Berakhir.

2.9K 188 24
                                    

Selesai makan malam aku dan zack pulang kerumah, rumah yang sudah aku tinggalkan beberapa hari yang lepas kini aui jejak balik. Mungkin buat kali terakhir?.

Masuk sahaja rumah zack memeluk aku dari belakang dan aku membiarkan sahaja. Walaupun rasa marah dan sakit hati itu memang ada tapi biarkanlah aku sahaja yang merasainya. Sebabnya aku percaya bila kita menjaga hati atau mmbuatkan otang bahagia nanti ada balasan yang baik buat kita.

Disebabkan tiada sehelai pun pakaian aku didalam rumah ini maka aku mengambil pakaian. Pertama kali aku memakai pakaian dia walaupun pernah duduk serumah dengan dia dulu.

'ayang, handsomenya pakai baju jersey abang.' Sempat dia memuji.

'mana ada, awak lagi handsome dari sayalah.'

'ayang ni mengodalah, geram tengok.'

Zack mencium lembut leher aku untuk membuat aku kelemasan didalam asmaranya dan akhirnya kami berdua ternoda dengan nafsu sendiri. Kepenatan melayan pasangan masing-masing membuatkan kami tertidur tanpa seurat benang di tubuh hanya selimut menutupi tubun badan dari kedinginan penghawa dingin.

Aku terjaga dari lena dan melihat zack masih lagi tidur. Lantas aku pergi bilik air untuk mandi membersihkan badan dan memakaian pakaian yang aku pakai semalam. Sambil aku bersiap aku perhatikan zack lelaki yang aku sayang dan cintai namun apakah daya perhubungan ini bukan seperti mana yang kami mahukan.

Aku mengambil kertas dan pen lalu aku coretkan kata-kata buat zack.....

Mentari memasuki kamar tidur dan membuat zack mengeliat seakan tidak cukup tidur. Dia melihat sekeliling dan tiada jumpa apa yang di cari.

'sayang oh sayang.'. Masih tiada jawapan.

'sayang?? sayang ?.'

Zack menyarungkan boxer ke tubuhnya dan bergerak ke meja untuk mengambil telefon bimbitnya dan ternampak lembaran kertas yang mempunyai coretan.

Dear zack,

Terima kasih buat semua yang pernah awak lakukan untuk membahagiakan dan mencintai saya seluruh jiwa raga awak.

Maafkan saya, saya terpaksa mengundurkan diri daripada perhubungan ini demi kebahagian awak dan keluarga awak.

Semoga awak sentiasa berbahagia dan cinta tidak semestinya dimiliki..

Menitik air mata lelaki zack yang menerima tamparan hebat di awal pagi.

