1

21.7K 1K 54
                                    

Hampir 70 persen tetamu yang hadir tidak dikenali Hayla. Bibirnya juga sudah letih tarik senyum plastik entah untuk siapa-siapa. Bila ada yang datang padanya untuk ucapkan tahniah, dia hanya senyum dan mengangguk. Tidak mampu untuk meneruskan perbualan.

Kasut setinggi 15 sentimeter betul-betul menyakiti hampir keseluruh kakinya. Untung aje bibirnya dicalit gincu, kalau tidak, memang terserlah wajah pucatnya.

"Kak, okay?" Elena mendekati Hayla yang dia lihat agak pelik dari jauh.

"Hm." Hayla angguk perlahan.

"Abang Kiff mana?" Elena cari kelibat Kiff.

"Jumpa kawan-kawan dia kot."

"Akak nak duduk? Ely pergi cari kerusi." Baru aje Elena hendak mencari kerusi, tangannya ditarik Hayla. Gadis itu menggeleng.

"I'm fine."

"Are you guys okay?" kelibat susuk tubuh seorang lelaki yang agak tinggi mendekati mereka. Terus wajah Elena senyum lebar.

"Kak Hayla ni, nampak macam penat." Adu Elena pada suaminya.

Hayla menunduk. Tidak mahu bertentang mata dengan lelaki itu.

"Why not you duduk dulu, Hayla." Ujar Ian.

"It's okay. I'm okay." Sengih Hayla. Dia cuba memberanikan diri untuk mendongak. Tiba-tiba lengannya dipegang dari sisi mengejutkannya.

"Sit." Kata Kiff yang sudah ambil kerusi untuknya. Pegangan lelaki itu cukup kuat menariknya supaya duduk di kerusi yang disediakan. Tanpa kata, lelaki itu tunduk dan menanggalkan kasut Hayla. Dibelek kaki itu, bukan hanya bertanda tapi sudah luka.

"Ada plaster?" soalan itu diajukan pada Elena. Gadis itu menggeleng.

"Kejap Ely pergi cari." Terus adik iparnya itu berlari mendapatkan pembantu.

"Luka ke?" tanya Ian.

"A bit. Melecet aje ni." jawab Kiff.

"Selalunya kasut baru memang macam tu, Hay. You just have to bear it." Ian berkata sekadar untuk memecahkan rasa janggal di antara mereka bertiga.

"Actually luka tak sakit pun. Yang sakitnya muscle ni. Kasut tinggi sangat." Sengih Hayla. Tanpa sedar Kiff hanya memerhati.

"It's your own choice. You decided to wear it, you don't get to complain about it." Dingin kata-kata Kiff membuatkan Ian dan Hayla sama-sama terdiam.

"Nah. Plaster." Elena hulur dua keping plaster kepada Kiff dan lelaki itu terus menampalnya pada kaki sang isteri.

Setelah selesai, Kiff berdiri tegak tapi masih memandang Hayla. "Penat?"

"Sikit." jawab Hayla jujur.

"Okay. Jom." Jemari mereka bertaut walaupun Hayla masih terpinga-pinga.

"Ke mana?"

"Balik bilik."

"Habis tetamu ni semua?"

"I don't care." Ringkas jawapan Kiff.

Dua susuk tubuh itu terus hilang dari pandangan Elena dan Ian. Kalau aje Ian boleh bertindak sebegitu, sudah pasti dia heret Elena sekali keluar dari dewan yang penuh dengan lautan manusia ini.

"Abang Kiff mesti betul-betul jatuh hati dengan kak Hay." Getus Elena dengan senyum nipis.

"Dia orang memang couple ke sebelum ni?" Ian terasa seperti ingin tahu. Elena menggeleng.

"Dia orang sama macam kita. Family arrange. But seems like it turned out well for both of 'em."

"I minta maaf. I can't drag you out from here. I.. family.." Ian tak tahu macam mana nak susun kata supaya Elena memahaminya.

NYCTOPHOBIAWhere stories live. Discover now