8

15K 810 8
                                    

"Kau buat kerja macam mana, bahalul?!" kepala seorang lelaki 20-an ditepuk-tepuk tanpa rasa hormat. Lelaki itu cuma diam dan menunduk membiarkan perlakuan itu terhadapnya.

Wanita di sebelah lelaki 20-an itu dikerling geram. Tak pasal-pasal kes ini jadi besar. Elok-elok nak buat senyap-senyap, terus jadi kecoh. Dia tiada pilihan lain.

"Kau tahu apa akibat dia, kan?" suara Lok.

"Aku minta maaf. Aku betul-betul minta maaf. Aku boleh jamin benda ni tak jadi lagi. Please bos." Rayu lelaki 20-an itu.

Lok hanya diam. Dia duduk di kerusi kayu. Ini bukan hanya kes seludup dadah. Tapi dah termasuk dengan kes penculikan dan bunuh. Walaupun bayi yang diculik itu milik wanita gelandangan yang tidak punyai sijil lahir dan sebagainya, tapi itu tetap membawa masalah pada mereka jika diselidik lebih dalam.

"Ini aku bagi peluang terakhir. Now get out."

Macam mana dua orang ini boleh tinggal bayi itu sendirian di tempat duduk menunggu balai ketibaan entah. Seorang ke tandas, seorang lagi boleh pula pergi beli jajan. Ditinggalnya bayi itu bersendirian, kononnya kedai jajan tak jauh. Masih boleh dilihat sambil membeli makanan.

Datang aje pramugari yang baru selesai tugas, apa yang ditemukan itu mengejutkan mereka. Bayi itu sudah biru, tidak bernyawa. Pasangan yang meninggalkan bayi itu pula tak berani untuk mendekati bila sudah kecoh di balai ketibaan. Lalai. Mereka ini lalai. Lantas kedua pasangan ini ambil jalan pintas untuk lari.

Perlahan-lahan kelibat dua orang itu ingin keluar dari gudang lama. Lok hanya memerhati dari belakang sebelum menjeling ke sebelah, lelaki bertatu penuh lengan kanan. Satu.. dua langkah.. dan..

BUM!!

Gadis itu terkejut mendengar bunyi kuat. Lelaki di sebelahnya rebah menyembah lantai. Mata gadis itu bulat. Darah perlahan-lahan keluar dari kepala lelaki itu. Kaki gadis itu kaku.

Baru gadis itu hendak menoleh ke belakang, dia rasa ada satu kain di sekita lehernya. Automatik kedua belah tangannya memegang kain yang makin kuat mencekiknya. Kakinya meronta-ronta bila tubuh diseret hanya dengan menarik kain hitam di lehernya.

Nafas gadis itu tersekat. Rontaannya makin lemah. Tubuh kecilnya diseret hingga ke bilik kecil di belakang gudang selama hampir satu minit. Saat tubuh itu dilontar masuk ke bilik itu, nafasnya sudah terhenti. Tubuh longlai itu dihumban tanpa rasa simpati.

"Kau bersihkan body ni semua." Arah Lok sebelum berlalu pergi.

HAYLA bangun pagi seakan tiada apa yang berlaku malam tadi. Melihatkan air mata yang mengalir, Kiff bukan sahaja tidak menyentuhnya, bahkan terus keluar dari bilik itu, lesap entah ke mana.

Telefon bimbit Hayla berdering menandakan panggilan masuk. Dia membiarkan panggilan itu mati sendiri sebelum telefonnya berdering lagi. Hayla tarik nafas lemah dan bangun dari katil. Dia berjalan perlahan ke bilik air untuk membersihkan diri.

Tuala putih yang bersusun di dalam kabinet bawah sinki ditarik keluar sehelai sebelum kakinya menyentuh dasar tab mandi yang berwarna putih mutiara.

Agak lama dia berendam di dalam tab itu. Fikirannya melayang terbang. Kata-kata Kiff tempoh hari bermain semula ke dalam benaknya.

"You see, adik kau dapat lelaki yang kau suka. Dia juga dapat share. Huge one."

Ah pedih bila diingat kembali kata-kata itu.

Kali pertama seumur hidupnya dia ada sedikit rasa cemburu pada Elena. Sedangkan sebelum ini mereka macam isi dengan kuku. Takde sekelumit pun rasa iri hati antara mereka.

Ian.

Nama lelaki itu merupakan nama pertama yang pernah tertulis di hatinya walaupun dalam jangka masa yang sekejap. Sekurang-kurangnya dia pernah merasa bagaimana rasa cinta. Tapi sebab dia takut untuk meluahkan, dia pendam hingga ke hari ini. Siapa yang rugi? Kau, Hayla. Kau.

NYCTOPHOBIAWhere stories live. Discover now