalam melaksanakan projek terbaru ni.
Sejak akhir-akhir ini aku lihat zack tidak seperti selalu. Kerap berbual di talian dan ketika talian dimatikan dia seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.
"awak ok tak ni?" tanya aku pada zack.
"ok je, tak ada apa".
Mungkin masalah kerja kot. Entahlah malas nak tanya banyak biasalah lelaki mana suka kalau tanya soalan banyak.
Ketika aku sedang sibuk menyiapkan lukisan, zack datang kearah aku.
'Yang, barang kerja lama saya awak letak kat mana.?'
'Ada dalam bilik belakang atas meja study tak silap.'
'Ok.' dia melangkah pergi.
'pap!'
bunyi barang jatuh!. aku tinggalkan meja dan pergi melihatnya.
Zack menilik satu persatu gambar yang ada didalam kotak. Mampus!..macam mana kotak tu aku tak simpan betul.
'awak...'
'shut up!.'
Berpuluh keping gambar aku didalam dikotak itu. Boleh dikatakan semua masa lalu aku didalam itu!. ketika dia ingin membaca sepucuk surat, cepat-cepat aku tarik.
'patutlah terkejut tengok ray, rupanya pernah bermadu asrama!.'
'zack, perkara dah lepas kan..masa tu kat london dah lama dah...'
'kalau dah lama kenapa semua ni ada lagi kenapa tak buang?'
'saya terlupa betul-betul terlupa. ok saya buang sekarang.'
'dah lah kalau betul nak buang baik dari dulu dah buang kan!.'
zack tinggalkan aku dan mencapai kunci keluar dari rumah.
Aku ambil kotak itu lalu aku bakar segala isi yang ada didalamnya sehingga menjadi debu.
Jam 12 tengah malam dan zack masih belum pulang. aku tertidur menanti dia pulang dan aku terjaga waktu pagi dia tidak ada disebelah aku.
Sudah seminggu perkara itu berlaku dan aku dengan zack umpama orang asing. Dia tidur dibilik lain aku dibilik lain. Tidak bersap dan sebagainya, aku jadi semakin sakit dengan hubungan ini. Untuk apa semua ini andai tiada kepercayaan didalam hati kami.
Aku cuba mengelakkan diri apabila ray mempelawa aku untuk lunch dengan dia. Buatnya terserempak dengan zack lagi keruhkan keadaan.
Ketika aku pulang kerja zack mengemas pakaian, agak besar beg dia dan banyak baju yang dibawa.
'Saya ada hal kat luar, jaga diri!.'
Belum sempat aku nak bersalaman dengan dia sudah berlalu keluar rumah. Aku terpingga sekejap dan tidak tahu nak buat apa.
Aku biarkan sahaja tanpa perlu buat buat apa. Pasti dia perlukan ruang untuk semua benda yang terjadi.
![](https://img.wattpad.com/cover/148968613-288-k942699.jpg)
YOU ARE READING
Housemate
RomanceSi tuan rumah bernama Zack dan si penyewa bernama Ady. Sebuah kisah yang ringan dan mudah dibaca.