Move On?

2.8K 151 14
                                    

Oh sayang...
Engkaulah jejaka idaman
Akulah yang menanti
Menyayangi
Seperti...
Embun dingin di pagi hari
Akulah bunga dibasahi
Begini...

Sambil aku menyiram pokok aku bernyayi kecil. Bosan tahap dewa duduk rumah tak kerja maka buatlah kerja rumah sikit. Tak adalah badan naik mendadak dok makan tidur je. Hahaha.

Dalam sedar tak sedar hampir 2 minggu aku macam ni. Kemas rumah, kemas laman, masak dah macam suri rumah dah. Adalah juga aku mencari kerja kalau ada rezeki dapatlah aku.

'hai ady!.' aku mendapat panggilan daripada Aidil.

'hey bro. Apa khabar?.' suara riang aku kedengaran.

'baik je. Kau? Wei aku nak cakap ni.'

'baik juga. Kau nak cakap apa?.'

'aku nak datang melaka! Yeah! Rindu kat kau!'

'omg! Rindu kat kau juga. betul ni nak datang?. Bila wei?.'

'Hari sabtu ni, free tak??.'

'Untuk kau semua free.see you there!.'

Pagi sabtu itu selepas sarapan aku bersiap-siap untuk keluar pergi DP (dataran pahlawan) untuk berjumpa aidil. Nasib baik datang awal masih banyak tempat kosong untuk aku letakkan kereta. Turun dari kereta aku bertanya aidil dia kat mana. Katanya masih dalam perjalanan. Aku pun menapak melihat kota A Famosa yang ramai orang mengambil itu.

Aku pun dalam pada itu ambil kesempatan untuk ambil gambar permandangan. Lama sangat tunggu aidil aku pun melangkah masuk ke Istana Melaka. Nama je orang melaka inilah kali pertama masuk. Bukannya apa sebab takut biasalah tempat bersejarah kan kalau ada orang teman tak pe lah. Aku bagi tahu aidil aku tunggu dia kat dalam istana melaka dan dia okay sahaja.

Nasib baik aku tidak keseorangan didalam istana itu, agak berani untuk melihat satu persatu pameran yang ada. Dalam pada aku terleka terdengar nama aku di panggil.

'Ady!.' Aku menolong kebelakang.

'Aidil!.' dah macam sinetron dah.

'I have something for you.'

'Apa dia?.' Tanya aku.

Muncullah zack..terdiam tak terkata.

'sorry ady, aku kesian kat dia. kau orang kenal cara baik kan so bincanglah baik-baik.'

Starbuck menjadi lokasi kami bertiga, tak kan nak cakap dekat tengah-tengah orang ramai.

'awak sihat?' tanya zack pada aku.

'sihat.' aku menjawab sepatah. dapat aku lihat aidil macam tak berapa selesa untuk aku dan zack bercakap lebih mendalam. maka aku bercakap pasal benda lain dengan aidil supaya dia tak adalah rasa macam orang ketiga.

Tanpa sedar sudah hampir kepetang dan aku cuba tahan aidil daripada pulang namun apakah daya dia sudah berkahwin dan ada komitmen terhadap keluarga. Maka tinggallah aku dan zack sahaja. Aku mengajak zack ke rumah pastinya tidak enak kalau mahu suruh dia tinggal di hotel, lagi pun aku kan pernah datang rumah keluarga dia.

Nasib baik mak ayah aku tidak banyak bertanya ketika aku membawa pulang zack. Aku cuma katakan dia rakan rumah sewa aku dulu. Dan sebelum pulang aku dan zack dah sudah makan malam jadinya tidaklah perlu untuk bersoal siasat dengan lebih mendalam.

'nah tuala, awak mandilah. Saya mandi kat bilik lain'. Kata aku dan keluar dari bilik.

Ketika aku masuk bilik dia sudah mandi dan siap berpakaian. Dia merenung aku tanpa henti dan aku tidak mengendahkan dia. Aku bersiap  untuk tidur.

'sayang let's talk..'. Dia bersuara setelah lama dia merenung aku. Aku berjalan kearah dia dan duduk disebelah dia.

'ok awak nak cakap apa?.' tanya aku.

'saya minta maaf sebab dah lukakan hati awak, bertunang tanpa pengetahuan awak. Nak buat macam mana pilihan keluarga. Tapi saya sayangkan awak'.

'saya pun minta maaf juga saya tahu saya tak sempurna. Saya pun pernah sakitkan hati awak.'.

'entahlah saya serabut, tak tahu nak selesaikan macam mana lagi. Sana sayang sini sayang. Susah melibatkan mak ayah.'.

Aku memegang tangan zack.

'suka tak suka awak kena juga, awak tahukan yang awak bisexual. Saya tak nak seksa batin awak.'.

Aku membiarkan dia menyentuh aku.

'majlis saya dua bulan lagi.'

'owh..selamat menjadi suami. Apa pun terjadi hubungan kita tetap macam dulu.' kata aku untuk meredakan keadaan.

'thanks awak, nanti datang tau.'

'InsyaAllah. Dah jom tidur.' Aku mengambil tangan dia supaya memeluk tubuh aku.

Bohong aku katakan yang aku tidak sedih dan suka bila dia nak kahwin, namun aku tidak mahu menjadi manusia yang pentingkan diri sendiri. Pada masa sekarang ini aku tengok semakin banyak gay yang berani tanpa sengan silu mempamerkan sisi mereka di sosial media. Memang itu hak dia orang tapi secara tidak sengaja membuatkan masyrakat memukul rata kepada mereka yang tidak bersalah.

Aku mahukan zack menjalani kehidupan normal ada isteri dan anak yang pastinya diinginkan oleh keluarga dia untuk adanya zuriat. Aku gembira jika dia gembira walaupun dia bukan milik aku lagi tapi sekurang-kurangnya dia pernah menjadi sebahagian dari kebahagian aku dulu.

Tanpa aku sedari pagi sudah pagi. Aku terbangun ketika terbau keenakan cucur pisang goreng dari luar bilik. Tempat tidur sebelah aku kosong dan aku bingkas bangun dari katil menuju ke dapur.

Zack dan mak ayah sedang menjamu selera serta rancak berborak.

"ady lambat bangun, tetamu pulak yang bangun awal. Macam mana ni?". Hahahaha. Sedas aku kena dari ayah.

"penatlah ayah." tangan aku mencapai cucur pisang.

Zack cuma mengelak sambil memerhati aku. Bukan dia tak biasa tengok muka aku bangun tidur.

Selepas makan tengah hari zack sudah bersiap-siap untuk pulang ke ibu kota. Dia mengambil tangan aku dan letakkan di pipinya.

"sayang, saya nak balik ni. Jaga diri baik-baik, jangan nakal-nakal."

"awak pun sama tau, jaga diri tu."

Aku bersalaman dan cium tangannya. Dia mencium dahi, kedua belah pipi, dagu dan hidung aku. Kemudian dia mengusap rambut aku.

Aku menghantar kepulangan zack dengan pandangan yang gembira. Tiada lagi dah sengketa aku dan dia,semuanya sudah selesai.

Bersambung...

(guys jangan lupa vote ye 😉)

HousemateTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang