Semburan wangian Giorgio Armani milik Ady menyelubungi seluruh ruangan kamar itu. Ady berlalu pergi ke pintu bilik dan ketika hendak melangkah keluar bertembung dengan Zack.
'Zack, aku...'
Belum sempat Ady cakap Zack berlalu keluar meninggalkan Ady terpingga-pingga didalam rumah. Hanya kenderaan bunyi motosikal kuasa tinggi Zack meninggalkan perkarangan rumah.
'Zack, aku pergi dulu.' Terpancul kata-kata itu dari mulut Ady meski dia tahu Zack dah pergi dulu.
Hari ni masuk hari kedua zack berkelakuan dingin terhadap ady.
'Apa kenalah mamat ni, nak berangin satu badan ni. Harap muka je handsome tapi tak betul' Sempat lagi ady membebel sambil mengunci pintu rumah dan masuk kedalam kereta.
'Tak paham betul aku, kalau ada masalah ke tak puas hati je cakap je lah depan-depan ni pergi pendam ingat aku ni ahli nujum ke apa tahu masalah kau tu.'
Sampai je pejabat, Ady menghantarkan mesej kepada Zack.
'Dah sampai'.
Tiada respon. Hanya bluetick
'Kan bagus kalau kau block je aku, tak payahlah aku nak hantar mesej kat kau, tengok bluetick kau tu.'
Macamlah Zack dengar apa yang kau cakap tu. Hahahahaa.
Riuh rendah suara manusia di The Garden, tempat yang paling popular bila tiba waktu lunch.
'Are u ok ady?'. Nik memandang Ady sambil menikmati hidangan.
'Ok, kenapa?'
'Nampak lain sikit, banyak sangat fikir?.'
'Tak ada apalah, aku ok je.' Ady meneruskan aktiviti menternak lemak.
'Wei kau orang membawang pasal apa tu.'
Hampir tersedak Ady dan Nik bila kena sergah macam tu.
'Hahahahahahhahahaha'.
'Mana ada Kak Zai, kita orang kalau nak membawang akan ajak sekali lah.' Ady bersuara.
'Betul tu kak, kita orang bukan membawang pasal akak pun.'
Hahahahaha..Dua-duannya ketawa sekali...
'Dah lah kau orang, cepat makan nanti lambat pula masuk.'
Mereka teruskan aktiviti menternak lemak..
'Alhamdulilah, keyang....'
'Amboi kau nik, sampai tersandar macam tu. wei kau orang akak nak gi toilet jup ya.'
Mereka berdua hanya anggukan kepala.
Ady capai telefon kemudian selfie satu.Hahaha.
'Bak sini phone kau tu, meh aku ambilkan pic.'
'Thanks nik, make sure perfect ok.'
'Ok, pose cepat.' 'Ok nice.'
'Berdua pulak, cepat.'
'Ok done.'
Ady melihat kembali gambar yang diambil oleh Ady, zoom in zoom out, ok ke tak. Dalam pada ady leka melihat dengan teliti setiap gambar ditelefon bimbitnya dia rasa seakan-akan ada yang memerhatikannya dari depan.
Lalu mukanya dia angkat dan dia bertentangan mata dengan seseorang. Seorang jejaka tampan merenung agak tajam kearah ady .
Alamak!. Omg..
'Zack?'.
Tertelan air liur sendiri. Tempat yang bising dengan suara manusia seakan membisu. Diam.
Zack melihat ady seakan ady melakukan satu kesalahan yang besar. Kemudian pandangan zack beralih arah ke sebelah ady, dia pandang nik. Omg!. Apa yang dia fikirkan agaknya?.
Ady memandang nik kemudian beralih pula kearah zack.
Ketika itu, zack sudah melangkah keluar dari The Garden bersama dengan kawan-kawanya.
Lantak kau lah zack, suka hati kau nak fikir apa pun. Who care??
'Kau ok tak?'. Nik memandang Ady yang diam membisu.
'Very ok bro'.
Kak Zai menghampiri mereka berdua dan kemudian memandang nik dan ady.
'Kau orang jom balik pejabat. Lunch on me today.'
Makan free today!.
'thank you akak'.
Serentak!. hahahhaa.
Satu lagi masalah yang ady kena tempuh, Zack!. erm.
![](https://img.wattpad.com/cover/148968613-288-k942699.jpg)
YOU ARE READING
Housemate
RomanceSi tuan rumah bernama Zack dan si penyewa bernama Ady. Sebuah kisah yang ringan dan mudah dibaca.