Bab 15

105 1 0
                                    

Bab 15
JAZMAN baru keluar dari rumah. Dia baru sahaja mahu masuk ke dalam kereta untuk ke kedai, tetapi tidak jadi bila terdengar suara yang agak kecoh di depan rumahnya.

Terkejut juga bila melihat Lis Dahlia sedang bertengkar dengan seseorang. Tidak jadi dia mahu masuk ke dalam kereta. Kakinya perlahan-lahan melangkah mendekati Lori Pon-Pon.

Dia masih diam dan mendengar butir-butir pertengkaran antara Lis Dahlia dan bekas suaminya. Kakinya secara automatik merapati Lis Dahlia. Pesanannya sendiri kepada Lis Dahlia sewaktu di kafe tempoh hari kembali terngiang-ngiang di telinganya.

"Cuma saya tak pasti saya akan berdiam diri kalau sekali lagi bekas suami awak datang mengganggu."

Kata-kata itu sekali lagi bermain dalam kepalanya. Tanpa sedar Jazman mengukir senyum senget. Ada can orang nak makan penumbuk dia ke?

"Ehem," tegur Jazman.

Sekali gus menghentikan pertelingkahan di antara Lis Dahlia dan Izzul.

"Eh, Jaz," tegur Lis Dahlia kembali. Dia berdiri rapat di sebelah Jazman.

"Apa hal ni?" soal Jazman perlahan. Dia masih cuba kawal keadaan memandangkan dia juga orang baru di kawasan itu.

"Entahlah! Ni ada lelaki mana entah yang tak faham-faham bahasa." Lis Dahlia mengerling Izzul di depannya.

"Benda boleh bawak bincang, kan?" pujuk Jazman lembut.
Perlahan-lahan dia mengambil ikan parang yang masih setia dalam genggaman Lis Dahlia. Kemudian dia letakkan di atas penimbang.

"Ameng, kira ni." Jazman bersedia keluarkan dompet dari kocek belakang seluarnya.

"You mau beli ke?" soal Ameng minta kepastian.

Jazman tersenyum sambal keluarkan not RM50.

"Belilah, Ameng. Dah saya punya amoi minat sangat dengan ikan ni."

Sengaja lagi Jazman panaskan keadaan. Dia kerling wajah Izzul yang sudah merah padam.

Lis Dahlia pula tergamam tidak terkata. Hanya bola matanya sahaja yang bergerak memandang Jazman dan Izzul silih berganti.

Ameng hanya tersengih. Dia bungkuskan ikan parang tersebut dalam surat khabar lama sebelum dimasukkan ke dalam plastik. Selepas dibayar harga ikan, Ameng terus pergi meninggalkan kawasan itu. Dia tidak mahu ambil pusing tentang pertelingkahan antara mereka bertiga.

"Oh..." Izzul terangguk-angguk.

Dia memandang Jazman dari atas ke bawah. Kalau dilihat dari segi rupa fizikal, memang Izzul kalah.

Jazman hanya berpeluk tubuh membalas renungan Izzul.
Lis Dahlia pula sudah tidak keruan. Dia memandang lorong kawasan rumahnya. Sudah ada yang terintai-intai.

"Lelaki inilah yang awak tergedik-gedik berbual hari tu, kan?" soal Izzul sambil telunjuk lurus tegak ke wajah Jazman.

"Dia jiran baru saya." Lis Dahlia tidak berselindung.

"Huh, jiran baru konon. Patutlah awak tolak semua rancangan saya. Rupa-rupanya dapat yang muda. Berapa umur kau?" soal Izzul kasar.

Jazman mengetap gigi tanda geram. Dia masih boleh bersabar memandangkan dia orang baru di situ.

"Berapa umur dia pun apa masalah awak? Kalau umur tua, tapi perangai macam budak-budak pun tak guna jugak," perli Lis Dahlia.

Jazman sembunyi senyum.

"Amboi, Lis sekarang ni dah banyak berubah. Saya masih lagi cintakan awak, Lis," ucap Izzul tanpa segan-silu.

"Tolonglah berhenti ucapkan kata-kata yang sebenarnya dah tak ada makna bagi awak tu, Izz. Malulah sikit," balas Lis Dahlia sambil mengerling wajah Jazman di sebelah.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 08, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cinta Kuasa DuaWhere stories live. Discover now