Bab 11
KALI ini hanya Jazman dan Khairy sahaja ke pasar malam. Kelibat Lis Dahlia mahupun Luthfi tidak nampak langsung hari ini.Sampai di pasar malam, Jazman melihat-lihat apa yang menarik untuk hidangan makan malam itu. Khairy pula leka mencari ikan dan sayur segar untuk buat stok.
Kemudian Jazman menuju ke gerai menjual ayam goreng. Lihat tongkeng ayam goreng buat Jazman teringatkan Pak Deris. Dia tersenyum lantas meminta pekerja di gerai itu membungkuskan tongkeng ayam.
Kemudian Jazman ke gerai menjual soto. Sebungkus soto akan jadi makan malamnya malam ini.
Dari jauh Salwa sudah nampak kelibat Jazman yang sedang membayar duit kepada pekerja di gerai menjual soto. Tergedik-gedik dia mahu bertegur sapa dengan lelaki itu. Mereka belum pernah berkenalan sebagai jiran.
Manalah tahu dengan pertemuan pandang pertama, Jazman akan terpikat kepadanya. Salwa terus berangan.
"Mak, Sal nak beli soto kejap eh, mak. Mak pilihlah dulu sayur yang mak nak beli tu," ujar Salwa dan terus berlalu pergi.
Cepat-cepat dia menghampiri gerai menjual soto tersebut. Matanya tidak lepas memandang Jazman yang sedang memasukkan duit ke dalam dompetnya."Abang... Ops!" Sengaja Salwa langgar bahu Jazman yang pada ketika itu mahu memasukkan duit syiling ke dalam poket seluarnya.
"Eh, maaf. Maafkan saya encik. Saya betul-betul tak sengaja." Kelam-kabut Salwa mengutip duit syiling yang bertaburan di atas jalan tar.
"Eh, tak apa. Tak payah kutip." Jazman pula rasa serba salah dengan sikap Salwa.
Selepas mengutip beberapa keping duit syiling, Salwa berdiri dan menyerahkannya kepada Jazman. Dia memberi senyuman paling manis kepada lelaki itu.
"Terima kasih." Jazman membalas senyuman Salwa seadanya.
"Saya pergi dululah, ya." Jazman meminta diri, mahu beredar dari situ.
"Eh, kejap, kejap. Ini..." Salwa pura-pura berfikir. Padahal dia kenal sangat dengan lelaki itu.
Jazman masih menunggu kata-kata Salwa.
"Ni cikgu kat Sekolah Menengah Padang Hilir, kan?" tebak Salwa sambil sua sengih yang konon-kononnya comel.
"Err... ya. Macam mana awak tahu? Awak pelajar kat sana?" soal Jazman.
"Hmm, dulu. Sekarang tak lagi. Saya pernah nampak cikgu keluar dari kawasan sekolah sementara saya tunggu kawan waktu dia habis sekolah." Salwa tersenyum-senyum sambil betulkan juntaian rambutnya.
"Oh, sekarang awak lepasan sekolahlah ni. Sambung belajar di mana?" soal Jazman ramah.
"Err, taklah cikgu. Saya ni studen SPMU. Calon persendirian untuk repeat paper SPM." Jujur Salwa beritahu. Tersipu-sipu malu bila dia menerangkan hakikat sebenar.
Wajah Jazman sedikit berubah. Tapi, tidak lama. Dia kemudian tersenyum.
"Tak apalah. Kali ni buat yang terbaik." Ikhlas Jazman menasihati.
"Cikgu... sorang aje ke?" Salwa sudah mula cucuk jarum.
Manalah tahu untung-untung dapatlah dia jalan sama-sama sehingga selesai membeli-belah di pasar malam tersebut."Eh, taklah. Dengan kawan. Ha, ni dia."
Serentak dengan itu Khairy muncul.
"Jom, nyah. Aku dah siap beli. Kau nak beli air tak?" soal Khairy tanpa hiraukan Salwa di depan Jazman.
Salwa yang terkejut, memandang Khairy atas bawah. Pelik bila lelaki maco dan jantan habis macam Jazman boleh duduk serumah dengan lelaki lembut seperti Khairy. Tak takut kena godakah? Salwa mula fikir yang bukan-bukan.
Khairy berpaling, memandang Salwa yang leka memandangnya dengan pandangan semacam.
YOU ARE READING
Cinta Kuasa Dua
RomanceTajuk: CINTA KUASA DUA Penulis: HANNY ESANDRA Harga: RM24 / RM27 ISBN: 978-967-2116-28-8 Betulkah ada peluang kedua? Tapi, bukan dengan orang yang sama? Ada. Jazman dan Lis Dahlia. Seorang teruna. Seorang janda. Seorang guru yang secara sukarela d...