4

16.7K 956 22
                                    

Hayla menepis dua tangan lelaki yang mencengkam bahunya. Wajahnya jelas sedang menahan marah. Dia masih dapat rasa hanyir darah di dalam mulut. Dia tak faham kenapa semua ini terjadi. Lagi menyakitkan hati, bila disoal tidak berjawab.

Beberapa minit kemudian. Kiff tiba di perkarangan rumah. Dia dengan selamba keluar dari perut kereta. Dengan isyarat tangannya, kesemua orang bawahannya pergi meninggalkan mereka berdua di rumah agam itu.

Mereka berpandangan antara satu sama lain. Hayla menjeling dan terus masuk ke dalam rumah. Kiff membuntuti tanpa riak.

"You nak buat apa lagi dekat I?" kaki Hayla berhenti melangkah. Dia kemudian toleh ke belakang. Sungguh, dalam jiwanya sedang berkocak sekarang. Tidak pernah seorang pun menyentuh pipinya sebegitu rupa.

Kiff tarik nafas dalam seraya menggaru kening. Selamba dia berjalan melintasi Hayla. Sekali lagi meninggalkan gadis itu tanpa jawapan.

'Apa yang kau dah buat dalam hidup kau ni, Hayla?!'

Beberapa minit kemudian lengan Hayla ditarik dari belakang hingga terdorong ke sofa. Tanpa kata lelaki itu mengeluarkan beberapa perkakas dari kotak berwarna putih.

"Apa yang you nak buat?"

Kiff diam. Hanya tangannya yang berjalan. Hayla memerhati. Putik kapas dicelup dalam botol kaca dan kemudian dibawa dekat dengan bibirnya. Hayla cuba mengelak.

Kiff beri pandangan yang sukar ditafsir Hayla. 'Kau dah sepak aku macam nak mampus, lepas tu kau nak letak ubat? Manusia spesies apa kau ni?'

Sebelah tangan Kiff meletakkan botol kaca itu dan memegang tulang rahang Hayla kasar membuatkan gadis itu tidak boleh menoleh ke kiri atau kanan. Selamba Kiff menekan putik kapas ke kawasan darah yang sudah kering itu.

"I boleh buat sendiri." Hayla cuba tepis tangan lelaki itu, tapi kali ini dia kalah.

"Kenapa kepala kau penuh dengan soalan, Hayla?" baru Kiff buka mulut.

"Sebab terlalu banyak persoalan."

Kiff sengih sesaat. Wajahnya kembali tegang. "Kalau aje kau dengar cakap aku.."

"Terjamin ke you takkan pukul I?" soalan itu seakan cabaran pada Kiff.

Mata lelaki itu masih tidak berganjak dari kesan luka di hujung bibir Hayla. Dia senyap lagi. Tangannya melakukan tugas mengemas luka.

"I tak faham. Kenapa?" Hayla masih inginkan jawapan. Pegangan pada rahang terurai. Giliran kaki Hayla pula. Kiff tarik nafas. Bibirnya muncung sedikit melihat kesan seluar koyak di lutut gadis itu. Terus gunting dicapai. Seluar jeans itu dikerat paras lutut, membuatkan bahagian yang terkoyak, lagi besar koyaknya.

Buntang mata Hayla melihatnya.

"You dah kenapa gunting seluar I?!" Hayla tarik kakinya kasar. Pegangan terlepas dari tangan Kiff. Lelaki itu mendongak ke arah Hayla yang berkerut dahi.

"Dah koyak pun. Beli la baru. Bukan kau takde duit." Bidas Kiff. Dia cuba capai kaki Hayla semula tapi dengan pantas Hayla bangkit dari sofa. Dia berdiri agak jauh dari Kiff.

"Explain to me everything, Kiff!" tinggi suara Hayla.

Kiff raup wajah. Dia turut sama bangun untuk menarik lengan Hayla, tapi sekali lagi gadis itu menepis tidak mahu disentuh. Kiff tarik nafas dalam. Hilang sabar.

"Kau nak biar luka kau macam tu?" ujar Kiff tenang.

"Luka pun sebab you. What's the point of hurting if you'll end up treating it?"

"Come, Hayla." Sebelah tangan Kiff berada di dalam poket seluar, sebelah lagi cuba capai lengan Hayla.

"No!"

NYCTOPHOBIAWhere stories live. Discover now