Sampai sahaja dirumah aku terus masuk bilik air untuk menyegarkan badan aku. Zack masih belum pulang lagi, biasalah hari pertama bekerja kenalah balik lewat nanti big boss cakap apa pula.
Setelah bertukar pakaian semua aku melangkah keluar bilik dan bertembung dengan Zack. Aku memandang dia dan dia memandang aku. Aku capai tangan dia untuk bersalaman kemudian mengambil tempat duduk diruang tamu sambil melihat movie dikaca tv.
Entah macam mana zack duduk disebelah aku, aku ingatkan mungkin dia akan terus masuk bilik untuk mandi.
'Awak, saya tak tahu pun tu pejabat awak. Kalau saya tahu saya tak minta pun kerja kat situ.' Sayu suara zack sambil dia membelai jari jemari aku dan aku biarkan sahaja diperlaku bergitu sambil pandangan aku tidak beranjak dari kaca tv.
'Pergilah mandi dulu, dah senja ni.' Aku menguntumkan satu senyuman buat zack. Dia membalas dan berlalu ke biliknya.
Aku melangkah masuk ke bilik zack dan terlihat dia sedang bertuala baru keluar dari bilik air. Aku memeluk dari arah belakang dan kepala aku lentokkan dibelakang badan dia.
'Ayang, saya basah ni, belum lap lagi.'
'Tak kira nak juga!.'
'Manjanya awak, ye lah peluklah puas-puas.'
'Awak..jom makan, lapar....'
Haahahahhaaha.
'Dah agak dah mesti nak sesuatu, dah jom pergi makan..'
Aku tersenyum sendiri bila dilayan seperti ini..
********************************************************************
Balik dari makan tengah hari dengan Aidil, aku nampak kereta Zack ada di tempat letak kereta. Aku fikirkan dia pergi tengok site atau pun menaiki kenderaan sendiri?. Entahlah, aku dan zack dah tetapkan hal pejabat habis dipejabat jangan dibawah kerumah sama juga hal dirumah habis dirumah.
Suasana dalam pejabat agak sunyi sepi hari ini semua pekerja sedang tekun buat kerja. Kalau hari-hari macam ni meningkatlah produktiviti syarikat ni. Mana taknya semua nak kejar dateline yang telah ditetapkan.
"Bos dalam bilik mesyuarat, dia nak tengok lukisan pelan interior design yang aku buat untuk rumah contoh kat Puri Kencana." Aidil meletakkan gagang telefon sebelum kelam-kabut dia mengulung lukisan pelan hiasan dalaman.
"Eh aku punya janganlah bawak sekali." Sempat aku menahan sebelum dia melangkah pergi.
"Bawak sekali apalah salahnya, mana tahu kena dengan mata bos kita tu kan."
Aku terus terdiam dan melepaskan aidil pergi. Mahu tak cuak dah lah lukisan tu aku pakai conteng-conteng sebab nak asah skill yang dah lama ni.
"Ady, bos nak jumpa kat bilik mesyuarat." Aidil masuk ke bilik aku sebelum dia menghilang ke dalam biliknya.
Matilah nak, kan aku dah cakap...
Aku ketuk pintu bilik sebelum masuk.
"Hai Ady, sila duduk."
Aku memandang kearah zack sekilas sebelum aku mula berbincang dengan En Sufi. Aku ingatkan En Sufi je rupanya Zack pun ada.
"Dulu awak ambil course apa?"
Pertanyaan En Sufi membawak ke dunia nyata. Salah Zacklah ni.
"Urban Landscape design and construction, major landscape management."
Terangguk-angguk kepala En Sufi mendengar peneragan daripada aku. Lalu dia mencapai lukisan pelan di atas meja dan mengamatinya dengan gaya sedang berfikir dalam-dalam.
"Saya suka design yang awak buat ni, mungkin kalau dulu patutnya awak ambil ID."
"Erm..tapi minat saya lebih kearah landskap sebenarnya."
Terangkat kening Zack bila mendengarnya. Dah orang tanya kita jawab je lah.
"lepas ni awk fokus pada Id dan landscape, awak hebat dalam dua-duanya".
"baiklah en sufi."
Hari Selasa itu, selepas balik daripada melawat tapak perojek di Laman Safi Nuri aku menganjak Aidil lunch bersama. Memandangkan waktu untuk pulang ke pejabat sudah masuk waktu lunch jadinya tiada alasan untuk pihak atasan bertanya.
Restoran Rebung menjadi pilihan kami sebabnya dekat dengan pejabat dan bagi waktu lunch banyak lauk pauk kampung yang dihidangkan. Sewaktu kami sampai terlihat Zack dan En Sufi pun ada disana, mesti baru balik dari tapak perojek kat Wilayah Iskandar lah tu.
Kami menegur mereka berdua dan berlalu ambil makanan dan aku menganjak Aidil kemeja lain tak nak semeja dengan mereka. Malu lah kita ni kuli je dia orang berdua bos. Zack memandang dari jauh sambil merenung aku makan, lantak awak lah zack.
Ketika sedang makan, Aidil menghantar isyarat supaya pandang ke meja mereka.
"Itulah big boss syarikat kita, Encik Azhar. Biasanya kalau ada masalah atau projek besar dia akan turun padang tengok sekali. Nanti lepas makan kita pergi sapa dia jup."
"Ok aidil."
Ketika sudah selesai makan aku dan aidil kemeja mereka ketika mereka sedang rancak berbual.
"Assalamulaikum En Azhar, saya aidil salah satu staff kat syarikat."
"Walaikumusalam, hai nice to meet you."
Mereka berjabat tangan kemudian aku pula.
"Hai uncle Har, uncle sihat."
Salam sambil cium tangan.
"Alhamdulilah sihat, ady sihat?. Mama dengan papa sihat?. Nanti kirim salam kat dia orang ya."
"Saya sihat uncle, nanti saya bagitahu mereka uncle kirim salam."
"Macam mana kerja? ok tak? Kalau tak ok bagi tahu uncle ya, nanti uncle uruskan untuk ady."
"So far ok je uncle, tak ada masalah. Uncle saya dengan aidil minta izin gerak dulu masuk pejabat."
Aku bersalaman kembali dengan En Azhar dan berlalu pergi dengan Aidil.
Mereka semua seakan terkejut dengan perkenalan aku dan En Azhar.
"Macam mana boleh kenal dengan En Azhar?"
"My parents sama U dengan uncle Har".
"Owh patutlah."
"Tapi aku dapat kerja pergi interview macam orang biasa ya tak pakai cable ya."
"Hahahaha. tak cakap pun".
"Tapi dalam hati kau yang cakapkan".
hahahahahaha.

ANDA SEDANG MEMBACA
Housemate
عاطفيةSi tuan rumah bernama Zack dan si penyewa bernama Ady. Sebuah kisah yang ringan dan mudah dibaca.