9

14.8K 787 27
                                    

"Hayla." Lelaki itu mendekati Hayla dengan berpakaian lengkap dan kemas berkot. Hayla pernah lihat lelaki ini. Lelaki yang sama ambilnya ketika di hotel selepas perkahwinannya.

"Mana Kiff?" Hayla masih geram.

"Dia akan datang nanti."

"Nanti? So.. what? I naik flight sendiri?"

"Yes."

"Seriously?!" Hayla bangun dari tempat duduknya. Dada berombak kencang.

"You better call him right now, suruh dia datang sini sekarang or I won't get into that flight." Suara Hayla tinggi. Dia mula menyinga. Kenapa lelaki ini buat dia macam boneka. Dia takde harga diri ke? Mudah betul lelaki itu pijaknya.

"Kiff ada hal yang tak boleh dielakkan. Dia akan pergi sana on the next flight."

"I don't give a damn. Dia datang sekarang, or I balik rumah." Tegas Hayla.

"Saya cuma ikut arahan, Hayla."

"I. Don't. Care." Jawab Hayla sebiji-sebiji dengan matanya pandang tepat ke dalam anak mata lelaki itu.

Lelaki itu kemudiannya bercakap dengan wireless earphone di telinga. Hayla menunggu.

Pengumuman meminta penumpang segera masuk ke dalam badan pesawat.

"Hayla, awal kena masuk sekarang." Arah lelaki itu. Wah, bukan main kau arah aku sekarang eh?

"I said.." Hayla baru nak hujah panjang, tapi matanya tertarik pada kelibat dua orang lelaki yang sedang berjalan ke arahnya.

"Bos." Dua lelaki itu lapor diri. Dengan gerak jari sahaja, segera dua lelaki yang berkot itu berdiri di kiri dan kanan Hayla.

"Apa ni?" Hayla kerut dahi.

"Macam mana pun, awak kena naik." Lengan Hayla kiri dan kanan dipegang kuat lelaki berbadan gergasi itu.

Hayla ketawa. "Seriously? By force? I got the ticket. You guys tak boleh lepas imegresen pun."

"Says who?" Isaac mengeluarkan tiket dari kot hitamnya dan ditunjukkan pada Hayla. Gadis itu ketap gigi.

"You can't force me!" Hayla meronta.

"I'm afraid, I can." Jawab Isaac dan terus tubuh Hayla ditarik untuk masuk ke dalam badan kapala terbang.

'Dari kau belajar macam mana nak racing kereta, baik kau belajar seni mempertahankan diri, Hayla. Kau bazir tenaga kau untuk belajar benda tak berguna!'

Hayla ambil tempat ditempat duduknya. Kiff memang tak guna. Sepanjang dia naik kapal terbang, tak pernah sekali pun dia duduk di tempat duduk ekonomi. Selalu dia naik sama ada first class atau business class.

Ini ekonomi! Dan dia duduk di sisi tingkap. Sebelahnya Isaac, selaku pembantu Kiff. Belakang mereka adalah dua orang lagi pengawal yang mengheret Hayla sebentar tadi.

"Kita salah seat ke?" tanya Hayla.

"Nope." Isaac duduk tegak.

"This is economy."

"Yeap."

Hayla pandang Isaac dengan muka meminta penjelasan. Rimas ditenung tanpa kata, Isaac berpaling pada Hayla.

"Semua akan sampai dekat tempat yang sama, Hayla. Economy, business or first class. Takdenya dia nak cicir economy atas laut." Sindir Isaac.

'Berani lelaki ni sindir aku?! Ini mesti tak lain tak bukan, Kiff yang ajar!'

"Tapi I tak selesa!"

"Tidur. You won't feel anything." Jawab Isaac selamba. Hayla gigit kuat bibir bawahnya. Ei geram betul aku dengan mamat ni. Dia dengan Kiff, sama aje!

NYCTOPHOBIAWhere stories live. Discover now