Bab 12
SEJAK tadi Lis Dahlia terjenguk-jenguk di ruang tamu. Sesekali matanya memandang jam pada dinding yang terhias cantik. Berkerut-kerut dahinya."Selalu masa macam ni dah sampai dah," rungutnya sendirian.
"Tak sampai lagi Lori Pon-Pon, Dahlia?" soal Cik Kuntum yang baru keluar dari biliknya.
"Belum lagi, mak. Bukan masa macam ni dia dah sampai ke?" soal Lis Dahlia kepada Cik Kuntum.
Cik Kuntum memandang jam pada dinding. Dia mengangguk.
"Selalunya waktu macam ni dah sampai. Kau tunggulah sekejap lagi. Selalunya si Ameng tu bergosip kat lorong rumah Cik Ani Tonggek tu."
"Si Ameng pun pandai bergosip ke mak?" soal Lis Dahlia hairan.
"Cik Ani kau tu banyak sangat info dia. Jadi, dia nak sebarkanlah kat satu taman ni melalui si Ameng, Lori Pon-Pon tu. Tak mustahil cerita kau bercerai-berai pun jadi buah mulut taman ni, Dahlia, sebab si Cik Ani awal-awal dah interviu mak." Cik Kuntum melirik wajah anak perempuannya.
Lis Dahlia hanya mengeluh dan menggeleng kepala. Dia sendiri pun malas nak ambil pusing apa yang orang umpatkan pasalnya. Mulut orang kan. Mana boleh tutup."Biarlah dia nak mengata hal orang pun, mak. Asalkan mak tahu anak mak macam mana. Apa yang terjadi lebih-lebih, cukuplah kita satu famili aje yang tahu. Orang luar nak kata apa, biar lantak." Lis Dahlia hanya membalas kerlingan Cik Kuntum.
Pon! Pon!
"Ha, sampai dah Lori Pon-Pon mak. Orang pergi beli lauk dululah." Lis Dahlia betulkan tudung bawal di kepala.
"Ha, mak ke dapur dululah sediakan bahan." Cik Kuntum terus melangkah ke dapur.
"EH, kakak cantik. Lama tak nampak." Ameng turun dari lorinya. Tersengih-sengih memandang Lis Dahlia.Lis Dahlia juga turut tersenyum manis. Memang jarang-jarang dia berjumpa dengan Ameng selepas dia bergelar isteri dulu.
"Sekarang hari-hari you tengok saya, Ameng," balas Lis Dahlia penuh makna.
"Apa pasal? You sudah duduk sinikah, kakak cantik?" soal Ameng pura-pura naif.
"You tak ada dengar gossip ke Ameng? Mustahil Cik Ani tak ada cerita sama you." Lis Dahlia tersenyum sinis.
Dia memilih ikan-ikan yang ada di dalam kotak gabus.
Ameng turut tersengih-sengih. Dia buka topi dan menggaru ubun-ubunnya.Lis Dahlia hanya mengerling kelakuan Ameng. Dia tahu Ameng serba salah. Setahu Lis Dahlia, Ameng bukan ambil pusing mana pun. Dia cuma baik dengan semua penghuni Kampung Muka Pecah ini. Kalau dia bermusuh, nanti tak laku pula jualannya.
Sedang leka memilih, terdengar satu suara garau berdeham di sebelahnya. Pantas Lis Dahlia menoleh.
"Eh, awak pun pandai dah beli lauk dengan Lori Pon-Pon?" seloroh Lis Dahlia bila lihat kelibat Jazman di sebelahnya.
"Lori Pon-Pon?" Jazman kurang mengerti maksud Lis Dahlia.
"Ha'ah. Lori Pon-Pon. Lori ni." Lis Dahlia menunjukkan lori kecil berwarna putih di hadapannya.
"Kenapa nama lori ni Lori Pon-Pon." Jazman masih pelik.
Sesekali dia memandang Ameng yang sedang berbual dengan seorang mak cik yang turut membeli sayur di Lori Pon-Ponnya."Sebab setiap kali Ameng berhenti kat setiap lorong, dia mesti bunyikan hon. Pon! Pon! Dua kali aje." Lis Dahlia ketawa dengan jawapannya sendiri.
Jazman leka memerhati Lis Dahlia yang sedang ketawa sambil tutup mulut. Manis dan comel.
"Wei, jantan! Nak beli lauk apa ni?"
Suara petir Khairy memecah lamunan Jazman yang sedang leka melihat wajah Lis Dahlia yang sedang ketawa.
YOU ARE READING
Cinta Kuasa Dua
RomanceTajuk: CINTA KUASA DUA Penulis: HANNY ESANDRA Harga: RM24 / RM27 ISBN: 978-967-2116-28-8 Betulkah ada peluang kedua? Tapi, bukan dengan orang yang sama? Ada. Jazman dan Lis Dahlia. Seorang teruna. Seorang janda. Seorang guru yang secara sukarela d...