Tanpa sedar tarikh perkahwinan zack semakin hampir. Hububgan aku dan Ray juga sudah kembali pulih, tiada sengketa. Ketika aku berchat aku tak timbulkan pun hal perkhawinan dia takut dia tak selesa
nanti.Sehari sebelum perkahwinan dia, aku dan ray pergi ke Perak untuk meraikan majlis zack. Ikut perancangan awal aku dan ray nak stay kat hotel namun dilarang oleh keluarga zack, katanya lebih baik kami bermalam dirumah mereka sahaja lagipun tiada siapa pun dirumah mereka. Kami akur dam bilik tertamu dikongsi berdua aku dan ray.
Tapi malam sebelum majlis pernikahan zack menyuruh aku tidur dengan dia. Ray sebagai cover line untuk kami. Malam itu kami menatap puas-puas muka antara satu sama lain. Tiada kata-kata hanya gerakan tubuh badan membuatkan kami berdua mengerti antara satu sama lain.
Selepas solat Jumaat kami semua bersiap kerana zack akan bernikah selepas solat asar dan majlis dilakukan dirumah belah perempuan. Aku melihat zack berpakaian melayu serba putih, handsome juga zack getus hati aku.
Inilah kali terakhir aku menyentuh rambut zack, selepas ini isteri dia pula. Aku tersenyum ketika aku tolong zack bersiap. Selepas selesai bersiap zack menghadiahkan aku kucupan di dahi, pipi kiri dan kanan aku serta dagu. Ketika dia ingin mengucup bibir aku mengelak. Dia kehairanan.
"simpan untuk isteri awak." lalu aku memeluk dia dan aku hadiahkan satu ciuman di pipi kiri dan kanan dia.
Kami tersentak apabila pintu bilik diketuk dan ketika aku membukanya Ray didepannya. Fuh. Nasib baik kalau kantoi lantaklah nak.
Kami semua bertolak ke rumah pengantin perempuan yang memakan masa lebih kurang 30 minit daripada rumah zack. Dan ketika sampai dapat aku melihat kecantikan dan kemewahan bakal isteri zack. Patutlah mak ayah zack nak jodohkan mereka berdua. Aku memandang dari jauh zack yang sudah memasuki rumah bakal isterinya dan Ray mengajak aku untuk masuk sama.
Dengan sekali lafaz zack sudah pun menjadi suami yang sah kepada pasangannya, mereka sama cantik sama padan. Aku tersenyum seketika melihat mereka. Sedih?. Benda dah lepas usahlah untuk kita kenangkan.
Selesai majlis kami semua balik kerumah zack dan aku ingatkan mungkin dia akan duduk dirumah mertuannya tapi ternyata dia juga ikut pulang. Yang paling best kami satu kereta dan aku hanya mampu berhuhuhu sahaja. Motif sangat nak sekereta sama-sama?. Hahaha.
Keesokkannya majlis bersanding yang bertempat di Novotel Hotel. Majlis ini melibatkan dua buah keluarga antara keluarga zack dan juga keluarga isterinya. Zack tidak mengambil tahu tentang proses yang terlibat, biasalah kahwin paksakan tak suka. Dia cuma datang beberapa jam sebelum majlis.
Aku nasihatkan zack supaya tidak membuat hal di majlisnya. Mungkin sekarang dia tak suka pilihan keluarga dia sekarang tapi di kemudian hari itu yang terbaik untuk dia siapa yang tahu kan.
Buat kali terakhirnya aku melihat dia sebelum aku dan Ray pulang ke ibu kota. Habis sahaja majlis aku dan ray meminta izin untuk pulang daripada keluarga zack. Dan ketika aku didalam perjalanan pulang aku terima WhatsApp daripada zack.
"take care sayang". Aku tersenyun sendiri.
"thanks B!". Aku membalas.
Ray disebelah menjeling aku. Aku meletakkab kepala di bahu kiri dia. Terkejut tapi pada masa yang sama suka. Dia tetap teruskan pemanduan dan aku terlelap disitu.
Tidak semua yang kita rancang akan menjadi kerana rancangan Tuhan itu lagi sempurna..
TAMAT.
YOU ARE READING
Housemate
RomanceSi tuan rumah bernama Zack dan si penyewa bernama Ady. Sebuah kisah yang ringan dan mudah dibaca.