2

18K 932 34
                                    

Hayla mengeluh lemah. Rasa dingin dari bilik air masuk hingga ke dalam tulang! Skrin telefon di pandang. 3 pagi. Dia masih belum mampu melelapkan mata.

Lampu di bilik sudah lama terpadam. Kiff mungkin sedang lena di katil empuk sedangkan dia tidur di dalam tab mandi beralaskan selimut nipis dan sebiji bantal.

Dia gigit bibir bawah. Kenapa dia yang perlu tidur di bilik air sedangkan lelaki itu bukan main sedap di katil?!

Beberapa jam lepas..

Hayla tarik selimut hingga ke paras dada. Sudahlah lampu syiling pun menyala, ini lampu tidur sebelah kepala katil pun turut sama dinyalakan. Hayla tak tahu kenapa dia alami nyctophobia. Keadaan di mana seseorang takut berada dalam gelap. Saat dia tutup mata juga, dia jadi takut bila tak dapat melihat apa-apa.

Tapi dia jumpa cara supaya tidurnya lebih lena. Tak perlu dia tahan mengantuk seperti sebelum ini hingga membiarkan dia tertidur dengan sendirinya. Maka dia takkan sedar gelap itu berlaku.

Lampu yang ada di hadapannya akan akan tetap ada samarnya walaupun matanya terkatup. Kerana itu lampu di sebelah kepala katil dinyalakan. Cahaya itu lebih terang dan lebih dekat dengan wajahnya.

Baru lima minit dia hendak terlelap, dia dapat rasakan lampu syiling sudah terpadam. Matanya terbuka. Memang lampu syiling sudah terpadam.

Tilam bergerak sedikit menandakan Kiff sudah naik katil. Jantung Hayla berdegup laju. Dia akan buat tindakan gila seperti tadi ke?

Tanpa kata, Kiff menekan suis lampu untuk mematikannya. Bilik jadi gelap-gelita.

"Ahhhhhh!!!" Hayla menjerit kuat. Tangannya terketar-ketar mencari suis lampu dibahagiannya. Terus lampu menyala semula. Kiff kerut dahi dan menoleh ke belakang. Memang suis itu ada dua dan di kiri dan kanan katil masing-masing boleh menghidupkan dan mematikan suis tersebut.

"Aku nak tidurlah. Boleh tak kau senyap? Bukan aku nak buat apa-apa kat kau pun. Aku pun tak inginlah!" getus Kiff.

"Just, jangan tutup lampu." Minta Hayla.

"Aku nak tidur dengan aman boleh tak?" suis ditekan Kiff semula. Tak sampai dua saat, lampu menyala balik.

"Shit!" Kiff mula naik rimas.

"I tak boleh tidur dalam gelap!" luah Hayla.

"That's your business. Kalau kau tak boleh tidur dalam gelap, kau pergi tidur dalam bilik air. Jangan kacau aku!"

Lampu dimatikan.

PAP! Ia hidup semula.

"You fucking pissed me." Tempelak Kiff. Lelaki itu bangun dan duduk bersila.

"Tunggu kejap I ambil selimut." Hayla juga tak mahu ganggu tidur Kiff. Dia bukan apa, takut tiba-tiba Kiff naik hantu macam tadi. Tak pasal-pasal karang bertanda pula leher belah kanan.

Hayla tarik keluar selimut tambahan dari almari. Sebiji bantal diambil dari katil. Dia terus masuk ke dalam bilik air. Kiff merengus. Lampu terus dimatikan dan dia kembali tidur.

Melihatkan tab mandi yang sedikit basah, Hayla terpaksa ambil tuala lebihan hotel dan mengelap permukaan tab mandi sebelum menghampar selimut ke dalamnya. Lampu dalam bilik air lebih terang jadi tiada masalah untuk dia tidur.

Yang masalahnya.. keselesaan. Sakit tulang belakangnya.

Dia pusing ke kiri dan kanan, tapi tetap tidak boleh tidur. Tiba-tiba terdengar pintu bilik air terkuak. Mata Kiff separuh terbuka. Tangan lelaki itu menolak penutup tandas. Hayla terkebil-kebil.

Saat Kiff baru hendak menurunkan seluarnya, Hayla terlebih dahulu berdehem.

"Oh, shit." Kiff tak jadi untuk buang air.

NYCTOPHOBIAWhere stories live. Discover now