"Ki rei desu ne."
Kata-kata wanita tua tempoh hari masih melekat di kepala Kiff. 'Awak cantik.' Maksudnya. Kiff selak rambut yang berjuntai ke dahi.
Hayla dan Kiff tiba di lapangan terbang. Selepas tiga hari di Jepun, mereka akan pulang semula ke rumah tanpa ada sebarang perbincangan tentang perihal 'belajar'. Hayla sendiri sudah ada jawapan walaupun sebelum mereka terbang ke California lagi.
Buat apa dekat Jepun tiga hari? Mana aje Hayla pergi, ceruk kampung mana pun dia masuk, Kiff pasti ada aje.
Sementara tunggu untuk boarding, Hayla toleh ke sisi. Dia agak tersentuh dengan Kiff yang sepanjang tiga hari ni jadi tukang terjemahan walaupun jelas lelaki itu tak ikhlas.
"So what's next?" tanya Hayla.
Kiff juih bibir. Muka malas nak layan.
"Papa buat salah apa dekat you sampai you bencikan dia sangat?" lagi-lagi soalan itu.
Kiff pandang Hayla. Degil eh budak ni. Tak faham bahasa. Kalau aku cakap aku tak nak bagi tahu tu, maksudnya aku tak nak bagi tahu. Aku bukan spesies lelaki yang suka cakap berulang kali.
Dahi Hayla dapat ditunjal sekali sebelum dia mengelak untuk tunjalan kali kedua.
"Boleh tak kau jangan tanya aku benda yang sama banyak kali?"
"I takkan tanya banyak kali kalau you jawab dari pertama kali I tanya."
"Curiosity kills the cat."
"It kills the cat, not me."
Hm pandai menjawab minah ni. Dia ingat lagi macam mana tubuh Hayla boleh terpelanting dek terkena penangan tamparannya. Fuh.
"Yeah right. Kau kan chihuahua." Kiff sambung fokus pada telefon bimbitnya.
"What if I end us?" tanya Hayla tiba-tiba.
"Whatever you say, chihuahua." Kiff jelas takde minat untuk bercakap lebih lanjut dengan Hayla.
Gadis itu garu kening. Apa sebenarnya rancangan Kiff pada papanya kalau Kiff langsung tak takut bila Hayla ugut untuk berpisah? Hayla langsung tak boleh fikir sebarang kemungkinan!
Dia jadi geram dengan dirinya sendiri. Dia nak korek rahsia, tapi dia tak reti macam mana nak korek. Apa yang dia tahu? Melukis aje.
45 minit kemudian, mereka masuk ke dalam perut kapal terbang.
"Kenapa waktu you hantar I pergi California, I kena naik kelas ekonomi?" Hayla ambil tempat.
"Jimat?" Kiff jungkit bahu.
"Cheapskate!" Hayla bersandar di bahu kerusi. Senang betul dia tenggelam dalam dunianya sendiri. Dunia yang penuh dengan persoalan, penuh dengan amarah, cemburu.. ah bila dia fikirkan panggilan Elena tempoh hari, lagi menyakitkan hati.
Tanpa sedar, mereka tiba ke destinasi. Home sweet home ke home hell home? Memikirkan cengkaman Kiff tempoh hari di lehernya, sedikit sebanyak membuatkan Hayla gerun.
Kiff berjalan dahulu di hadapan dengan sebelah tangan masuk ke dalam poket seluar jeans. Lelaki itu hanya menyandang beg sederhana besar di belakang tubuhnya. Senangnya jadi lelaki!
Hayla menari bagasinya membuntuti sebelum dia rasa seperti ada yang menariknya dari belakang.
Kiff buka pintu kereta yang memang sudah menanti ketibaan mereka 30 minit awal.
"Kau balik dulu. Aku ada hal kat office." Ujar Kiff seraya menarik pintu tempat duduk belakang. Bila dia toleh, kelibat Hayla tidak kelihatan.
"Hayla?" Kiff toleh kiri. Toleh kanan. Dia pergi tandas ke? Kiff keluarkan telefon bimbit dari poket seluarnya. Nombor Hayla didail. Ya, dia tahu aje nombor isterinya itu. Cuma Hayla yang tak tahu nombor telefonnya.
YOU ARE READING
NYCTOPHOBIA
RandomHayla dan Kiff berasal dari golongan elit dan perkahwinan mereka sudah diatur. pada Hayla, perkahwinan ini hanya bertunjangkan perniagaan sama seperti bapa, atok, dan moyang-moyangnya yang terdahulu. Tapi sebenarnya tidak. Kiff ada rancangan lain. H...