𝓔𝓶𝓫𝓾𝓷 𝓹𝓾𝓷 𝓽𝓪𝓴𝓴𝓪𝓷 𝓶𝓪𝓶𝓹𝓾 𝓶𝓮𝓷𝔂𝓾𝓫𝓾𝓻 𝓼𝓮𝓴𝓾𝓷𝓽𝓾𝓶

𝓑𝓾𝓷𝓰𝓪 𝔂𝓪𝓷𝓰 𝓵𝓪𝔂𝓾 𝓹𝓪𝓭𝓪 𝓶𝓾𝓼𝓲𝓶 𝓵𝓾𝓻𝓾𝓱

𝓨𝓪𝓷𝓰 𝓭𝓾𝓵𝓾𝓷𝔂𝓪 𝓶𝓮𝓴𝓪𝓻 𝓭𝓲 𝓼𝓲𝓷𝓪𝓻 𝓼𝓾𝓻𝓲𝓪

𝓑𝓲𝓵𝓪 𝓼𝓾𝓭𝓪𝓱 𝓴𝓮𝓻𝓲𝓷𝓰 𝓹𝓪𝓼𝓽𝓲 𝓪𝓴𝓪𝓷 𝓰𝓾𝓰𝓾𝓻

𝓢𝓮𝓹𝓮𝓻𝓽𝓲 𝓬𝓲𝓷𝓽𝓪 𝓴𝓲𝓽𝓪 𝔂𝓪𝓷𝓰 𝓳𝓮𝓵𝓪𝓼 𝓽𝓮𝓻𝓷𝔂𝓪𝓽𝓪

𝓢𝓮𝓶𝓪𝓴𝓲𝓷 𝓵𝓪𝓶𝓪 𝓸𝓱 𝓼𝓮𝓶𝓪𝓴𝓲𝓷 𝓻𝓮𝓴𝓪𝓱

𝓜𝓮𝓷𝓲𝓶𝓫𝓾𝓵𝓴𝓪𝓷 𝓽𝓪𝓷𝔂𝓪 𝓪𝓹𝓪 𝓶𝓾𝓷𝓰𝓴𝓲𝓷 𝓴𝓲𝓽𝓪

𝓣𝓮𝓶𝓾 𝓴𝓮𝓫𝓪𝓱𝓪𝓰𝓲𝓪𝓪𝓷 𝓭𝓪𝓵𝓪𝓶 𝓹𝓮𝓻𝓹𝓲𝓼𝓪𝓱𝓪𝓷

Ady mengambil semua barang miliknya dibilik hotel dan terus memecutkan kereta ke lebuhraya  menuju keselatan. Seboleh mungkin dia tidak mahu mengingati apa yang telah berlaku didalam hidupnya pengakiran yang menyakitkan hati tapi itu yang terbaik buat semua pihak.

Pada masa sama bertalu-talu panggilan masuk namun satu pun tidak diangkat. Air mata yang jatuh diseka perlahan-lahan. Cuaca awal pagi yang nyaman itu seakan memahami apa yang telah dilalui oleh ady ketika itu.

Sampai sahaja di Melaka ady meghembus nafas lega. Sampai juga melaka!. Ibu bapa ady kehairanan melihat anaknya balik secara mendadak berserta barang yang banyak didalam kereta.

'nantilah orang cerita ya, penat nak tidur dulu'. Berlalu ady masuk ke dalam dan menuju ke bilik tidurnya.

Tidur yang panjang terganggu akibat getaran telefon bimbitnya yang tidak berhenti-henti membuatkan ady menjawab panggilan itu tanpa melihat nama di screennya.

'hello'. Suara serak basah ady berkumandang.

'ady, wei kau kat mana ni?. Penat aku call tak jawab-jawab'.

'aku kat rumahlah.. Sorry aidil buat kau risau je'. 

'tahu pun kau buat aku risau. dah lah berhenti kerja tak cakap apa-apa pun dengan aku. kau tahu tak kecoh satu office bila hr hantar surat letak jawatan kat En Saufi. Apa lagi mengamuk lah big boss. Habis semua yang dekat dengan kau kena soal jawab termasuklah ray dan laki kau si zack tu.'

'habis tu kau kena soal apa wei?.' tanya aku pada aidil.

'big boss tanya kenapa kau berhenti kerja siap bagi notis 24 jam, ada masalah dengan staff lain ke, kena buli ke. kau tahu terketar aku nak menjawab tadi. kau punya pasallah ni. gaduh dengan laki terus berhenti kerja. apo!'

hahahahaha. tergelak aku dengar suara aidil.

'wei sorrylah pasal aku, kau kena hadap semua. siapa kata aku berhenti sebab zack?. pandai je kau cakap macam tu kan. aku dapat kerja lain lah malas nak kerja kat situ nak cari pengalaman lain pulak. ha gituu kak lina!.'

'sudahlah kau asalkan kau bahagia sudah. rindu lak tak ada kau. tak ada nak membawang.'

'amboi kau..dah jadi laki orang pun nak membawang lagi ke wak?. rindu kat kau juga nanti datanglah sini melawat aku. one more thing jgn cakap siapa-siapa aku kat sini. boleh?'

'ye lah aku tak cakap dengan zack atau ray kau kat mana ye. macam kau tak kenal aku kan.' 

'nanti aku whatsapp number baru aku kat kau ya.'

'ok bro.take care.'

Lantas semua sosial media yang aku ada aku delete supaya tiada siapa yang mencari aku. biarkan lah aku dengan dunia aku sahaja tanpa perlu orang lain yang tahu dimana aku berada. 

Malam tu lepas makan malam aku ingatkan nak cakap dengan mak ayah aku yang aku dah berhenti kerja namun belum sempat aku membuka mulut mereka yang bertanya pada aku dulu.

'ady kenapa berhenti kerja?'

mampus gua anjir!.....................berdebar nak cakap apa ini.

'orang nak cari pengalaman lain.'

'nasib baik uncle saufi bagi tahu tadi, kalau nak tungggu kamu cakap sampai tahun bila tak tahu lah.'

'lah orang baru nak cakap dah mak ayah nak tanya dulu so orang jawab dan menjawablah.'

hahahahha. aku sendiri yang gelak!.

'budak ni main-main pula dia..suka hati kau lah anak oi nak jadi apa.'

Dalam pada aku ketawa itu aku fikir juga apa yang aku nak buat tak kan nak duduk rumah je tak buat apa-apa kerja kan. erm..esok-esoklah fikir macam mana. tidur lagi best!

bersambung..

*kau orang please vote ye...kalau komen kau orang tak berbalas tu maaf ye kadang terlepas pandang*


HousemateWhere stories live. Discover now