Sudah masuk hari kedua aku tak nampak kelibat zack dalam rumah sejak peristiwa di The Garden tempoh hari. Telefon tak berangkat, chat tak berbalas. Dia bagi bluetick je kat aku..
Masuk hari kelima, tahap kesabaran aku tak boleh ditahan lagi. Aku mengambil keputusan mencari akaun sosial zack manalah tahu aku dapat jejak dia ke, bagi surprised kat dia ke.
Dah macam detektif conan aku bila aku mencari satu persatu nama zack di Ig. Tapi tak jumpa pun akaun dia, ish tak boleh jadi macam ni kalau tak sampai bila aku tak tahu dia kat mana.
'Owh yeah! facebook!.'
Terus tangan aku laju menaip nama zack a.k.a Zackery Rahman. Satu persatu akauan aku teliti dan akhirnya Bingo! aku dapat akaun dia...
Stalk punya stalk, dah lama rupanya dia tak on facebook. Erm, tak boleh jadi ni, aku tengok satu persatu kenalan dia, dan aku terhenti kat satu profile ni, tengok nama macam dekat-dekat je. Dia Zack, yang ini Zafuan muka lebih kurang sama je mesti adik beradik dia ni.
Lantas aku pun hantar friends request. Selang beberapa minit, officially aku dengan adik dah jadi kawan. Maka bermulalah rancangan aku untuk mencari Zack yang aku namakan sebagai 'Misi Mencari Zack' 😂.
Akhirnya, setelah berbalas mesej dengan Zafuan adik Zack kat messenger aku dah dapat maklumat yang aku nak. Tanpa banyak soal zafuan memberikan aku alamat rumah dia, menurut dia lagi yang zack cuti dan nak habiskan masa kat kampung. Power ke tidak aku?. Hahahaha. Merajuk sampai membawa diri balik kampung nampak je macho dalam hati ada taman kau!.
Aku ambil barang yang patut dan masukan kedalam beg. Supaya senang esok lepas subuh aku boleh terus gerak dengan akunya yang tak pernah drive long distance memang rasa gemuruh disitu..
YOU ARE READING
Housemate
RomanceSi tuan rumah bernama Zack dan si penyewa bernama Ady. Sebuah kisah yang ringan dan mudah dibaca.