5

16.8K 848 15
                                    

HAYLA berdiri di hadapan cermin besar di dalam bilik air. Nafasnya turun naik. Dia ketap gigi. Belum hilang yang lama, sudah tambah yang baru. Tak mahu dia kira berapa banyak kesan yang Kiff tinggalkan di keliling lehernya. Takkan nak plaster lagi?

Telefon Hayla berdering menandakan panggilan masuk. Pantas dia menjawabnya.

"Hello."

"Hay, datang office." Suara Carl.

"Office? For what?"

"Kerjalah. Ke you nak duduk rumah goyang kaki aje being fully housewife?"

Hayla angkat wajah semula. Dia lihat refleks dirinya di cermin. Kesan ini.. argh!

"I'll be there in an hour." Talian dimatikan. Hayla merengus. Dia capai beg mekap. Segala mak nenek foundation dan concealer dikeluarkan.

15 minit kemudian, dia agak berpuas hati dengan kesan yang mampu dia sembunyikan dengan mekap. Beli barang mekap banyak-banyak kalau tak reti guna, buat apa?

Hayla bersiap selebihnya dan terus menghidupkan enjin kereta untuk ke pejabat. Untuk lebih selamat, dia lilit selendang keliling leher.

Setibanya dia di hadapan bangunan 73 tingkat itu, Hayla melangkah masuk tanpa ragu-ragu. Dia terus pergi ke lif di bahagian barat. Di situ ada 2 lif yang memang dikhaskan untuk orang tertentu guna sahaja. Lif itu akan membawa tetamunya ke pejabat utama. Tapi hanya mereka yang ada akses kad boleh menggunakan lif itu.

Tak sampai seminit, lif itu naik hingga ke tingkat tertinggi. Seluruh tingkat itu merupakan pejabat bapanya bersama setiausaha.

Hayla disambut seorang lelaki berpakaian formal yang ditugaskan di meja hadapan. Pelik bukan? Selalunya perempuan yang diambil bekerja bertugas di front desk. Tidak tahu kenapa Carl memilih lelaki untuk kerja itu.

"Sini, cik." Sahut lelaki itu sambil menunjuk arah. Ah, bukan dia tak tahu pejabat bapanya sendiri. Walaupun sudah lama dia tidak ke sini, tapi dia masih boleh ingat.

"It's okay. I boleh pergi sendiri." Hayla senyum tawar dan terus melangkah. Pintu diketuk. Tak sampai beberapa saat, pintu itu terbuka.

Hayla agak terkesima melihat susuk tubuh lelaki yang dia kenali itu. Kiff juga terkejut, tapi dia masih mampu untuk tidak mengekspresikan riak itu.

"Hayla. Come in. Have a seat." senyum Carl. Lelaki tua itu masih tidak berganjak dari sofa kulit. Dari mata Kiff, jelas soalan yang boleh dibaca Hayla. 'Kenapa kau ada kat sini?' walaupun lelaki itu berlagak tenang.

"Papa just nak congratulate you both. Hari tu kita tak sempat nak bersembang panjang." Senyum Carl.

"Hay ingat papa nak introduce my new job." Suara Hayla.

"Yeah. Tapi tu kemudian pun kita boleh buat. First of all, kita kena raikan sempena hubungan dua hala our company dengan Kiff's."

Hayla senyum pun tidak. Kiff toleh ke sebelah. Melihat riak muka Hayla.

"What's wrong with your face?" tanya Kiff mengejut. Hayla terpinga-pinga. Carl juga memandang ke arah muka Hayla.

"What?" Hayla penasaran. Sebab dia tak senyum ke?

"Pipi you kinda bengkak. Did you hit something?"

Gulp. Mata Kiff dan Hayla bertaut. Lelaki ni.. dia nak apa sebenarnya? Dia tak takut kalau Hayla pecah rahsia dia? Hayla langsung tak bersalah dalam hal ini, tapi kenapa dia yang perlu takut?

"Aah, Hayla. Macam bengkak sikit." Carl baru sedar perbezaan pipi kiri dan kanan Hayla.

"Gigi. Gusi I bengkak sikit." Hayla sendiri tak tahu kenapa dia cipta pembohongan itu. Sedangkan dia ada pilihan untuk mengadu pada orang tuanya apa yang lelaki itu buat padanya. Tapi kenapa.. kenapa?!

NYCTOPHOBIAWhere stories live. Discover now