"Toire wa doko desu ka? (Kat mana tandas?)" Kiff mencelah dari belakang.
"Aaaa! Soko! (Sana!) Soko! (Sana!)" wanita tua itu terus tersenyum lebar dan menunjuk arah dengan jari telunjuknya.
"Arigatou. (Terima kasih)" Senyum Kiff dan memegang bahu Hayla dari belakang. Ditolak perlahan tubuh kecil itu ke arah yang dimaksudnya wanita tua tadi.
"Ni." Kiff bersandar di dinding. Hayla agak geram. Dia seakan tempang. Takkan dia perlukan Kiff sepanjang masa untuk tolong terjemahkan apa yang dia nak tanya? Habis tu, buku ni untuk apa? Dibeli untuk buat pekasam ke apa?
Keluar aje Hayla dari bilik air, matanya ternampak senyuman ramah Kiff sedang berbual dengan wanita tua yang memberi arah tadi. Lelaki itu tak nampak macam selalunya. Ganas, garang, keras, mementingkan diri sendiri.. ah semua benda jahat ah dia!
Dia sebenarnya bukan berkahwin dengan lelaki ini untuk kepentingan bisnes papanya, tapi dia terjerat dalam permainan Kiff yang hanya ingin menjatuhkan papanya. Licik sungguh lelaki ini. Nampaknya musuh papa memang banyak dan ada di mana-mana sahaja.
Hayla tersedar dari lamunan bila Kiff berpaling kepadanya. Dari elok-elok senyum, terus mati senyuman itu. Hayla melangkah perlahan mendekati dua orang manusia itu.
"Ki rei desu ne." ujar wanita tua itu penuh sopan. Dia senyum hingga hampir tenggelam matanya yang tersedia sepet. Hayla pandang Kiff, minta penjelasan.
Kiff sengih sekilas. "Cakaplah terima kasih."
"Hah?" Hayla terkebil-kebil tapi dia tunduk sedikit dan mengucapkan terima kasih walaupun dia tak faham apa yang wanita tua itu kata.
Mereka kemudian pergi ke restoran untuk menikmati makan tengah hari. Hayla terpaksa menurut kerana dia seakan bisu. Mulalah terasa bodoh di bumi asing ini bila hanya Kiff yang mampu berkomunikasi.
Melihatkan ramai orang di dalam restoran yang dipilih Kiff dan tiada pelayan yang menanti di hadapan pintu, Kiff buka mulut untuk tanya kepada pelayan di kaunter restoran itu.
"Irrashaimassu. (Selamat datang)."
"Suimasen, koko ni suwatte ii desu ka? (Tumpang tanya, boleh saya duduk di sini?)"
"Kokode matte kudasai. (Sila tunggu di sini sebentar.)" Lelaki berumur sekitar 20-an itu mula mencari meja kosong. Dia datang semula ke pintu utama dengan bertanya untuk berapa orang.
"Futariyou no seki ga ii desu. (Meja untuk dua orang.)"
Terus lelaki muda itu menunjukkan jalan dengan penuh sopan. Hayla mengikuti jejak Kiff dan ambil tempat di meja kosong. FULL HOUSE. Terus penuh restoran itu. Memang hanya tinggal satu meja aje yang kosong.
"Eigo no menyuu wa arimasuka? (Awak ada menu dalam bahasa Inggeris tak?)"
"Iie, gomennasai (Tidak, saya minta maaf.)"
"Mondai arimasen. (No problem.)"
"Kau nak makan apa?" Kiff selak menu. Lelaki muda itu terus pergi untuk mendapatkan pesanan dari meja lain. Kalau Kiff dan Hayla sudah bersedia untuk membuat pesanan, mereka boleh tekan butang di sebelah meja untuk memanggil pelayan.
Hayla turut sama menyelak. Tapi SEPATAH HARAM pun dia TAK FAHAM!!! Terkebil-kebil dia membaca menu itu. Dia hanya mampu lihat gambar. Ada aje tulisan roman, tapi masih bunyi Jepun.
Perut sudah berkeroncong, tapi dia tak faham apa pun.
"Kamo? (Itik?)" Hayla tak baca habis bahasa roman itu.
"Kau nak itik?"
Cepat-cepat Hayla menggeleng. Ei, dia tak makan itik. Dia selak ke belakang lagi.
"Kou..cya?" aduhai budak ni macam budak darjah satu belajar membaca! Kiff hampir nak tergelak, tapi dia sempat kemas senyum itu.
YOU ARE READING
NYCTOPHOBIA
RandomHayla dan Kiff berasal dari golongan elit dan perkahwinan mereka sudah diatur. pada Hayla, perkahwinan ini hanya bertunjangkan perniagaan sama seperti bapa, atok, dan moyang-moyangnya yang terdahulu. Tapi sebenarnya tidak. Kiff ada rancangan lain. H...