Aku melihat zack sedang rancak berbual di talian telefon. Mungkin dengan mama atau papa kot,detik hati aku.
Aku mencapai majalah diatas meja dan sekali sekala mata aku memandang ke kaca television bila ada iklan yang mencuri perhatian aku. Zack masih lagi rancak berbual di telefon diluar rumah.
Dalam pada aku leka membelak majalah zack datang duduk disebelah aku. Lantas aku dekatkan badan dan menyandar badan ke badan kiri zack.
'sayang, esok mama dengan papa nak datang.' zack mulakan bicara.
'pukul berapa dia orang nak datang?.' Tanya aku kembali.
'dia orang bergerak pagi mungkin tengah hari sampai.'
Minda aku mula berfikir, nak masak apa untuk dia orang nanti. Ok aku dah dapat idea dah!.Aku bangunkan badan dan bercakap dengan zack.
'awak, jom kita pergi beli barang.' sambil tangan aku memegang tangan zack.
'nak pergi mana?' zack melihat aku.
'untuk esok lah wak, nak masak. jomlah awak.'
'kita beli je lah yang, tak payah nak masak.'
'ala..please..jom lah keluar..' aku buat muka comel depan dia.
'okay tapi kena kiss dulu.' sambil tangan dia menunjukan pipi dia.
Tanpa berlengah aku kiss pipi dia dan juga bibir kami bertemu selama beberapa saat.
'love you.' ucap aku.
'love you too, awak pergi siap dulu.'
Aku pun berlalu ke bilik untuk menyalin pakaian. Banyak tempat nak pergi ni, nak beli barang basah kemudian barang kering.
**************************
Pagi minggu itu agak awal aku dan zack bangun mana taknya banyak kerja yang nak kena buat. Zack keluar membeli sarapan dan aku mulakan kerja menghias rumah. Bermula dengan menghias meja makan, pinggan mangkuk yang ada didalam almari aku keluarkan kemudian aku susun cantik-cantik tidaklah secantik Datuk Rizalman atau pun cerewat seperti beliau yang mengunakan pembaris untuk mengukur setiap pinggan yang disusun.
Bagi menaikkan seri aku letakkan bunga hidup lily yang aku beli semalam kedalam pasu diatas meja. Ada yang kata kalau nak bunga hidup kekal lama kena letak panadol 2 biji tapi belum pernah aku buat lagi.
Selepas sarapan aku terus memulakan kerja-kerja memasak daripada kupas bawang sehinggalah kerja-kerja yang lain. Nasib baik zack ringan tulang adalah juga membantu didapur. Dan ketika aku baru nak memasak, zack menegur aku.
'awak nak masak pakai macam ni?.' Dia melihat aku atas bawah.
Aku menilik diri aku sekejap. Singlet tanpa lengan dan boxer, okay lah ni tak adalah open sangat.
'kenapa wak?. Kita berdua je kan dalam rumah.'
'awak mengoda iman saya.' dia datang kearah aku dan berbisik.
'dah lah wak, saya nak masak jangan nak kacau!.Hahaha'
Zack berlalu ke ruang tamu sambil mengeyitkan matanya kearah aku.
Menu hari ini ringkas je, nasi ayam! Itu je yang aku tahu masak. Untuk pencuci mulut pula aku buatkan cocktail senang je beli buah dalam tin, buka kan satu-satu kemudian campur susu cair siap dah!.
Hampir 2 jam semuanya siap, zack masuk kedapur ketika aku sedang sibuk membangun pinggan mangkuk kotor didalam sinki. Aku ingatkan dia nak menolong tapi lain kerjaan dia lak buatnya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Housemate
RomanceSi tuan rumah bernama Zack dan si penyewa bernama Ady. Sebuah kisah yang ringan dan mudah dibaca.
